BAB 30

884 41 14
                                    

Maaf lambat, tiba-tiba ada program Kemerdekaan--

Happy Independence Day, Malaysia !



.



"Kau dah gila ke ? Bertindak sesuka hati. Kau patut sedar yang kau tu perempuan. Kalau aku dan Izzat tak ada, aku tak tahu apa yang terjadi dekat kau" ujar Emir. Kereta yang dipandunya meluncur laju. Sesekali Emir menoleh kepada Dania. Dania masih mendiamkan diri.

Tangan Dania yang luka dibalut dengan kain tuala agar darah berhenti daripada mengalir keluar.

"Dania, kau dengar tak ?" Suaranya ditinggikan. Emir rasa risau apabila Dania tiada memberi respons.

Dania masih terdiam. Wajahnya pucat lesi.

Emir menekan brek secara tiba-tiba apabila sebuah kereta BMW 5 Series berwarna hitam menghalang perjalanan.

"Noah dah sampai. Awak boleh bawa balik kereta ni. Esok saya suruh Zamri ambil kereta ni" Akhirnya Dania bersuara. Tali pinggang keledar dibukanya. Dania melangkah keluar. Dania cuba menahan kesakitannya. Dania menarik nafas lalu menghembusnya perlahan-lahan. 'Aku tak boleh rebah di sini. Jika tidak, Emir akan tahu rahsia aku. Dania, be strong'

Emir segera keluar dari perut kereta mewah milik Dania. Dia rasa tidak berpuas hati. Dania perlu dibawa ke hospital dengan segera. Luka di tangannya perlu dijahit.

"Dania !" Emir cuba menghampiri Dania tetapi dihalang oleh Noah.

"Terima kasih kerana membantu cik muda. Sekarang biar kami bawa cik muda ke hospital. Kami akan pastikan cik muda menerima rawatan dengan segera. Tuan Emir boleh balik" kata Noah.

Emir merenung lelaki itu. 'Siapa lelaki ni ? Kenapa mereka kelihatan rapat ? Ke mana sahaja Dania pergi, lelaki ini mesti ada. Kekasih dia ke ? Sebab itu, Dania nak putuskan pertunangan kami' Emir mula membuat telahannya sendiri.

Emir mengetap bibir. Maruahnya tercabar. 'Dania memilih lelaki ini daripada aku' Emir menggenggam erat tangannya. Matanya masih memerhati gelagat lelaki itu yang membantu Dania masuk ke dalam perut kereta. Dia rasa cemburu melihat hubungan Dania dengan pengawal peribadinya.

Emir masih tercegat di jalan raya walaupun kereta BMW 5 Series milik Dania telah bergerak meninggalkan tempat itu. Emir masih lagi berdiri memerhati. Hatinya terasa sakit. Terasa seperti mahu bengkak hatinya ketika itu. 

"Aku cemburu ke ?" Tiba-tiba soalan itu tercetus di bibirnya sendiri. Emir terkejut sendirian.



.



Dania merenung tapak tangannya yang berbalut. Dia cuba menggenggam tangannya perlahan-lahan. Sakit ! Semalam dia tidak fikir langsung semasa bertindak. Sekarang ni, rasakan. Disebabkan peristiwa semalam, luka di tapak tangannya perlu dijahit kerana lukanya terlalu dalam dan panjang. Dalam perjalanan ke hospital, sakit di dadanya semakin berkurangan selepas dia memakan ubat yang dibawa oleh Noah. Nasib baik dia sempat menelefon Noah semalam.

Dania tiba-tiba teringat tentang perangai Emir semalam.

"Awal-awal pagi dah tersenyum. Ada apa-apa ke, Dania ?" tegur Mak Hawa apabila melihat Dania tersenyum seorang diri di meja makan. Mak Hawa meletakkan segelas jus epal di hadapan Dania.

"Tak ada apa-apalah, Mak Hawa" Dania tersengih.

"Assalamualaikum..." Tiba-tiba saja ada orang memberi salam. 

"Waalaikumsalam" jawab Dania dan Mak Hawa serentak. Dania menoleh. Dia terkejut melihat lelaki yang berdiri tidak jauh darinya. Dania macam tak percaya. Lelaki itu menghampiri mereka berdua.

HER REVENGE : DANIA ARSALAN Where stories live. Discover now