Bab 7'

913 46 5
                                    

Happy reading :)



.



Dania duduk sambil tangannya memberi makanan kepada ikan emas di kolamnya. Dia tersenyum apabila melihat ikan emas berebut-rebut makan.

" Pasti bosan kalau asyik terkurung dalam kolam ni. Kau menghadap muka aku, aku menghadap muka kau, kan. Kesian " kata Dania kepada ikan-ikan peliharaannya. Dania mengeluh. Walaupun dia memiliki segalanya namun...

" Dania " Tan Sri Tengku Hassanal  tiba-tiba saja berada di belakang.

Dania menoleh apabila namanya dipanggil. " Ya "

" Bukan ke Dania yang sepatutnya pergi ke Sabah pagi tadi ? " tanya Tan Sri Tengku Hassanal.

" Ya " Ringkas jawapan Dania. Tangannya masih ligat memberi makanan.

" Kenapa pula Dariel yang pergi ? Bukan ke ini kerja Dania ? " Tan Sri Tengku Hassanal masih tidak berpuas hati, Rosak rancangannya.

" Dia volunteer diri nak pergi. Lagipun Dania rasa tidak sihatlah, atuk "

" Sakit ? Atuk tengok Dania sihat saja " Wajah Dania direnungnya. Ini pasti helah Dariel nak rosakkan rancangannya.

Dania tersenyum. " Dah makan ubat, tentulah dah sihat "

" Dania tahu kan malam Jumaat ni, Dariel ada makan malam dengan Lili ? "

" Ya ke ? Ala... Dania terlupalah. Macam mana ini, atuk ? Apa kita nak beritahu Lili ? " kata Dania secara tiba-tiba.

" Apa kata Dania pergi ke Sabah dan suruh Dariel balik ? " cadang Tan Sri Tengku Hassanal. Dia gembira apabila Dania setuju akan rancangannya.

" Bagus cadangan atuk tu. Sekarang juga Dania bertolak " kata Dania, dia terus bangun

" Tapi sebelum Dariel bertolak pagi tadi, dia pesan kalau atuk cuba nak jodohkan dia dengan Lili lagi, dia akan lari " ujar Dania tiba-tiba.

" Lari ? " Tan Sri Tengku Hasanal ketawa. Lucu apabila mendengar perkataan tersebut.

" Adik Dania tidak akan lari. Kalau dia lari, jangan harap dia hendak mengecapi kehidupan mewah macam ni lagi "

" Aiii... Atuk dah lupa ke ? Kami berdua pernah hidup susah. Jual kuih, ambil upah cuci pinggan mangkuk pun pernah. Macam-macam benda kami pernah buat. Tanpa kemewahan pun kami boleh teruskan hidup. Kacang je semua tu. Kaya tak menjaminkan apa-apa pun atuk " Dania tersengih.

" Dania ! Kamu cuba ugut atuk ke ? " Nada suara Tan Sri Tengku Hassanal separuh menjerit. Matanya bulat merenung cucu perempuannya.

" Ugut ? Siapa berani ugut atuk ? Itu hanya kenyataan, atuk. Dania cuma nak rewind balik je. Takut atuk lupa semua tu "

Dania bangun dan matanya bertentangan dengan datuknya. " You must leave Dariel alone. Let's him take his own road " Dania menepuk lembut bahu datuknya kemudian terus berlalu pergi.

Tan Sri Tengku Hassanal kaku. Kata-kata Dania tadi seolah-olah seperti amaran. Matanya memandang hening ke arah Dania yang sedang masuk ke dalam rumahnya.







.







"Rumah kau kena gempa bumi ke ?" tanya Fuad apabila melihat keadaan ruang tamu rumah Dato Malik yang berselerak. Bantal-bantal bertaburan. Pasu bunga habis pecah.

Mata Dato Malik meliar melihat ke kiri dan ke kanan. Sewaktu balik tadi, dia terkejut apabila melangkah masuk ke rumah. Berselerak.

" Jane !! " jerit Dato Malik. Nama anaknya dipanggil beberapa kali. Ini pasti kerja anaknya. Tak ada orang lain dah.

