Bab 50'

879 29 0
                                    

sorry for late update, just finished my quarantine. Take care all of you, always wear your mask <3





"Awak! Apa awak buat kat sini?" soal Sara hairan.

"Aaa..." Dariel tak tahu nak cakap apa. Sara hanya memerhati ke arahnya.

"Dariel!"

"Razin, kamu beredar dulu" arah Dariel.

"Baik" kata Razin. Sara menoleh ke arah Razin. Terkebil-kebil Sara melihat Razin mematuhi arahan Dariel. 'Kenapa bodyguard tuan muda patuh cakap Dariel?' Tiba-tiba saja bulat mata Sara melihat ke arah Razin dan Qhairina. Takkanlah... Kalau telahannya tepat, lelaki yang sedang berdiri di hadapannya sekarang ni ialah... Sara melihat Dariel.

"Don't tell me that you're Tengku Dariel Muhammad."

"Sara, please, saya tak berniat nak bohong kat awak. Let me explain about this" Dariel cuba memegang tangan Sara tetapi Sara menepisnya. Matanya merah menyala merenung Dariel.

"Don't touch me! Sekarang ni saya dah faham, kenapa Tengku Daniel Muhammad menolak permintaan saya untuk interview. Sebab awak takut rahsia awak terbongkar, kan? Great! Awak ingat saya ni apa? Barang permainan awak ke?" marah Sara. Dia tak sangka selama ini dirinya telah ditipu. Kerja sebagai pengawal peribadi konon.

"Bukan. Awak salah faham! Biar saya jelaskan segalanya" kata Dariel lagi. Dia tak sanggup kehilangan Sara.

"Enough Tengku Dariel Muhammad! Saya tak nak dengar apa-apa lagi. Mulai sekarang, kita bukan kawan lagi. Awak carilah orang lain untuk diperbodohkan. Saya paling benci dengan orang yang suka menipu" Sara pantas mengatur langkah meninggalkan tempat itu.

Dengan pantas Dariel menghalang langkah Sara. "Awak tak boleh pergi lagi, Sara."

Tiba-tiba satu tamparan hinggap di muka Dariel, Dariel tergamam. Razin terkejut dengan apa yang berlaku.

"Get out from my life. Saya tak peduli siapa pun awak. Orang kaya seperti awak memang suka mempermainkan orang, kan? Mulai hari ni saya tak nak jumpa awak lagi. Never!" jerit Sara.

Air matanya tiba-tiba mengalir tanpa disedari, Hatinya berasa sakit apabila sedar dirinya diperbodohkan, Sara terus berlari meninggalkan Dariel yang masih kaku. Dariel hanya memerhatikan kelibat Sara yang hilang daripada pandangannya. Telefon bimbit yang berada di tangannya digenggam erat.

"Kakak!" Dariel mengetap bibirnya. Dia melihat sekelilingnya. Dia pasti kakaknya sekarang ini berada di sini juga dan sedang memerhatikan dirinya. Dengan pantas, mereka bertiga menundukkan kepala apabila Dariel melihat ke arah mereka. Dania hanya ketawa kecil. Pasti Dariel sedar akan kehadirannya di situ.

"Qhairina, kau tahu tak mana kakak aku berada sekarang ni?" tanya Dariel dengan kasar.

"Tak tahu." jawab Qhairina.

Dariel membuat mimik muka kurang senang dengan jawapan Qhairina. 'Balik nanti siaplah kakak!' Terus dia alan meninggalkan Qhairina dan Razin tanpa banyak soal.

Selepas melihat Dariel berlalu pergi, Dania keluar tempat persembunyiannya.

"Kasihan tuan muda" kata Zamri dengan nada sedih.

"Nak kasihan buat apa? Memang patut pun dia kena penampar dengan Sara. Siapa suruh dia berbohong" kata Dania. Zamri terkejut dengan kata-kata Dania.

"Cik muda tak kasihan ke kat tuan muda?"

"Dia yang mulakan, jadi biarlah dia sendiri yang selesaikan. Saya tak nak masuk campur. Hmmm... Pasal Johari, ada apa-apa berita?" soal Dania.

HER REVENGE : DANIA ARSALAN Where stories live. Discover now