Dania Malaika merenung gambar keluarganya yang telah diambil 13 tahun yang lalu. Gambar itu diambil ketika ibu bapanya masih hidup. Masih segar dimindanya wajah ceria ibu bapanya ketika mereka bergambar. Malaika rindu semua kenangan bersama ibu bapanya.
"Nia janji, Nia akan jaga Dariel" ujar Dania. Sayu hatinya melihat gambar itu. Sakitnya tidak akan hilang.
Tiba-tiba pintu biliknya diketuk seseorang. Dania mengesat air matanya dan segera meletakkan gambar itu ditempat asalnya.
"Masuk"
Kelihatan seorang lelaki berbadan tegap, berpakaian kot hitam masuk dan menghampiri Dania.
"Cik Muda .." Lelaki itu tunduk sedikit kepalanya sebagai tanda penghormatan kepada Dania.
"Adik saya dekat mana ?"
"Tuan Muda ada di Sabah lagi. Dia sedang selesaikan urusan pembelian tanah yang dibincangkan hari tu"
"Kenapa ? Ada apa-apa masalah dengan pembelian tanah tu ? Rasanya dah dekat seminggu dia pergi ni. Saya nak awak siasat apa yang sebenarnya berlaku. Ini mesti ada orang ketiga yang kacau"
"Baik Cik Muda"
" By the way, apa uncle Malik tengah buat sekarang ? "
" MH Night Club "
" Orang tua tu memang tak sedar diri kan ? Umur dah lanjut tapi tak tahu nak taubat lagi. Keluar pulak dengan perempuan-perempuan sebaya Jane " pening kepala Dania memikirkan hal pak ciknya itu. Selalu bagi kepala aku serabut ja la.
" Cik Muda, kereta dah siap tunggu di bawah. Mak Hawa pesan jangan lupa balik makan malam di rumah. Dia risau Cik Muda asyik skip makan malam " pesan Noah.
Dania ketawa kecil. " Baiklah " Mak Hawa memang begitu sikapnya. Risau jika cucu majikannya tak makan. Nanti dituduh tak bagi makan pula.
Dania menapak keluar dari pejabatnya sambil diekori Noah. Pada usia 25 tahun, dia sudah memegang jawatan Pengarah Maple Corporation. Syarikat yang sudah tidak asing di medan global. Syarikat ini sudah lama menapak dalam bidang perniagaan. Hasil bulanannya mencecah puluhan juta.
.
" Jadi ? " Tanya Dania apabila melihat Noah menapak masuk ke dalam bilik kerjanya. Matanya masih fokus melihat skrin komputer.
" Seperti jangkaan Cik Muda. Ada masalah pembelian tanah. Ada beberapa pemilik tanah yang tiba-tiba menarik diri untuk tidak menjual tanah tersebut "
" Pelik kan ? Hari tu dia orang sendiri yang setuju dengan syarat yang kita tetapkan. Tiba-tiba nak tukar fikiran pula ? "
" Apa alasan mereka ? "
" Bayaran yang kita beri tak setimpal dengan keuntungan yang kita bakal dapat nanti, itu yang mereka katakan "
" Bijak betul otak dia orang ni. Ni kalau tak ada orang hasut, tak adalah jadi macam ni kan ? " Dania tersenyum. Mesti ada yang menjadi penghasut.
" Jadi, apa yang mereka nak ? "
" Mereka nak harga empat kali ganda daripada harga asal " jawab Noah
Dania ketawa lagi. Bagaimana mereka boleh berfikiran seperti itu ? Walhal harga yang sudah ditawarkan sudah cukup mahal. Ni lagi empat kali ganda pula ?
" Hm... Apa yang adik saya dah buat untuk selesaikan masalah ni ? "
" Tuan Muda masih dalam proses berunding dengan pihak penjual tanah "
YOU ARE READING
HER REVENGE : DANIA ARSALAN
Romance[ ON-GOING ] a story about Princess Dania 🦋 . [ ROMANCE + ACTION ] . TENGKU DANIA MALAIKA - Namanya dikenali ramai. Kekayaannya menjadi sebutan. Kecantikannya digilai sang jejaka. Tetapi dirinya menyimpan beribu kedukaan. Dia sentiasa menjadi pe...