Bab 56'

465 16 5
                                    

Hi, doakan keputusan peperiksaan saya cemerlang. Terima kasih sebab menunggu :)



.


SARA merenung Dariel yang masih mendiamkan diri. Sejak mereka tiba di Restoran Mutiara, Dariel hanya diam membisu dan termenung sedangkan semalam Dariel yang beria-ia mengajak dia keluar makan tengah hari bersama. Hari ini kelakuan Dariel berlainan daripada biasa. Selalunya Dariel la yang banyak bercakap tapi sekarang..

"Dariel," panggil Sara dengan lembut. Hatinya risau apabila melihat Dariel seperti itu. Mungkinkah Dariel ada masalah? Panggilan Sara tidak didengari Dariel seolah-olah Dariel berada dalam dimensinya sendiri.

"Dariel." Sara menguatkan suaranya sambil memegang lembut lengan Dariel. Dariel terkejut. Dia terus memandang Sara yang duduk berhadapan dengannya.

"Are you okay?"

"Aaa... Yes, I'm fine" bohong Dariel. Sebentar tadi, banyak perkara yang bermain dalam fikirannya. Kata-kata kakaknya semalam benar-benar membuat dia risau. Dia pasti Dania telah merancang sesuatu. Dia risau jika kakaknya bertindak di luar jangkaan. Sekarang dia hanya ada kakak dan atuk. Dia tak mahu kehilangan kakaknya pula.

"Dariel!" panggil Sara lagi.

"Ya... Aaa..... Kita order sekarang, ya? Waiter!" Sara merenung Dariel. Pasti ada sesuatu yang mengganggu fikiran Dariel.

"Sara, awak nak minum apa?" soal Dariel lembut apabila pelayan restoran itu datang ke meja mereka.

"Fresh orange."

"Coffee," kata Dariel.

"Makan?" soal pelayan itu sambil tersenyum melihat mereka berdua.

"Nasi ayam."

"Sama. Dua nasi ayam." Dariel mencelah. Pelayan itu menganggukkan kepala sambil tangannya pantas menulis pesanan Dariel dan Sara.

"Terima kasih," kata Sara lalu tersenyum. Pelayan itu membalas senyuman Sara kemudian segera beredar dari situ.

"Sara!" Tiba-tiba ada suara menegur mereka. Serentak mereka berdua menoleh. Air muka Sara berubah melihat pasangan yang berdiri tidak jauh dari mereka.

"Tuan muda!" Farhan melihat lelaki yang duduk berhadapan dengan Sara. Dia terkejut apabila melihat Dariel bersama Sara apabila mask ke dalam restoran itu. Dia tak percaya melihat mereka berdua. Sara melihat ke arah Rasha yang seolah-olah tergamam melihat mereka berdua. Sara hanya tersenyum. Rasha merenung Sara seperti ingin menelannya hidup-hidup. Bermacam-macam solan bermain dalam fikirannya. Dia cemburu melihat mereka berdua.

"Oh, Farhan, Rasha !" Dariel tersenyum.

"Tuan Muda, Sara" Farhan seolah-olah terpinga-pinga.

"Come, join us. Boleh kita berbual sama-sama" ajak Dariel.

"It's okay" tolak Farhan sopan.

"Come on! Ramai-ramai pasti meriah" ajak Dariel lagi.

"Alah, Abang Farhan janganlah malu-malu." Sara pula bersuara. Farhan menoleh ke arah Rasha. Rasha hanya menganggukkan kepalanya. Dia ingin tahu hubungan sebenar di antara Dariel dan Sara. Mereka berdua terus duduk. Farhan tersenyum melihat Dariel dan Sara. 

"Can I ask you guy something?"

"Sure" jawab Dariel.

"How long you guys know each other?" soal Farhan.

HER REVENGE : DANIA ARSALAN Where stories live. Discover now