Bab 46'

725 29 0
                                    


DARIEL mengeluh dengan kuat. Pen yang dipegangnya diletakkan dengan kasar. Kebelakangan ini, hidupnya memang tidak tenteram. Buat apa semua tak kena. Perasaan takut sentiasa menghantui dirinya malah dia sentiasa bimbang jika Sara mengetahut siapa dirinya yang sebenar. Dariel tiba-tiba bangun. Berada di MCTVS bukanlah tempat yang selamat lebih-lebih lagi bekerja sebumbung dengan Sara. Memang cari maut. Dariel takut kata-kata kakaknya memang benar, dia perlu berterus-terang tetapi dia belum ada kekuatan untuk menyatakannya.

"Ahhh!" Dariel tiba-tiba menjerit.

"Tuan muda tak apa-apa ke?" soal Razin. Qhairina hanya memerhati.

"Qhairina, pinjam telefon awak sekejap?" Dariel terus berjalan ke arah Qhairina. Tanpa banyak soal, Qhairina mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket kot bajunya. Pantas Dariel mengambil telefon bimbit Qhairina kemudian terus mendail nombor telefon kakaknya. Sejak hari itu, sudah beberapa kali dia menelefon kakaknya tetapi panggilannya tidak dijawab. Dania benar-benar isytiharkan perang kepadanya. Ini membuatkan dirinya geram.Dia perlu bercakap dengan Dania. Dia perlukan nasihat Dania. 'Kalau aku call guna telefon bimbit Qhairina pasti, kakak akan jawab.

"Helo, kakak!" kata Dariel secara tiba-tiba. Matanya bercahaya. 'Yes! Jerat dah mengena.'

"Maaf, nombor telefon yang anda dail, tiada dalam perkhidmatan..." kata Dania apabila mendengar suara Dariel. Pantas Dania menamatkan panggilan tersebut. Dania tersenyum. Sesekali dia perlu ajar adiknya untuk menyelesaikan masalah sendiri tanpa perlu bergantung dengan dirinya.

"Kakak, kakak! Jangan letak dulu!" jerit Dariel. Dia kenal benar dengan pemilik suara itu. Telefon bimbit Qhairina dipegang erat. Dariel mengetap bibirnya menahan geram. Perlahan-lahan senyuman terukir di bibir Qhairina. Razin melihat telatah Qhairina. Inilah pertama kali dia melihat Qhairina tersenyum. Qhairina menoleh ke arah Razin. Senyumannya tiba-tiba hilang apabila sedar Razin sedang memerhatikan dirinya. 

"Qhairina. Saya hairan macam mana awak boleh tahan dengan perangai kakak saya." Dariel memberi kembali telefon bimbit itu kepada Qhairina. Qhairina menyambutnya. 

"Saya dengan cik muda tak pernah ada masalah. Saya amat menghormati cik muda." 

"Yalah tu!" Dariel kembali duduk di atas kerusinya. Fail yang berada di atas meja tidak disentuhnya. Selagi dia tak selesaikan masalahnya dengan Sara, dia tak boleh tumpukan perhatiannya. 

Tiba-tiba telefon bimbit Qhairina berbunyi, pantas Qhairina menjawabnya. "Hmmm... Ya. Baiklah, cik muda" kata Qhairina.

Mata Dariel tepat merenung Qhairina. Dia tahu siapa yang telefon Qhairina sebentar tadi. Dariel hanya berlagak seperti biasa. "Hmmm... Qhairina, apa halnya kakak saya call awak?"

"Rahsia. Ini antara cik muda dan saya," jawab Qhairina dengan selamba.

"Rahsia?" Dia merenung Qhairinayang berada tidak jauh dengannya. 'Kalaulah Si Qhairina ni jadi bodyguard aku, alamatnya tak lama lagi aku dapat darah tinggilah. Tetapi apabila dia bersama kakak, dia hanya turutkan saja. Tak melawan pun. Ilmu apalah yang kakak guna ni sehingga Noah, Zamri dan Qhairina begitu setia kepada kakak? Apakah rahsia antara kakak dan mereka?' Dahi Dariel berkerut.



TAN SRI TENGKU HASSANAL menyandarkan dirinya di sofa sebaik saja mesyuarat yang dihadirinya sejak pagi tadi selesai. Tali lehernya dilonggarkan. Tan Sri Tengku Hassanal menundukkan kepalanya seketika. Letih! Pintu tiba-tiba diketuk. Farish terus masuk lalu berjalan menghampiri majikannya.

HER REVENGE : DANIA ARSALAN Where stories live. Discover now