Bab 34

759 36 2
                                    

We are different.

.



Kereta BMW Z4 berhenti di sebuah bangunan kedai yang terbiar. Kawasan tersebut penuh dengan semak samun seolah-olah sudah lama terbiar. Suasananya begitu menyeramkan.

Angin bertiup kencang dan awan mendung berarak seolaholah hujan akan melanda tak lama lagi. Emir berpaling ke arah Dania yang kelihatan tenang.

"Kau nak jumpa siapa ?" tanya Emir.

"Lebih baik kau jangan tahu. Tunggu dalam kereta" Dania sudah membuka pintu kereta.

"Tapi..."

"Stay here ! It's for your own safety" tegas Dania lalu keluar dari keretanya. Emir akur dengan kata-kata Dania dan hanya memerhati gerak-geri Dania yang menghampiri bangunan terbiar itu. Beberapa orang pengawal peribadi mengiringi Dania.

"Cik muda" tegur Qhairina lalu menghampiri Dania.

"Qhairina" Dania tersenyum sebaik saja nampak kelibat Qhairina.

"Kamu pasti dia berada di dalam ?"

"Ya" jawab Qhairina.

"Kau pasti ke dia tak larikan diri ?" tanya Zamri.

"Tak. Semua jalan keluar, saya dah sekat. Hanya satu saja jalan keluar iaitu pintu tu" Qhairina menunjukkan ke arah pintu utama bangunan itu.

"Bagus" Dania tersenyum. Dia menepuk lembut bahu Murni. Dia tahu Qhairina takkan menghampakan dirinya, sebab itulah dia serahkan tugas ini kepada Qhairina. Dania mengatur langkahnya untuk memasuki bangunan itu tetapi ditahan oleh Noah.

"Cik muda, biar saya pergi dulu" kata Noah.

"Tak mengapa, Noah. Dia takkan apa-apakan saya. Jangan bimbang. Sfay here" Dania tersenyum lalu mengatur langkahnya kembali. 

"Jangan bergerak !" Tiba-tiba ada satu suara menegur Dania. Langkah Dania terhenti. 

"Kau siapa ? Apa kau mahu ?"

Dania melihat bayang seseorang di sebalik tingkap bangunan itu yang sedang menghalakan pistol ke arahnya.

Serentak itu, pengawal peribadi Dania mengeluarkan pistol lalu dihalakan ke arah lelaki itu.

"Guys, put down your weapon" arah Dania. Dia tahu ini akan hanya memburukkan keadaan.

"I said put down your weapon !" ulang Dania lagi.

Emir terkejut apabila melihat pengawal peribadi Dania mengeluarkan pistol. Pantas Emir berlalu keluar lalu menghampiri mereka tetapi dihalang oleh Noah. 

"Tuan Emir, jangan masuk campur"

"Tapi... Lelaki tu..." Emir menuding jarinya ke arah lelaki yang sedang menghala pistol ke arah Dania.

"Cik muda takkan apa-apa" kata Noah.

Mereka semua meletakkan senjata sebaik saja diarahkan oleh Dania.

"Encik Johari, kedatangan saya bukan untuk mencederakan awak. Saya Tengku Dania Malaika anak sulung Tengku Darius Muhammad dan Nur Afiya. Pasti awak ingat lagi ibu bapa saya, kan ?"

"Kau cucu Tan Sri Tengku Hassanal ?" tanya lelaki itu. Nada suaranya sudah berlainan. Perlahan-lahan pistol yang dihalakan ke arah Dania diturunkan.

"Ya" jawab Dania.

"Kau nak apa ?" kata Johari yang masih lagi menyembunyikan dirinya. Dia berdiri di sebalik kegelapan di dalam bangunan itu.

HER REVENGE : DANIA ARSALAN Where stories live. Discover now