Happy Reading my dear readers !! - Deann.
.
Dariel melangkah masuk ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu sambil diiringi beberapa orang pengawal peribadi. Kehadiran Dariel menjadi tumpuan ramai orang yang berada di situ. Dariel membetulkan cermin mata hitam Giorgio Amani miliknya. Dia rasa kurang senang dengan renungan mereka.
"Abang Dariel !"
Langkah Dariel terhenti apabila namanya dipanggil. Dia kenal benar dengan pemilik suara yang memanggilnya sebentar tadi. Dariel mengeluh.
Razin menoleh ke arah Dariel yang hanya terdiam. "Tuan Muda..."
"Biarlah ! Buat tidak tahu saja" kata Dariel kemudian mengatur langkah menuju ke balai berlepas.
Razin akur kemudian mengekori Dariel tanpa banyak soal. Begitu juga pengawal peribadi yang lain. Dariel buat tidak tahu saja apabila namanya dipanggil beberapa kali. Langkahnya diatur pantas. Tiba-tiba telefon bimbit Dariel berbunyi, pantas Dariel menjawabnya.
"Ya !" jawab Dariel dengan kasar.
"Amboi... Garangnya !" kata Dania sebaik saja Dariel menjawab panggilan. Sambil menghubungi adiknya, tangan Dania menyiram pokok bunga ros miliknya satu persatu.
"Apa halnya ?"
"Saja. Takkan nak telefon adik kandung sendiri pun salah ?"
"I don't mean that. I'm in hurry right now" kata Dariel. Dahinya berkerut. Suara Jane semakin lama semakin dekat dengannya. Dariel menoleh ke belakang. Jane benar-benar berada di belakangnya.
"Abang Dariel ! Abang tak dengar ke Jane panggil abang tadi ?" Tiba-tiba saja Jane berada di hadapan dan menghalang perjalanan Dariel. Jane tersenyum manja dengan renungan yang menggoda.
"Jane ?" Nama tersebut tiba-tiba terbit di bibir Dania. Aiii... Perempuan ini memang tidak tahu malu. Ke mana saja Dariel pergi, pasti dia akan ikut sama.
"What do you want, Jane ?" tanya Dariel dengan kasar. Dia melihat Emri yang berdiri di belakang Jane. 'Mmm... Uncle Malik hantar Emri. Pasti dia takut sesuatu terjadi kepada anak kesayangannya. Ingat aku takut ?'
"Tak sangka Jane boleh jumpa Abang Dariel kat sini kan ? Kita berdua ini memang ada jodoh, kan ? Penerbangan abang pukul berapa ?" tanya Jane.
"Pukul lima petang" jawab Dariel. 'Jodoh ? Macamlah aku tak tahu kau ikut aku. Kau bukan jodoh aku, Jane. Tentang itu aku pasti'
"Oh my God ! Samalah kita ! Abang duduk di kelas pertama, kan ?" tanya Jane lagi.
"Tuan Muda, cik muda beritahu yang kapal terbang persendirian milik cik muda akan tiba pukul enam petang. Saya sudah batalkan penerbangan tuan muda pada pukul lima petang ini" Zamri tiba-tiba berdiri di sisi Dariel.
Wajah Jane berubah apabila mendengar berita yang disampaikan oleh Zamri.
"Apa ?!" jerit Jane.
"Ya, Cik Jane. Kenapa ?" tanya Zamri.
Dariel membuat muka selamba. Dia pura- pura tidak dengar. 'Nasib baik ! Kakak ni memang cerdik, tahu - tahu saja'
"Kalau macam itu, Jane pun nak ikut sama balik dengan Abang Dariel. Kebetulan destinasi kita sama. Boleh, kan ?" tanya Jane tanpa segan silu.
"Hmmm... Jane tanya sendiri dekat Kak Dania, kapal terbang tu dia yang punya" Dariel terus menghulurkan telefon bimbitnya kepada Jane.
"Aaa..." Jane hairan apabila Dariel memberi telefon bimbit kepadanya.
"She's on the line" beritahu Dariel.
Jane teragak-agak untuk mengambil telefon bimbit yang dihulurkan oleh Dariel.
"Talk to her" kata Dariel lagi.
Jane mengambil telefon bimbit Dariel. Jane menarik nafas panjang. Dia perlu ada kekuatan untuk bercakap dengan Malaika. Emri hanya memerhati.
"Hello.."
"Kalau Jane berani, cubalah naik !" kata Dania tiba-tiba.
Bulat mata Jane apabila mendengar kata-kata Malaika. Jantung berdegup pantas lantas dia memberi telefon bimbit itu kembali kepada Dariel. Jane memandang Zamri yang tersenyum ke arahnya.
