Bab 31

753 34 3
                                    

Satu tamparan hinggap ke pipi Jane. Jane tergamam dengan tindakan papanya. Tiba-tiba saja dia menampar Jane tanpa sebarang kata. Dato Malik merenung anak tunggalnya seolah-olah ingin menelannya hidup-hidup.

"Papa ni, kenapa ?!" jerit Jane sambil tangan kanannya memegang pipi yang masih pedih akibat tamparan papanya.

"Kau... Kau... Memang anak tak guna !" jerit Dato Malik secara tiba-tiba. Beberapa helai kertas yang berada di tangan digenggamnya erat. Matanya merah menyala menahan marah.

Bulat mata Jane apabila mendengar kata-kata papanya.

"Papa hantar Jane ke luar negara untuk belajar, bukannya berfoya-foya dengan jantan. Ni... Ni... Kau tengok ni" Dato Malik membaling kertas-kertas yang berada di tangannya ke arah Jane.

Jane terkejut. Dia terus mengutip kertas tersebut. Wajahnya berubah pucat apabila membaca isi kandungan kertas tersebut. Tangannya terketar-ketar. Perlahan-lahan Jane menatap wajah papanya yang masih merenungnya.

"Dua kali kau gugurkan anak !"

Air mata Jane mula mengalir. Rahsia yang selama ini disimpan daripada pengetahuan papanya telah terbongkar. Lidah Jane menjadi kelu. Dia tahu papanya pasti marah dengannya sekarang.

"Anak siapa kau kandungkan, hah ?!" jerit Dato Malik lagi. Dia tak sangka anaknya sebegini rupa. 'Dia tahu Jane suka bersosial tetapi tidaklah sampai mengandung dan sanggup gugurkan anak. Ini di luar jangkaannya. Pagi tadi sebelum dia pergi ke pejabat, dia terkejut apabila menerima sampul surat yang berwarna merah. Dia terkejut apabila membaca kertas yang berada di dalam surat itu. Perkara yang benar-benar akan memalukan dirinya.

"Pa... Papa... Jane... Jane... Sebenarnya..." Tergagap-gagap Jane apabila bersuara. Wajah Dato Malik sekarang amat menakutkannya.

"Apa ? Kau tahu tak apa akibatnya kalau perkara ni sampai ke pengetahuan media ? Kau tahu tak ?!" jerit Dato Malik lagi. Nafasnya naik turun.

"Mana papa nak letak muka papa ni ? Masa kau buat perkara tu kau tak pernah terfikir ke akibatnya kepada keluarga kita. Kau ni memang bodoh !"

"Papa jangan nak hina Jane" marah Jane. Hatinya panas sebaik saja mendengar perkataan bodoh yang keluar dari bibir papanya.

"Papa ingat papa baik sangat ? Ingat Jane tak tahu, apa yang papa lakukan kepada perempuan simpanan papa yang telah mengandung anak papa. Papa pun sama saja"

"Budak ni..." Dato Malik geram apabila Jane melawan cakapnya. Matanya merenung Jane. Ikutkan hati, mahu saja ditamparnya Jane sekali lagi. Tiba-tiba telefon bimbit Dato Malik berbunyi. Dato Malik mengeluh kuat. 'Siapa pula yang telefon aku ni ?'

"Hello !" jawab Dato Malik kasar. 

"Assalamualaikum"

Dato Malik terdiam seketika sebaik saja mendengar suara tersebut. Dia kenal benar dengan pemilik suara itu. Wajahnya berubah.

"Kau nak apa ?"

"Uncle tahu kan sebabnya  ?Tak payahlah Malaika nak berterus-terang lagi" Dania tersenyum. Dania mengatur langkah menuju ke taman botani kecil yang berdekatan dengan syarikatnya. Noah dan Zamri hanya mengekori Dania tanpa soal.

"Kau ni memang perempuan jahat ! Hipokrit. Apa kau nak daripada aku, hah ? Apa yang aku dah buat dekat kau, Malaika ?!" jerkah Dato Malik.

Jane terkejut apabila nama Malaika disebut. Dia sudah dapat meneka kenapa papanya tiba-tiba naik angin. Hanya kak Malaika seorang yang dapat menaikkan kemarahan papanya. 

HER REVENGE : DANIA ARSALAN Where stories live. Discover now