Dania menyandarkan kepalanya di sofa. Dia memejamkan matanya. Selepas saja mesyuarat bersama Tan Sri Zulkarnain tamat, sakit di dadanya mula terasa. Dia sudah pun makan ubat yang diberi oleh Dr. Haidar. Namun sakit di dadanya belum juga hilang.
"Cik Muda, ini airnya" Suria memberikan segelas air suam kepada majikannya. Wajah Dania pucat.
"Noah, kenapa kau tidak bawa Cik Muda ke hospital ? Pucat semacam saja muka cik muda aku tengok" Suria mula resah.
"Cik muda tidak mahu" jawab Noah ringkas. Wajahnya tercalit perasaan bimbang yang tersemat dalam hatinya. Penyakit cik muda semakin teruk kebelakangan ini. Asyik sakit dada dan sesak nafas saja.
Dania mendiamkan dirinya. Dia hanya mendengar percakapan Suria dan Noah. Dia malas nak masuk campur. Dania masih memejamkan matanya. Sakit yang dirasainya dilawan.
"Tak sangka aku boleh jumpa kau di sini" Ada seseorang tiba-tiba menegur Dania.
Perlahan-lahan Dania membuka matanya. Dia kenal benar dengan pemilik suara yang menegurnya. Lelaki tersebut sedang tersenyum ke arahnya. Dania membetulkan kedudukannya.
"Hmmm... Ini hotel milik Maple Corporation, salah ke kalau Malaika berada di sini ?"
"Aku tahu. Cuma aku ingat sekarang ni kau tengah sibuk mencari Dariel" Dato Malik terus duduk di sofa yang berhadapan dengan Malaika. Senyuman masih terukir bibirnya. Pasti sekarang ini Malaika rasa sangat risau memikirkan tentang kehilangan adiknya sebab itulah wajahnya pucat dan resah.
'Dia tahu pasal Dariel ? Cepatnya berita tersebar. Ini pasti gara-gara atuk arahkan orangnya mencari Dariel. Tak mustahil kalau perkara ni sampai ke telinga Dato Malik'
"Lari ? Siapa kata Dariel lari ? Dia cuma pergi melancong saja" Dania cuba berdalih sambil tersenyum lebar.
"Ye ke ? Kau pasti ke, Malaika ?" Nada suara Dato Malik seolah-olah sedang menyindir Dania.
"Tentu sekali. Sebelum Dariel bertolak, Dariel beritahu tentang perkara ini kepada Malaika. Lagipun Dariel kata mungkin ini peluang dirinya untuk menjauhkan diri daripada perempuan yang tidak ada maruah diri yang selalu ikut dia ke mana-mana saja tu" kata Dania.
Tiba-tiba saja senyuman di bibir Dato Malik terus hilang. Kata-kata Malaika memang pedas. Dia faham siapa perempuan yang dimaksudkan oleh Malaika. Siapa lagi kalau bukan anaknya sendiri. 'Sabar ! Aku tidak boleh biarkan Malaika tahu dia berjaya menaikkan kemarahan aku'
"Mungkin itu hanya alasan. Hmmm... Aku pergi dulu. Bila Dariel call nanti, kirim salam kat Dariel. Nasihatkan dia supaya berhati-hati. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Kemalangan sering berlaku tanpa diduga. Betul kan Malaika ?" Dato Malik terus bangun.
"Betul tu. Lebih-lebih lagi kalau ada orang jalinkan hubungan dengan isteri orang, lepas tu suami dia dapat tahu. Bang ! Lelaki tu mati ditembak oleh suami perempuan tu. Malang betul. Betul cakap uncle, kemalangan boleh berlaku di mana-mana saja, kan ?" Giliran Dania pula tersengih sehingga menampakkan giginya yang teratur.
Wajah Dato Malik terus berubah. Dia tahu kata-kata Malaika sebentar tadi ditujukan kepadanya.
"Kau cakap apa ?" Nada suara Dato Malik tiba-tiba meninggi,
"Itu andaian saja. Kenapa ? Uncle terasa ke ?"
"Kau !" Dato Malik menuding jari telunjuknya tepat ke arah Malaika.
"Malik sayang !" Tiba-tiba saja ada wanita bersuara menggoda memegang tangan Dato Malik. Serentak Dato Malik berpaling. Dia terkejut.
"Maaflah. Ada hal tadi ! Susahlah nak cari peluang keluar dari rumah tadi" kata wanita itu dengan postur badan yang menggoda.
YOU ARE READING
HER REVENGE : DANIA ARSALAN
Romance[ ON-GOING ] a story about Princess Dania 🦋 . [ ROMANCE + ACTION ] . TENGKU DANIA MALAIKA - Namanya dikenali ramai. Kekayaannya menjadi sebutan. Kecantikannya digilai sang jejaka. Tetapi dirinya menyimpan beribu kedukaan. Dia sentiasa menjadi pe...