"Cepatnya ! Kak Dania cakap apa ?" tanya Dariel apabila melihat air muka Jane berubah sebaik saja bercakap dengan kakaknya. Entah apa yang dicakapkan oleh Dania sampai reaksi Jane sebegitu rupa.
"Aaa... Tiba-tiba Jane teringat yang Jane terpaksa balik awal sebab ada janji temu dengan member lama. Aaa... Jumpa nanti, ya ! Babai !" Pantas Jane beredar dari situ sambil diekori Emri. Jane menggenggam erat tangannya. Kata-kata Malaika masih kedengaran di telinganya.
.
Sara bergegas menghampiri Rasha sebaik saja kelas Dr. Faridah tamat. Wajah Sara serius.
"Aku ada hal nak cakap dengan kau" Sara menghempas bukunya ke atas meja.
"Cakap sajalah !" kata Rasha dengan kasar. Tangannya ligat memasukkan buku rujukannya ke dalam beg.
"Macam mana tajuk projek aku boleh sama dengan kau, hah?" Dia terkejut apabila berjumpa dengan Dr. Azizah sebentar tadi, Dr. Azizah beritahu bahawa tajuk kumpulannya sama dengan tajuk kumpulan Rasha.
"Mana aku tahu" jawab Rasha.
"Sebelum aku masuk jumpa Doktor Azizah, apa maksud kau apabila kata good luck kat aku tadi ?" tanya Sara lagi. Dia benar-benar rasa tidak puas hati. Telinganya masih terdengar-dengar apa yang diucapkan oleh Rasha ketika mereka berselisih sebelum dia masuk ke bilik Dr. Azizah.
"Is it wrong for me to say good luck to you ?"
"You're never sincere with anyone, Rasha !" Mata Sara tepat merenung Rasha yang masih tersenyum.
"Kau memang perempuan tak tahu malu ! Kau sanggup curi idea orang lain. Kau ini memang hati busuk, Rasha !" Nadira tiba-tiba berada di situ.
"Hei, kau ada bukti ke aku curi idea kau ! Banyak cakap pula" Rasha bangun.
Nadira bercekak pinggang sambil tersenyum. "Hei, Rasha ! Macam mana kau tahu idea tu idea aku, huh ?"
Rasha terdiam. 'Alamak... Aku ni terlepas pula cakap.' Wajahnya berubah.
Nancy dan Farisha turut sama berada di situ. Mereka merenung Rasha seolah-olah ingin menelannya.
"Kau jangan nak tuduh aku yang bukan-bukan ! Kau tak ada bukti langsung !" jerit Rasha. Kali ni dia pula yang naik angin.
"Hei, perempuan ! Petang tadi aku nampak kau di perpustakaan. Kau nak berdolak-dalik lagi ? Kau ni memang teruk, kau tahu tak tu ?!" Farisha menolak bahu Rasha.
"Oi, tomboi ! Kau ni mahu cari pasal dengan aku ke ?" marah Rasha apabila Farisha menolaknya.
"Kau panggil aku apa ?!" jerit Farisha pula. Dia cuba mendekati Rasha tapi dihalang oleh Sara.
"Jangan buang masa cari pasal dengan dia ini. Tak ada apa-apa faedah pun. Kita ada maruah, bukan macam dia. Tidak ada maruah dan harga diri langsung. Otak dia tumpul sebab itu perangai dia macam itu, sanggup mencuri idea orang lain" kata Sara.
"Sara !" jerit Rasha apabila Sara menghinanya.
Mereka semua tersengih apabila Sara cakap sebegitu. Nah, ambil kau ! Rasakan.
"Kau nak sangat berlawan dengan aku, kan ? Fine ! Kita lihat siapa yang akan menang nanti ! Kau tak kenal aku lagi, Rasha. Bila aku marah, kau lihatlah nanti akibatnya" Sara memberi amaran kepada Rasha sebelum beredar dari situ.
"Otak tumpul !" ejek Farisha sebelum mengekori Sara keluar. Begitu juga dengan Nancy dan Nadira.
Rasha menghempas begnya. Dia geram.
"Permainan kita belum tamat lagi, Sara ! Kau lihat la siapa yang akan menang nanti. Ini Rasha lah !" jerit Rasha.
YOU ARE READING
HER REVENGE : DANIA ARSALAN
Romansa[ ON-GOING ] a story about Princess Dania 🦋 . [ ROMANCE + ACTION ] . TENGKU DANIA MALAIKA - Namanya dikenali ramai. Kekayaannya menjadi sebutan. Kecantikannya digilai sang jejaka. Tetapi dirinya menyimpan beribu kedukaan. Dia sentiasa menjadi pe...