Bau asap rokok buatkan hidup Dalhee terasa perit. Kadang kala dia terasa sesak nafas. Sampaikan dia terpaksa duduk dalam bilik sehingga Taehyung habis merokok tapi kalau sekali dapat dihisap, satu kotak pun boleh. Memanglah dia merokok di ruang tamu tapi pintu terbuka luas, tapi masih bercampur dengan oksigen Dalhee.
Lelaki itu sedang menonton televisyen. Sudah lama dia tidak melepak.
Dulu waktu dia masih sekolah, mana ada masa dia nak enjoy the moment. Siang sekolah, malam kerja. Tapi sekarang, sejak dja tak lagi pergi sekolah, siang kerja dan malam relax. Tambahan lagi Dalhee pun bekerja. Jadi, tak jadi masalah kalau dia hanya kerja shift siang sahaja kerana mereka saling membantu.
Dalhee menutup api dapur dan masuk ke dalam bilik. Tidak dapat ditahan lagi bau asap rokok itu. Niatnya nak masak, makan dan terus tidur. Sebaliknya dia kena tunggu sehingga lelaki tu puas dengan asap.
Gila bukan lelaki merokok ni. Entah apalah seronoknya hisap rokok ni. Padahal rokok ni dijual pada orang yang cecah 19 tahun je. Entah mana supplier rokok dia beli sampaikan ada set 20 kotak.
Tapi Dalhee sentiasa ambil sekotak setiap hari untuk buang. Kalau dia ambil satu-satu, Taehyung mesti tak perasankan?
"Dalhee!" Suara Taehyung memanggilnya buatkan Dalhee mendengus. Dahlah dia yang masak, dia yang mengandung. Tak akanlah nak minta tolong pun dengan dia?
Selepas 5 kali dipanggil, Dalhee keluar. "Mwo?"
"Asal?" Taehyung bertanya.
"Ape?"
Taehyung menghidupkan api pada putung rokoknya yang baru. "Asal kau masuk bilik? Kau buat apa?"
Mungkin Taehyung pelik kenapa Dalhee masuk bilik sedangkan masih belum siap masak. Biasanya Dalhee pun akan lepak di luar, baring di lantai kat ruang tamu dengan telefonnya. Cuma masuk bilik waktu tidur je.
"Kaulah! Aku tak sukalah bau asap tu..."
Taehyung memandang rokok ditangannya sambil menghembuskan asap rokok.
"Nak hisap dekat luar, bukan dalam rumah... kesian baby,"
"Kesian baby," Taehyung membuat memek muka untuk mengejek Dalhee. "Asyik-asyik guna nama baby..."
YOU ARE READING
[✓] Toys | Taehyung
RomansaCuma satu jawapan yang mampu buatkan jantungnya hampir-hampir gugur tapi dia mengorakkan senyuman. Kadang-kadang kita tanyakan soalan untuk mengharapkan kejujuran seseorang tapi tak sedar yang kejujuran tulah yang boleh hancurkan dunia kita. Tak sem...