Bab 3'

1.2K 51 2
                                    

" Wah, kebelakangan ni aku tengok kau seronok kan. Maklumlah, ada orang datang jumpa setiap hujung minggu, Siapa ? Sugar daddy ? "  perli Rasha sewaktu menghampiri meja Sara di bilik kuliah.

" Kau nak apa lagi, Rasha ? Sehari kalau kau tidak cari pasal dengan aku, tak boleh ke ? " Sara merenung wanita yang sedang berdiri di hadapannya.

" Biasalah. Mulut aku ! Suka hati akulah nak kata dekat siapa. Yang pasti orang itu mestilah kau "

Sara menggelengkan kepalanya. " Kenapa ? Tidak cukup lagi ke dosa yang kau tengah tanggung sekarang ini ? Nak tambah lagi ? Kau teringin sangat ke nak masuk ke neraka ? " balas Sara. 

Wajah Rasha tiba-tiba berubah. " Kau ! Mulut kau memang tiada insurans. Kau tidak kenal siapa aku lagi " Rasha menuding jari ke arah Sara.

Sara hanya tersenyum. ' Siapa suruh kau cari pasal dengan aku ? Tiap-tiap hari kalau kau tidak rosakkan mood aku memang tidak sah ' getus Sara dalam hati.

" Terasa ke ? Biasalah. Mulut aku ! Suka hatilah aku nak kata dekat sesiapa pun " Sara mengulang kembali ayat yang dituturkan oleh Rasha tadi.

" Kau ! " Rasha cuba menahan kemarahannya. Semua pelajar yang berada di situ memerhati ke arah mereka.

" Apa ?! Hei, Rasha. Aku datang sini semata-mata untuk belajar, bukan nak bertikam lidah dengan orang yang tak bertamadun macam kau. Tahu nak bergaduh dengan orang saja. Malu la sikit dekat orang lain ! "

" Rasha, kau ni kalau tidak buat kecoh satu hari tak boleh ke ? Asyik nak cari salah orang saja. Kalau kau tidak mahu belajar di sini, baik kau keluar. Orang macam kau ini aku sudah naik meluat la nak tengok "  cantas Farisha sambil menoleh ke arah kawannya yang berada di situ.

Semua yang berada di situ bersorak sebagai tanda setuju akan kata-kata Farisha. Mereka semua tidak suka dengan sikap Rasha yang dengki dan berlagak.

" Hei, Farisha ! " Rasha menuding jari ke arah Farisha. 

" Apa?! Kau nak cari gaduh dengan aku pula ? Marilah ! Aku tak takut dengan kau la. Kalau kau nak sangat rasa penumbuk aku ni, boleh saja. Sudah lama aku tidak belasah orang "

Rasha menelan air liur perlahan-lahan apabila mendengar kata-kata Farisha. Di UM, siapa yang tidak kenal Farisha ? Naib Pengerusi Kelab Silat Cekak Hanafi lagi. ' Cari pasal dengan Farisha, mampus aku. Tak pasal-pasal teruk muka aku dibelasahnya nanti. Baik aku pergi dari sini '

Sara melihat Rasha sudah beredar. Rasha duduk di tempat duduknya sambil matanya masih lagi merenung Sara seolah-olah tidak puas hati dengan apa yang berlaku.

" Sara, kalau si minah gila ini cari pasal dengan kau, kau beritahu saja aku. Tahulah aku nak ajar dia nanti " kata Farisha.

" Thanks, Farisha " Sara tersenyum.

Rasha hanya mendiamkan dirinya. Dalam hatinya, rasa macam nak cekik - cekik Farisha tu.



" Kakak ! nak pergi mana ni ? " sapa Dariel apabila melihat Dania tergesa-gesa.

" Dariel ! Nasib baik Dariel sudah balik. Kakak hendak pergi berkhemah petang ni " Dania menggalas beg yang dibawanya.

" Berkhemah ? Kakak dah lupa ke ? Esok kan kita ada mesyuarat dengan ahli lembaga pengarah. Dan kakak nak berkhemah di mana ? " Dariel melihat Dania membawa beberapa barang untuk berkhemah. Razin hanya mendiamkan diri dan setia berada di sebelah Dariel.

" Dekat saja. Esok awal-awal pagi kakak balik. Babai " Dania tersenyum kemudian terus berlalu pergi tanpa mempedulikan Dariel yang tercengang.

" Kakak ! " jerit Dariel.

HER REVENGE : DANIA ARSALAN Where stories live. Discover now