56

375 47 3
                                    

"Nak pergi mana?" Dalhee memandang Taehyung yang sudah bersiap seakan-akan mahu keluar ke suatu tempat. Dia yang sibuk membasuh pinggan memberhentikan kerjanya.

"Keluar jap..."

"Kata cuti,"  Taehyung membuka peti ais dan menghabiskan air tin coffee milik Dalhee yang tinggal separuh. Tin itu kemudiannya di buang dalam tong sampah.

"Ada urusanlah, aku dah lewat..."

"Makanlah sikit, aku baru siap masak..."

"Tak sempat," jawab Taehyung sambil mengupas kulit telur rebus.

"Kau bawalah, aku letak dalam bekas..." cadang Dalhee tapi Taehyung mengeling tidak mahu.

Taehyung menghampirinya dan mencium pipi kanan Dalhee dan kemudiannya jatuh ke bibir Dalhee. Kemudian terus dia berjalan dengan tergesa-gesa. Dimasukkan telur itu ke dalam mulut dan memakai kasut.

Dalhee berjalan ke pintu, melihat Taehyung yang memakai kasut. Kata tak kerja, tapi keluar juga. Urusan apa entahlah.

Dia terbau minyak wangi yang dibelinya semalam. Kuat sangat.

"Bila kau balik?"

"Secepat mungkin... Aku pergi dulu..."

Taehyung terus berlalu pergi. Dia sangat tergesa-gesa dengan pakaiannya yang tidak boleh dinafikan betapa handsomenya dia, rambut yang digayakan dengan kemas dan minyak wangi yang sangat mengodakan.

Dalhee muncung. Dia sudahlah dah masak. Lepastu nak ajak Taehyung study macam dulu-dulu sama-sama. Tapi rancangan ni kena ada persetujuan kedua-dua belah pihak. Dalhee sendiri tidak tahu ke mana Taehyung pergi. Dulu pun, dia tahu yang Taehyung selalu melepak di tempat pemainan video hingga lewat malam balik. Tapi tak akanlah melepak handsome macam tu?

***

"Masih tak ada khabar Dalhee?" Tanya Saem Haha sebaik sahaja melihat jam ditangannya. Sudah habis waktunya.

Mereka semua berdiam diri. Tak tahu mahu respon apa dan mungkin juga makin malas nak jawab tentang isu orang yang dah 5 bulan menghilangkan diri. Nayeon mengeling kepalanya.

"Taehyung?"

Kalau Dalhee pun tiada sesiapa tahu apa jadi padanya, apatah lagi Taehyung yang tidak ada kawan disitu. Paling-paling pun orang kata Dalhee je kawan Taehyung. Tapi kedua-duanya hilang tanpa dikesan.

"Saya nak tahu status mereka ni ambil ke tidak exam..."

Mereka memandang satu sama lain.

"Dahyun jumpa saya. Yang rapat dengan Taehyung pun datang jumpa saya juga dekat bilik guru ya,"

***

"Waktu awal dia tak datang tu, kitaorang hari-hari call dia. Nombor dia masih guna tapi lepas 2 bulan macam tu, nombor tu dah tak diguna. Whatsapp pun dia delete..." Kata Dahyun wakil kepada rakannya yang lain. Yang dipanggil Dahyun sahaja. Tapi yang datang, Sana, Jihyo dan Nayeon sebagai wakil untuk Dalhee. Tapi untuk Taehyung, tiada sesiapa yang datang jadi wakil.

Nayeon, Sana dan Jihyo mengangguk setuju.

"Sebabnya saya dah telefon parentnya tapi nombor tak wujud pun. Saya pergi rumah dia ikut alamat borang maklumat pelajar tapi rumah orang lain pula..."

Dahyun memandang kawannya. "Kami tak sangka jadi macam ni tapi dia pernah cakap dia tulis maklumat salah. Nombor telefon parent dia tulis nombor dia..."

Dahyun mungkin lebih mengenali Dalhee daripada kawannya yang lain disebabkan mereka semeja dan perwatakkan Dahyun yang sesuai dengan Dalhee.

Saem Haha mengeluh.

"Sebab tu kenapa maklumat pelajar ni penting. Kalau kecemasan macam ni mudah,"

"Taehyung siapa kawannya?"

Mereka sekali lagi saling berpandangan.

"Yang kitaorang semua tahu Taehyung kawan dengan Dalhee je. Dia tak rapat dengan yang lain..." Kata Jihyo.

"Diorang bercouple ke?" Teka Saem Haha.

Mereka saling berpandangan. Tidak pasti ingat bongkarkan sahaja atau diamkan sahaja isu tu. Kerana isu bercinta ni mungkin akan buatkan repotasi Dalhee dipandang rendah kerana fikiran cikgu-cikgu yang cetek, membandingkan zaman mereka dengan yang sekarang. Bagi mereka, bercinta bukanlah satu masalah pun, ianya normal.

Lelaki separuh umur tu mengeluh lagi.

"Tapi Dalhee hilang dulu, baru Taehyung. Tapi Taehyung tu dia memang dari dulu kan asyik tak datang kelas. Saya rasa kebetulan jelah kot," Sana memberi pendapat.

Kalau difikirkan positif begitulah. Tambahan lagi Taehyung menghilang 2 bulan selepas Dalhee hilang. Dan lelaki itu kerap cakap yang dia sendiri tidak tahu ke mana Dalhee pergi. Berpura-pura seperti dia juga tertunggu-tunggu untuk Dalhee datang sekolah.

"Parent Taehyung tak dapat contact juga?"

"Taehyung tu lagi hebat, dia mana ada hantar borang maklumat pelajar. Janji nak hantar tapi entah bila. Profil dia kosong..."

Mereka mengangguk faham.

"Awak tahu mana rumah Dalhee dan Taehyung?"

Mereka bertiga terus memandang Dahyun.

"Saya ingat-ingat lupalah rumah Dalhee tu..." Jawab Dahyun.

"Kamu?" Saem Haha bertanya yang lain.

"Kami tak pernah tahu rumah dia sebab rumah kami berempat berjiran... Dalhee berbeza. Dan selalu dia je datang rumah kitaorang kalau study group..."

[✓] Toys | TaehyungWhere stories live. Discover now