"Sejak bila ada shift pukul 11 baru pergi kerja?" Dalhee mendekati Taehyung dan memakaikan baju sejuk lelaki itu. Persoalan yang mencurigakan itu buatkan Taehyung terdiam sejenak.
"Siapa kata tak ada?"
"Aku ingat starbuck just pilih orang yang patuhi masa je," colar baju Taehyung dibetulkan sedikit. Habuk-habuk yang lekat pada coat juga dibuang.
Taehyung tersenyum nipis.
"Aku pergi dulu,"
Dalhee mengangguk dan membawa Taehyung hingga ke pintu depan. Dia menunggu Taehyung pakai kasut. Kemudiannya Taehyung memeluk Dalhee sebelum dia pergi.
Kelibat Taehyung hilang, hanya bunyi motor sportnya yang juga hilang dibawa angin.
Dalhee tersenyum. Entah apalah lelaki itu buat diluar. Secara jujurnya dia nak tahu sangat apa dia buat. Kalau betul dia bekerja sebagai model, why not? Kenapa tak jujur je? Teruk ke kerja sebagai model?
Dalhee berjalan ke biliknya. Terasa sunyi sangat seperti biasa. Dia keluarkan telefonnya dan membuka instagram untuk stalk Taehyung lagi.
Apa yang tak bestnya, ruang tag Taehyung kosong bermaksud tuannya akaun disablekan part itu. Mesti ramai tag dia dengan 400K followers tu. Mesti ada fans akaun.
Dalhee menekan profil Taehyung untuk melihat story. Gambar dia selfie. Gayanya seperti dalam rumah tapi entahlah bila masa dia ambil. Dan gambar seterusnya, gambar hidangan yang dia sedia dengan hati merah diletakkan kecil molek ditepi. Tak jadi isulah kalau dia stalk Taehyung setiap hari walaupun dia sebenarnya tidak followback. Followers 400k begitu boleh juling mata nak tengok siapa viewersnya. Majoriti orang famous tak ambil tahu pun siapa yang lihat. Yang dia kisah berapa angka orang yang tengok.
Dia back dan tengok semula gambar-gambar Taehyung. Susah ke nak bagitahu kalau dia seorang model atau famouse people?
Betullah, mungkin Dalhee nampak sangat noob tapi tak perlu juga untuk menipu.
Lama sangat Taehyung gunakan nama starbucks untuk pekerjaannya. Sudahlah, Dalhee sebenarnya sudah penat tunggu kejujuran Taehyung. Tak kisahlah kerja apa pun, bagitahu je.
Tambahan lagi dia sememangnya nak Taehyung jujur selepas habis exam. Tch, shift pukul 11 pagi, kerja begitu memang tak ada pun.
Logiknya mana dia dapat baju-baju tu bukan? Dan mana baju tu pergi? Model je yang ada baju cantik dan bergambar dengannya tapi bukan hak milik. Tengoklah dadanan rambut semua tu. Semua gambar yang diantar minggu lepas apa semua. Yang dia tahu, Taehyung cuma pulang dengan rambut dibiarkan lepas tanpa disentuh.
***
Ketukkan pintu buatkan Dalhee laju turun dari katil dan keluar dari bilik. Dia kemudian memandang jam di dinding. Sudah pukul 1 pagi.
Siapa pula yang datang? Sudahlah Taehyung masih belum balik.
Dalhee kemudian membetulkan bajunya dan rambutnya. Orang diluar mengetuk lagi dengan lebih kuat seolah-olah tidak mahu menunggu dengan begitu lama.
Dia perlahan-lahan buka pintu dan apabila sedar yang berdiri di depan pintu ialah perempuan, dia memberanikan sahaja untuk buka.
Seorang perempuan dengan boot hitam bertumit. Timggi dan lawa. Baju kelabu bersinar-sinar paras peha, sekadar tutup punggung. Rambut berwarna keperangan dengan makeup tebal, jelas sekali betapa bengangnya perempuan itu melihat Dalhee dengan berbaju tidur dan perut menonjol itu.
Tak perlu kata banyak, Dalhee tahu itu mesti isu Taehyung.
Perempuan itu berdesis dan berjalan keluar.
Kelihatan sebuah teksi berada diluar pagar. Dengan pintu terbuka, Taehyung sedang lena tidur.
Lantas Dalhee keluar dan menyarungkan selipar.
Taehyung dibawa keluar dari perut teksi oleh perempuan itu. Taehyung bukannya tidur tapi bau alkohol menyedarkan Dalhee yang lelaki itu cuma mabuk.
Taehyung berjalan dipimpin perempuan itu. Dalhee cuba untuk bantu tapi lantas ditepis.
Tak sempat untuk Dalhee bersuara, perempuan tu dah masuk dengan kasut.
"Mana bilik?" Perempuan tu bertanya dengan bengis.
Dalhee membuka pintu bilik.
Perempuan itu nampak tidak selesa tapi tetap masuk dan meletakkan Taehyung di atas katil.
Selepas seketika dia memandang segenap bilik dan kemudian matanya teralih pula kepada Dalhee. Mungkin tidak sangka yang Taehyung tinggal dirumah biasa bersama dengan perempuan pendek yang mengandung.
Perempuan itu tak tinggalkan apa-apa pesanan. Terus keluar dengan hentakkan bootnya.
Dalhee mengeluh memandang Taehyung yang sudah lena.
"Elok kau buat baik dengan aku, astu buat hal pula." Dalhee merungut.
Kasut Taehyung dibukanya. Nampak berkilat lagi.
Habislah dia kena mop lantai pula sebabnya dah bawa kasut masuk dalam. Sudahlah Taehyung suka baring kat lantai.
Kasut itu dibawa keluar dan sempat Dalhee tutup pagar dan pintu sebelum datang semula untuk uruskan Taehyung lagi.
Orang mabuk tak pernah tak susahkan orang lain.
Dalhee membuka coat Taehyung. Malam itu, Dalhee nampak Taehyung sebagai seorang yang famous dimana Taehyung nampak sehandsome seperti dalam gambar di instagram. Kot hitam, baju tshirt hitam di dalam, slack dengan tali pinggang berkulit dan kasut berkilat. Dadanan rambut. Taehyung nampak sangat seksi.
Kaki Taehyung dibawa naik atas katil. Kot baju lelaki itu juga dibuka dan kemudiannya disangkut. Stokin juga dibuka. Entah manalah semua pakaian dia yang sebenar. Itu tak pelik. Yang peliknya, sanggup dia tinggalkan motor kesayangan dia tu?
YOU ARE READING
[✓] Toys | Taehyung
RomanceCuma satu jawapan yang mampu buatkan jantungnya hampir-hampir gugur tapi dia mengorakkan senyuman. Kadang-kadang kita tanyakan soalan untuk mengharapkan kejujuran seseorang tapi tak sedar yang kejujuran tulah yang boleh hancurkan dunia kita. Tak sem...