" Apa ?! " jerit Jane sambil berjalan menuruni anak tangga. Tangan kanannya memegang botol arak. Botol arak diteguknya beberapa kali.

" Kau ni dah gila ke ? atau Hilang akal ? " marah Dato Malik kepada anak tunggalnya.

" Yang papa nak ambil peduli hal Jane, apa pasal ! " jerit Jane pula. Air haram tersebut diteguknya lagi tanpa mempedulikan kata-kata ayahnya.

" Hei, Jane ! Kau sedar tak dengan siapa kau sedang bercakap sekarang ini ? " Dato Johari mendekati anaknya. Tangan Jane dipegangnya erat. Dia tidak suka Jane meninggikan suara dengannya.

" Sakitlah Papa ! " Jane meronta untuk dilepaskan. Pegangan papanya menyakitkan tangannya. Air matanya tibatiba menitis. 

"Sebab papa la, Jane jadi macam ni !"

Dato Malik kaku apabila mendengar kata-kata Jane. Pegangannya dilepaskan. Wajah anak perempuannya direnung. Jane menangis teresak-esak. Hatinya rasa sayu apabila melihat keadaan anaknya. Naluri kebapaannya tersentuh.

" Kenapa ni ? Beritahu papa " pujuk Dato Malik  dengan lembut.

" Kak... Kak... Malaika ! "

"Kenapa ? Apa dia buat dekat Jane ?" Dato Malik  terus mencelah. Dahinya berkerut. Dia bimbang jika Malaika mencederakan anak kesayangannya.

" Dia... Dia... kata Jane tak layak untuk mencintai dan menyayangi Abang Dariel. But I love him. What's wrong if I love him, papa ? " kata Jane polos.

Dato Malik mengeluh. " Kan papa dah cakap, lupakan Dariel. Dariel tak layak untuk terima cinta Jane. You deserve better Jane.. " Dato Malik memeluk anaknya.

" Salah ke, papa ? Salah ke Jane sukakan Abang Dariel ? Masa kecil dulu, Abang Dariel baik dengan Jane. Dia sayang dengan Jane. Kami main bersama-sama tapi kenapa sekarang selepas balik dari luar negara perangai Abang Dariel berubah " Jane masih lagi menangis.

Fuad menyandarkan dirinya ke dinding. Dia hanya diam memerhati dua beranak itu.

" Forget him ! Anak papa ini cantik. Dariel tak sesuai dengan Jane. Rayyan, anak Raja Razlan sukakan Jane. Dia lebih kacak dan kaya daripada Dariel " pujuk Dato Malik.

Dengan kasar, Jane meleraikan pelukan papanya. " Rayyan tu kaki mabuk. Playboy, perempuan keliling pinggang. Jane tidak suka dia " Mata Jane bulat apabila nama orang yang dibencinya disebut.

" Jane !  Cuba dengar cakap papa. Dariel tak pernah cintakan Jane pun. Malaika pun bencikan Jane tahu tak. Takkan Jane nak hidup bersama dengan orang yang bencikan Jane ? "

" Jane tak kisah, papa. Jane akan pastikan Abang Dariel cintakan Jane, sayangkan Jane. Abang Dariel akan jadi milik Jane. Tak ada siapa yang dapat menghalangnya termasuk Kak Malaika dan juga papa " tegas Jane. Botol arak tersebut dibaling ke arah dinding. Pecah. Jane berlari menaiki anak tangga.

Dato Malik menoleh ke arah sahabatnya.

" Itu anak kau ! Bukan anak aku " kata Fuad dengan selambanya. Dia malas nak masuk campur dalam masalah keluarga orang lain.

Dato Malik mengenggam erat tangannya. ' kenapa mesti perkara ini terjadi ? kenapa mesti Jane cintakan Dariel ? Kusut kepala aku. Kan bagus kalau Dariel mati saja dari dulu '





.







Yang pasti Jane tak akan main dengan sihir HAHAHAH 





HER REVENGE : DANIA ARSALAN Where stories live. Discover now