If you can dream it, you can do it
.
Pintu lift terbuka. Emir mengatur langkahnya sebaik saja keluar dari lift. Sejak semalam lagi, Emir masih memikirkan maksud di sebalik kata-kata Dania kepadanya. Kenapa Dania berkata bahawa dirinya tidak layak dicintai ? Setiap kali mengingati kata-kata Dania, hatinya rasa berdebar-debar. Oleh itu, dia perlu berjumpa Dania untuk meminta penjelasan. Langkah Emir terhenti apabila melihat ada dua orang wanita sedang berdiri di pintu masuk pejabat Dania. Emir menyembunyikan dirinya.
"Hmmm... Apa halnya, Jane ?" Dania merenung wanita yang berada di hadapannya. Noah berdiri beberapa langkah di belakang Dania.
"Mana Abang Dariel ? Di mana Kak Malaika sorokkan abang Dariel ?!" jerit Jane secara tiba-tiba. Dia sudah bosan untuk menunggu lagi. Sudah hampir sebulan Dariel menghilangkan diri.
"Mana akak tahu"
"Kak Malaika bohong ! Kak Malaika ingat Jane akan percaya bulat-bulat kata Kak Malaika tadi ? I'm not that stupid, Jane tahu Kak Malaika yang sorokkan Abang Dariel sebab nak pisahkan kami berdua kan !"
"Dariel dah besar. Dia boleh fikir sendiri. Ke mana Dariel pergi, itu urusan dia. Kak tak ada hak nak ambil tahu" Dania tersenyum melihat telatah Jane yang seperti tak senang duduk.
"Jane cintakan abang Dariel tapi kak Malaika masih nak pisahkan kami" tegas Jane. Matanya bulat merenung wanita yang berdiri di hadapannya.
Dania ketawa. Geli hatinya apabila mendengar pernyataan Jane.
"Pisahkan kamu berdua ? Mengarut !" Dania mendekati Jane.
"Dariel tak suka Jane pun. Jangan nak perasan. Berapa kali akak nak beritahu Jane untuk Jane faham ? Jane bukanlah wanita yang ditakdirkan untuk Dariel. Kak pasti tentang itu"
"Teruk sangat ke Jane sampai kak Malaika tak boleh terima Jane ? Apa salah Jane sehingga akak Malaika layan Jane macam ni ?" Bibir Jane terketar-ketar menahan geram. ,
"Jane ingat kak Malaika tak tahu aktiviti Jane selama ini. Jane nak kak Malaika beritahu satu persatu ke ?" Wajah Jane berubah sebaik saja mendengar kata-kata Dania.
"Baliklah. Fikirlah baik-baik sama ada orang seperti Jane layak atau tidak nak berdampingan dengan Dariel"
"Jadi, kak Malaika nak ugut Jane la ?!" Tiba-tiba Jane meninggikan suaranya.
Dania menggelengkan kepalanya.
"Ya. Stay out from my brother. I really mean it" tegas Dania.
"Apa kak Malaika akan buat kalau Jane enggan ikut cakap kak Malaika ?" Mata Jane sudah merah. Jane menahan kemarahannya.
"Kak Malaika akan buat perkara yang sama yang papa Jane pernah buat" kata Dania.
Wajah Jane berubah. 'Apa maksud Kak Malaika sebentar tadi ? Apa papa pernah buat ?' Pelbagai soalan bertubi-tubi dalam fikirannya.
"Noah, panggil security guard sekarang. Saya tak nak perempuan ni ada dekat pejabat saya" arah Dania.
Jane terkejut dengan kata-kata Dania. Jane menggenggam erat beg tangannya.
"Perkara ni takkan berakhir di sini. Jane akan lakukan apa saja agar abang Dariel menjadi milik Jane. Jane akan pastikan kak Malaika takkan menjadi penghalang cinta Jane lagi"
"Jadi Jane nak bunuh akak la, ya ?" tanya Dania secara tiba-tiba. Dania masih tersenyum.
Jane tergamam dengan kata-kata Dania.
YOU ARE READING
HER REVENGE : DANIA ARSALAN
Romansa[ ON-GOING ] a story about Princess Dania 🦋 . [ ROMANCE + ACTION ] . TENGKU DANIA MALAIKA - Namanya dikenali ramai. Kekayaannya menjadi sebutan. Kecantikannya digilai sang jejaka. Tetapi dirinya menyimpan beribu kedukaan. Dia sentiasa menjadi pe...