105

520 43 14
                                    

Jam menunjukkan pukul 6 petang.

Dalhee membawa segengam baby breath yang telah digubah menjadi sejambak bunga yang sangat wangi. Dalhee dengan padanan gaunnya yang labuh bawah lutut itu berjalan mendekati salah satu bahagian di almari itu dimana tempat abu mendiang anaknya diletakkan.

Mungkin dia datang lewat, kebanyakkan tempat abu disitu sudah penuh dengan bunga yang baru menandakan ramai yang datang hari ini.

Lama Dalhee berdiri dihadapan abu anaknya. Malang sekali yang anaknya cuma ada satu gambar. Gambar seorang bayi lelaki dalam pelukkan seorang ibu, dia. Dia merenung lama. Begitu lama hingga tidak sedar yang hari semakin gelap.

Kalaulah dia dapat putar semula masa.

Dia sentiasa rasa begitu. Dalam masa yang sama dia rasa ini semua adalah takdir tapi melihat gambar Dahyung setiap hari, dia rasa sebersalah sangat-sangat. Budak itu cuma dapat rasa didunia beberapa jam. Tak merasa nikmat dunia mahupun kasih sayang dia dan Taehyung.

Dalhee kemudian mengelap air matanya yang tiba-tiba jatuh buatkan dia tersedar dari lamunan, teringat saat-saat dia bersama Dahyung.

Rindu sangat. Dan sudah berminggu-minggu sejak kali terakhir dia datang ke sini, bersama Taehyung.

Dalhee menampalkan sejambak bunga itu di cermin dan menghembuskan nafas yang berat.

Siapa tahu perempuan berumur 18 tahun seperti dia rasa seperti nak gila bila dapat tahu yang dia kehilangan bayinya sendiri, anak luar nikah dengan lelaki entah apa tu. Begini rasanya seorang ibu kehilangan anak. Tak kiralah selama mana pun mereka bersama, kesakitan itu tiada beza. Mungkin Dalhee tak sampai sehari pun bersama anaknya kalau nak dibandingkan dengan ibu yang lain. Tapi perasaan kehilangan seorang anak itu tetap sama.

Dalhee kemudian melihat jam ditangannya. Sudah 30 minit berlalu sejak dia datang ke sini. Dia tiada apa-apa ucapan untuk Dahyung kerana dia tak mahu kalau dia bercakap, dia mungkin akan nangis dan itu mungkin akan buat Dahyung rasa tak senang disana. Jadi, mungkin dengan doa semuanya akan baik-baik sahaja.

Telefon dikeluarkan dari handbagnya dan tak tahulah apa yang dia fikirkan apabila dia membuka instagram dan mesej Karina. Dia memang benar-benar tak berbual dengan Karina sejak Karina datang ke rumahnya. Mesej tak balas langsung seperti hilang dari radar tapi sebenarnya masih aktif dalam kelab. Tak lain kalau bukan sebab Taehyung yang buat kawannya berubah fikiran.

***

Seseorang menarik kerusi buatkan Dalhee terus mengangkat mukanya waktu sedang ralik dengan telefon.

Melihat Karina yang nampak sangat serius itu buatkan Dalhee terus je tersenyum.

"Aku ingat kau tak nak datang," kata Dalhee sambil tersenyum. Sudah hampir sejam dia menunggu Karina, mesej pun tak balas apatah lagi nak seen.

Dia dan Karina jauh bezanya. Karina yang sexy, seluar pendek yang sekadar menutup punggungnya dan crop top yang sangat terdedah itu buatkan ramai lelaki memandang mereka berdua sedangkan tadi, Dalhee ibaratkan tidak wujud.

Karina mengangkat bahunya dan menjebik menandakan yang dia tiada pilihan. Mungkin dia sekadar nak jenguk sahaja tapi tangkapan dia betul, Dalhee akan tetap tunggu dia meskipun sengaja dilewat-lewatkan.

"Kau tak pergi kelab?"

"Ofcourselah! Tak de hari yang cuti." Jawab Karina. Dia kemudian memandang sekeliling. Ya, dia memang perempuan yang penuh charisma tapi tipulah kata dia tidak makan diwarung tepi jalan begitu dengan kerusi plastik dan meja bulat yang tak kukuh. Soju dan makanan. Lebih menyeronokkan daripada dikelab bila kita ada kawan untuk lepak.

[✓] Toys | TaehyungWhere stories live. Discover now