Bab 35

846 36 6
                                    

After a kinda long break-- 



.



"Akak !" jerit Dariel sebaik saja terjaga daripada tidurnya. Nafasnya naik turun. Dariel memandang sekeliling. Dia menarik nafas lega. Mimpi rupa-rupanya !

Pantas Dariel bangun kemudian menekan suis lampu biliknya. Dia memegang dahinya. Berpeluh ! Tiba-tiba terbit perasaan gelisah dalam hatinya. Kenapa mimpi tadi dia rasakan seperti benar-benar berlaku ? Dalam mimpi tersebut, dia cuba mencapai tangan kakaknya tetapi semakin dia cuba mencapai tangan Dania, semakin jauh Dania meninggalkannya. Hatinya Dariel semakin resah. Mimpi sebentar tadi masih bermain dalam fikirannya. 'Kenapa aku rasa tak sedap hati ?'

Mata Dariel terus melirik ke arah jam dinding di biliknya. Pukul dua pagi. Pada waktu begini di Malaysia, Dania selalunya belum tidur lagi. Pantas Dariel mengambil telefon bimbitnya lalu mendail nombor telefon Dania.

Dahi Dariel berkerut apabila Dania tidak menjawab panggilannya. Dia mencuba lagi. Hasilnya masih sama, Dania masih tidak menjawab panggilannya.

'Kakak dah tidur ke ? Mustahil ! Waktu begini, kakak mesti tak tidur lagi' Dariel resah lalu mendail nombor telefon Noah pula. Dariel mengetap bibirnya. Hatinya berdebar-debar. Kenapa Noah tak menjawab panggilannya ? Adakah sesuatu telah berlaku ? Dariel mencuba lagi.

"Jawablah !" jerit Dariel apabila panggilannya tidak dijawab. 

"Razin !" Dariel tiba-tiba teringatkan pengawal peribadinya. Pantas Dariel mendail nombor telefon Razin.

"Hello !"

"Ya, tuan muda" kata Razin sambil berpaling ke arah Noah yang berdiri di hadapannya. Noah hanya memerhati.

"Maaf kalau saya ganggu kamu tidur. Hmmm... Saya hanya nak tanya tentang kakak saya. Aaa... Dia tak apa-apa ke ? Maksud saya, dia sihat ?" tanya Dariel teragak-agak.

"Cik muda ?" Razin terkejut.

Noah menggelengkan kepalanya. Dia tak nak Dariel tahu tentang perkara itu. Biarlah ia dirahsiakan. Waktu sekarang amat bahaya untuk Dariel pulang.

"Cik muda sihat sahaja. Sebelum saya balik tadi, saya nampak cik muda sedang berbual dengan Tan Sri" bohong Razin sambil matanya melirik ke arah Noah. Inilah pertama kali dia berbohong kepada Dariel tetapi dia terpaksa apabila memikirkan tentang keselamatan Dariel.

"Ye ke ? Tapi kenapa kakak tak angkat telefon saya ?" tanya Daniel hairan.

"Mungkin cik muda penat. Lagipun esok cik muda la meeting" jelas Razin.

"Hmmm... Baiklah. Esok saya akan telefon lagi"

Dariel menarik nafas lega. Kebimbangan dalam hatinya berkurangan. Kata-kata Razin sebentar tadi sedikit sebanyak menjawab persoalan yang bermain dalam fikirannya.

"Hmmm... Tuan muda, dah lewat ni. Esok saya kena bangun awal" kata Razin.

"Baiklah. Maaf ya" Dariel tahu dia telah mengganggu masa tidur Razin. Seoul lebih awal sejam berbanding Malaysia.

"Tak mengapa. Hmmm... Tuan muda hati-hati ya ?" kata Razin sebelum menamatkan perbualan mereka berdua.

Kata-kata Razin sebentar tadi membuat Dariel terpinga-pinga. 'Apa maksud kata-kata Razin sebentar tadi ?'



.



"Cik muda tak apa-apa ke ?" tanya Razin. Dia terkejut apabila Dania tiba-tiba pengsan di hadapan mereka berdua selepas melakukan pendermaan darah kepada Qhairina. Wajahnya pucat. Kehadiran Dr. Haidar sebentar tadi menimbulkan pelbagai soalan dalam fikirannya.

HER REVENGE : DANIA ARSALAN Where stories live. Discover now