Bab 32

756 33 0
                                    

"Don't challenge me"



.



"Tolong batalkan semua temu janji saya. Saya ada hal" kata Dania sebaik saja masuk ke dalam bilik pejabatnya. Wajahnya serius, ada sesuatu yang sedang mengganggu fikirannya.

"Baiklah, cik muda" kata Suria sambil mengekori Dania masuk ke biliknya.

"Aaa... Cik muda, Tan Sri suruh saya beritahu cik muda yang malam ni Dato Arfan ajak cik muda makan malam bersama dengan keluarganya"

"Malam ni ?" Dania terkejut. 'Cepat betul Si Emir ni bertindak. Okay, dia nak sangat cabar aku. Ingat aku takut ? Baiklah, malam ni aku nak tengok apa rancangan kau' Senyuman tiba-tiba terukir di bibir Dania. Semakin menarik !

"Cik muda..." Suria hairan apabila Dania tersenyum seorang diri. Entah apa yang difikirkan oleh majikannya itu.

"Ya, Suria" Dania menoleh apabila Suria memanggil namanya.

"Tan Sri nak saya beritahu cik muda, kalau cik muda tak datang malam ni, Tan Sri akan bawa tuan muda balik" Suria menyampaikan pesanan Tan Sri Tengku Hassanal kepada Dania.

Dania ketawa. 

"Nak bawa Dariel balik ? Atuk ni kalau nak ugut pun, carilah alasan lain. Dia bukan boleh jumpa Dariel pun" Geli hatinya apabila mendengar ugutan atuknya.

'Macamlah aku tak tahu sampai sekarang atuk tak dapat menjejaki di mana Dariel berada. Lagi tiga minggu, Dariel akan balik. Sudah tiba masanya Dariel pulang' 

"Hmmm... Suria, saya lihat kebelakangan ni atuk saya sering menghubungi awak. Nampaknya atuk benar-benar merajuk dengan saya"

Dania tahu datuknya marah kepadanya kerana terlibat dalam kehilangan Dariel. 'Sudah sebulan atuk tak bercakap dengan aku. Dah mulalah tu isytiharkan perang dingin. Kalau nak sampaikan sesuatu dekat aku, mesti Suria yang akan jadi orang tengah. Atuk... Atuk' Dania tak pernah terasa hati dengan kelakuan atuknya. Dia sudah biasa.

Suria tersenyum. Dia faham sangat dengan perangai Dania. Suria senang bekerja dengan Dania. Sepanjang dia bekerja dengan Dania, tak pernah sekalipun Dania meninggikan suara kepadanya. Jika dia ada buat salah, Dania akan menegurnya dengan lembut. Tak macam Tan Sri Tengku Hassanal, jika ada pekerjanya yang buat salah, terus dimarahinya tanpa menghiraukan perasaan orang lain. Sebab itu Suria suka bekerja dengan Dania.

"Aaa... Kalau begitu cik muda, saya keluar dulu" kata Suria kemudian berlalu keluar. Selepas Suria keluar, Noah terus mendekati Dania.

"Cik muda, saya rasa tuan muda perlu pulang segera. Dah lama tuan muda berada di sana. Semakin lama tuan muda berada jauh daripada perhatian kita, risikonya semakin tinggi. Saya dapat tahu yang Fuad telah minta bantuan rakan kongsi gelapnya di luar negara untuk mencari tuan muda sebab mereka rasa tuan muda berada di luar negara" Noah menyuarakan kerisauannya.

Dania mengeluh. Sebenarnya dia juga bimbang tetapi dia sudah berjanji dengan Dariel.

"Saya dah berjanji dengan Dariel, Noah. Saya kena tepatinya. Lagi tiga minggu Dariel akan balik, jangan risau. Tiada apa-apa yang akan terjadi kepada Dariel"

"Cik muda nak saya hantarkan anak buah saya untuk lindungi tuan muda ?" tanya Noah.

"Jangan ! Saya tahu sekarang ni pasti setiap pergerakan kita diawasi konco-konco Fuad. Saya tak nak kita tersilap langkah. Selagi kita tak lakukan apa-apa, mereka takkan tahu"

HER REVENGE : DANIA ARSALAN Where stories live. Discover now