Bab 15'

888 34 12
                                    

Dariel menoleh ke kiri dan ke kanan. Suasana di Lapangan Terbang Incheon,Seoul sememangnya sibuk. Kebanyakan orang di situ sibuk dengan urusan masing-masing. Patutlah lapangan terbang ini dikatakan salah satu tempat yang paling sibuk di dunia.

Dariel membetulkan cermin mata hitam jenama Tom Ford yang dibelikan oleh Dania pada tahun lepas sewaktu di Paris.

"Manalah Arman ni ? Takkan lupa nak ambil aku di sini ?" Cermin matanya ditanggalkan. Dariel resah.

"Dariel !" jerit Arman sebaik saja nampak kelibat Dariel yang sedang duduk. Dia segera mengatur langkah menghampiri sahabatnya sewaktu belajar di luar negara itu. Sudah dua tahun dia tidak berjumpa dengan Dariel sejak dia ditukarkan ke Kedutaan Malaysia di Korea Selatan.

"Man !" Dariel tersenyum. Mereka berdua bersalaman.

"Wah, terkejut aku bila kau tiba-tiba saja call aku semalam. Kau ada urusan perniagaan kat sini ke ?" tanya Arman.

"Bukan" Ringkas jawapan Dariel.

"Beg kau mana ?" tanya Arman lagi. Matanya mencari kalau ada beg Dariel yang perlu diangkatnya.

"Ini saja" Dariel menunjukkan beg galas yang berada di belakangnya.

Berkerut dahi Arman. "Ini saja ? Biar betul, sekarang sini musim sejuk ! Sebaik saja kaki kau melangkah keluar dari airport ni, kau boleh jadi beku tau !" Arman membetulkan baju sejuk dan mafela yang sedang dipakainya.

"Ala, nanti aku belilah. Susah apa. Jom, sini ada coffee house tak ? Aku dahagalah" kata Dariel.

"Okay" Arman tersenyum. Dia gembira dengan kedatangan Dariel ke sini. Tidaklah dia rasa sunyi nanti.



"Hassanal oi ! Kau duduklah dulu. Kepala aku dah pening bila tengok kau asyik berulang-alik dari kiri ke kanan" kata Dato Arfan kepada sahabatnya.

Tan Sri Tengku Hassanal menoleh ke arah Dato Arfan. "Selagi aku tak dapat jumpa Dariel, aku tak senang duduk ! Kalau aku dapat tangkap budak bertuah itu, siaplah aku kerjakan" Tan Sri Tengku Hassanal melepaskan geram. Tangannya digenggam erat. Dia masih menunggu berita daripada Farish. Dia telah kerahkan orangnya untuk mencari Dariel di serata negeri di Malaysia. Walau di lubang cacing sekalipun, Dariel takkan dapat menyembunyikan diri daripadanya.

"Hesy... Kau ni ! Bawa banyak bersabar. Kau anggap saja Dariel pergi bercuti, nanti dia baliklah. Dia hanya merajuk sebab kau. Tanda protes la tu ! Yang kau paksa dia bertunang dengan Lili tu buat apa ? Aku tengok Si Lili tu macam tak betul saja. Baju dia ? Aduh, sakit mata aku dibuatnya. Kau tak nampak ke ?" kata Dato Arfan lagi.

"Kau ni ! Sama saja macam Dania"

"Dah itu kenyataannya ! Aku tahulah kau ingin tanah Lili di Seremban tu sebab itu kau beria-ria sangat nak jodohkan Dariel dan Lili tapi kau mahu ke nanti cicit kau macam Si Lili tu ? Pakai baju pelik-pelik ! Rambut pun sama pelik. Kau mahu ke ?"

Tan Sri Tengku Hassanal terdiam. 'Betul juga ! Baju dia ? Rambut dia ? Perangai dia ? Aku pun rimas sebenarnya tapi disebabkan tanah dekat Seremban itu' Tan Sri Tengku Hassanal mengeluh.

"Habis tu ?"

"Kau janganlah paksa dia. Bila dia balik nanti, kau buat rundingan damai dengan Dariel" nasihat Dato Arfan. 'Nasihat orang pandai ! Aku pun sama. Paksa Emir bertunang dengan Dania tapi apa yang aku buat adalah untuk kebaikan Emir. Hanya Dania yang dapat mengubah perangai Emir tu. Itu aku pasti !'

"Kau ingat aku ini berperang dengan Dariel ke ?"

"Memang berperang pun !" jawab Dato Arfan selamba.

HER REVENGE : DANIA ARSALAN Where stories live. Discover now