Bab 43'

791 28 2
                                    

"DANIA!" kata Medina sebaik saja Dania sedar.

"Medina..." Dania terkejut dengan kehadiran Medina yang berada di sisinya.

"Syukurlah, kau dah sedar. Kau tahu tak satu hari kau tak sedarkan diri. Aku risau. Takut kau dah tak bangun lagi." Air mata Medina tiba-tiba mengalir. Medina mula menangis. Dania terkejut apabila melihat Medina menangis. Dania melihat keadaan sekeliling. 'Aku di hospital? Adakah... Dina dah tahu tentang penyakit aku?' Pantas Dania bangun dari katil.

"Kau ni memang pentingkan diri sendiri. Aku bukan sahabat baik kau ke? Kau ingat aku jenis kawan yang berkawan dengan kau bila kau senang je ke? Dah sebelas tahun aku kawan dengan kau. Sampai hati kau rahsiakan. penyakit kau ni daripada aku." 

"Dina!"

"Kenapa kau tak nak terima rawatan, Dania? Kau tahu tak betapa seriusnya penyakit jantung? Kau tak sayangkan nyawa kau ke?" 

"Tapi aku tetap juga akan mati, Dina. Itu kenyataannya." 

"Dania!" marah Medina. Dia terkejut dengan katakata sahabatnya itu.

"Begitu cepat kau mengalah. Kau sedar tak apa yang kau cakapkan ni? Dania yang aku kenal takkan cepat mengalah. Kau perlu lawan penyakit ni dan jangan terus mengalah." 

"Aku tetap akan mati. Jika itu takdir aku. Kalau aku boleh terima kenyataannya, kenapa kau tak boleh, Dina?" Dania tersenyum. 

"Kau sedar tak apa yang kau cakap ni? Kau ingat penyakit jantung ni main-main ke?" 

"Dina, kalau aku terima rawatan pun, kesudahannya tetap sama. Walau apa cara sekalipun aku lakukan, penyakit ni takkan sembuh. Aku perlu selesaikan dulu urusan aku sebelum aku menjalani rawatan. I hope you understand." 

"Aku tak faham. Kau belum cuba lagi, tapi kau dah mengalah." Air mata Medina masih deras mengalir. Kata-kata Dania benar-benar menyakitkan hatinya. Dania memegang lembut tangan Medina. 

"Dina, kalau aku terima rawatan, badan aku akan lemah. Aku tak nak, Dina. Aku tak nak atuk dan Dariel sedih apabila lihat aku macam tu nanti. Aku mahu sebelum aku pergi, mereka hanya akan mengingati memori yang indah tentang aku. Bukan ingat tentang penderitaan aku" ucap Dania dengan lembut. Dia tahu sahabatnya itu akan memahami dirinya. Medina mengeluh. Dia kenal benar dengan perangai Dania yang degil tu. 

"Bila kau nak beritahu Dariel dan atuk kau tentang penyakit kau ni?" 

"Bila tiba masa yang sesuai, aku akan beritahu mereka." 

"Betul ke kau dah bertekad tak nak terima rawatan? At least, kau ada harapan, Dania." Medina masih tidak berputus asa. 

"Harapan?" Dania ketawa kecil.

"Orang macam aku sudah tak ada harapan. Hanya lima puluh peratus saja. Apa yang penting sekarang, aku perlu uruskan sesuatu." Wajah Dania berubah. Nada suaranya berlainan. 

"Maksud kau, Uncle Malik?" 

"Ya, Hutang nyawa perlu dibayar dengan nyawa" tegas Dania. Medina merenung Dania. Tiba-tiba pintu bilik dibuka. Serentak itu mereka berdua menoleh apabila Noah masuk ke dalam bilik. 

"Cik muda." Noah tersenyum apabila melihat Dania yang telah sedar. Sepanjang malam, dia risau dengan keadaan majikannya. 

"Ada apa-apa tak yang berlaku sewaktu saya tidak sedarkan diri?" soal Dania.

"Tiada." 

"Dariel?" 

"Tiada apa-apa perkara yang berlaku kepada tuan muda. Cik muda jangan risau. Zamri dan Razin akan sentiasa menjaga keselamatan tuan muda." 

HER REVENGE : DANIA ARSALAN Where stories live. Discover now