"WHAT'S going on, Noah? Kenapa kakak pengsan sedangkan tadi dia elok saja?" tanya Dariel. Dia terkejut sebaik saja mereka tiba di tempat letak kereta, tiba-tiba saja kakaknya pengsan.
Apa yang lebih pelik lagi, apabila dia mahu membawa kakaknya ke hospital Doktor Haidar, Medina tiba-tiba bertegas untuk membawa kakakya ke Hospital Pantai. Katanya lagi, hospital di tempat Doktor Haidar bekerja sudah tidak selamat. Apa maksudnya? Dariel mash menunggu jawapan daripada Noah. Dia pasti Noah tahu segalanya, mustahil Noah tidak tahu apa-apa sedangkan tiap-tiap hari Noah sentiasa berkepit dengan kakaknya ke mana-mana saja.
"Saya tak tahu, tuan muda. Saya rasa lebih baik tuan muda tanya sendiri kepada Doktor Medina kerana dia lebih arif tentang hal ni."
"What are you trying to say? Kakak saya sakit ke? Noah! Jawablah" jerit Dariel. Dia geram apabila Noah enggan menjawab soalannya. Dia perlukan penjelasan segera.
"Dariel!" Sara memegang tangan Dariel. Dia risau melihat keadaan Dariel sekarang ini.
"Saya tahu kamu tahu sesuatu, Noah! Saya tahu. Kakak sedang rahsiakan sesuatu daripada saya. Saya adik dia, saya berhak tahu" jeritan Dariel semakin kuat. Dia tak peduli di mana dia berada sekarang.
"Dariel! Bawa bertenang. Sekarang ni kita dekat emergency room" pujuk Sara lagi.
"No, Sara! I need to know the truth now. Saya perlukan penjelasan, kenapa tiba-tiba sahaja kakak pengsan" Wajah Dariel merah padam menahan geram. Matanya masih tidak berganjak daripada merenung Noah yang berada di hadapannya. Noah masih terdiam.
"Noah!" jerkah Dariel. Bila-bila masa sahaja dia boleh melayangkan penumbuk kepada muka Noah sekiranya Noah masih enggan menjawab soalannya.
"Memang betul, kakak kamu sakit, Dariel" tiba-tiba ada suara mencelah. Dariel berpaling ke belakang. Emir datang menghampiri mereka.
"Abang Emir. Apa maksudnya?" bibir Dariel terketar-ketar. Kenyataan daripada Emir menghentak tangkai hatinya.
"Your sister is sick, Dariel. That's the truth" beritahu Emir. Emir tahu dia sudah tidak boleh menyimpan rahsia ini daripada Dariel. Dariel berhak tahu.
"Mustahil. Mustahil!" Dariel tak percaya. Setahunya, kakaknya sihat saja selama ni.
"She's sick! Really sick. Kita kena terima kenyataan itu, Dariel" Emir cuba meyakinkan Dariel. Dariel menggelengkan kepalanya beberapa kali.
"Tak mungkin kakak sakit" Dariel menggenggam erat tangannya. Sara hanya diam membisu. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan.
Medina keluar dari bilik kecemasan. Dariel terus mendekati Medina. 'Aku perlukan kebenaran. Hanya Kak Dina sahaja yang tak akan tipu aku. Abang Emir pasti sengaja mereka-rekakan cerita.'
"Kak Dina, kakak tak apa-apa, kan?" Kelopak mata Dariel mula berair. Matanya merenung tepat wanita yang berjubah putih itu. Jantungnya berdegup kencang. Nafaskan berbalam.
Medina menarik nafas panjang.
"Dania sakit. Dia ada penyakit jantung dan perlu- menjalani pembedahan dengan kadar segera. Tetapi peratus untuk pembedahan iniuntuk berjaya hanya empat puluh lima peratus" terang Medina dengan penuh berhati-hati. Semakin hari tahap kesihatan Dania semakin menurun. Badannya lemah.
Mendengar penjelasan Medina bagaikan halilintar berada di telinganya. Air mata Dariel sudah mengalir. Kakinya tiba-tiba terasa lemah. Dariel rebah.
"Dariel!" Sara terus mendekati Dariel. Sara risau melihat keadaan Dariel. Dia tahu Dariel amat menyayangi kakaknya.
YOU ARE READING
HER REVENGE : DANIA ARSALAN
Dragoste[ ON-GOING ] a story about Princess Dania 🦋 . [ ROMANCE + ACTION ] . TENGKU DANIA MALAIKA - Namanya dikenali ramai. Kekayaannya menjadi sebutan. Kecantikannya digilai sang jejaka. Tetapi dirinya menyimpan beribu kedukaan. Dia sentiasa menjadi pe...