Bab 59'

1.2K 32 9
                                    


Dah nak habis hehehe





.





JANE menyanyi riang sambil membetulkan rambutnya. Dia melihat make up yang dipakainya.

"Perfect! Kalau Abang Dariel jumpa aku, pasti dia akan puji aku cantik malam ni" Jane tersenyum.

Selepas mendapat tahu Dania telah dimasukkan ke hospital, Jane begitu gembira. Impiannya untuk bersama Dariel akhirmya tercapai juga. Dia sudah bosan untuk menunggu lagi. Rancangan yang diaturkannya selama ini telah berjaya. Fikirnya, selepas Dania mati, tiada siapa yang akan menghalang hubungannya dengan Dariel. Dania sering menjadi batu penghalang untuk dia bersama Dariel, oleh itu Dania perlu dihapuskan. Jane tersenyum sendirian. Tiba-tiba telefon bimbit Jane berbunyi. Jane melihat nama yang tertera di telefon bimbitnya.

"Hello, kau nak apa lagi? Aku kan dah bagi duit dekat kau. Tak cukup lagi ke?" ujar Jane garang.

"Cik Jane, tolong saya!" rayu Herman dalam talian.

"Hei, apa yang kau cakapkan ni!" Jane bengang.

"Azriel dah kena tangkap!"

"Apa?!" Jane terkejut.

"Sekarang ni mereka nak tangkap saya pula tapi saya berjaya larikan diri. Cik Jane, tolong saya. Saya tak nak meringkuk dalam penjara" rayu Herman. Selama ini dia telah diupah oleh Jane untuk menukarkan laporan kesihatan Dania.

"Siapa?" Jane mula ketakutan.

"Rasanya orang cik muda. Agaknya mereka dah tahu tentang rancangan Cik Jane sebab itulah mereka telah menangkap Azriel dan sekarang ini mereka ingin menangkap saya pula. Cik Jane, saya tak tahu nak pergi mana lagi. Tolong saya, Cik Jane"

Jane terus menamatkan panggilan itu. Dia resah lalu berjalan ke hulu dan ke hilir. Jane mulai takut. 'Jika Kak Dania dah tahu semua ni, pasti dia akan cari aku. Aku tak boleh tinggal di sini lagi. Aku mesti tinggalkan negara ni. Aku harus pergi dari sini.' Pantas Jane menuju ke almari lalu mengeluarkan pakaiannya.





.





LANGKAH Jane diatur dengan pantas menuju ke balai berlepas. Matanya meliar melihat ke kiri dan ke kanan. Dia bimbang jika orang-orang Dania mencarinya hingga ke sini. Hanya beberapa langkah lagi, dia akan selamat.

"Lajunya jalan, nak pergi mana tu?" Tiba-tiba ada satu suara menegur Jane. Langkah Jane terhenti. Badannya mengeras. Dia kenal benar dengan pemilik suara itu. Perlahan-lahan Jane berpaling. Jane tergamam.

"Kak Dania?" 'Bagaimana dia boleh ada di sini? Bukan ke Kak Dania sepatutnya berada di hospital?'

Dania hanya tersenyum ke arahnya.

"Aaa... Kak Dania... Aaa... Flight Jane dah nak berlepas ni. Jane pergi dulu" Jane ingin mengatur langkahnya tapi dia terkejut apabila ada dua orang lelaki sedang menghalang perjalanannya.

"We need to talk." kata Dania lalu berialan menghampiri Jane. Bibir Dania mash terukir senyuman.

"Aaa... Nanti flight Jane akan terlepas. Lain kali, ya?" Jane cuba mengelak. Badannya sudah menggigil apabila Dania sudah hampir dengannya. Dia tak berani bertentangan mata dengan Dania.

"Kalau flight Jane terlepas, akak akan beli tiket flight yang baru untuk Jane. Now, shall we?"

"Tapi..." Jane mula resah. Tiba-tiba Dania menarik rambut Jane.

Jane terkejut dan mengerang kesakitan.

"Aku akan cakap sekali je" Wajah Dania sudah berubah serius. Tiada lagi senyuman di bibirnya. Dia memegang kuat rambut Jane.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 28, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HER REVENGE : DANIA ARSALAN Where stories live. Discover now