Bab 37

785 30 0
                                    

Happy Reading !! ❤



.



EMRI menundukkan kepalanya. Dia takut untuk bertentangan mata dengan Dato Malik  yang sedang merenungnya. Dia gagal menjalankan tugas yang telah diberi oleh Dato Malik semalam.

"Kau ni memang bodoh. Dahlah rancangan kita gagal. Johari terlepas entah ke mana, Malaika pula masih lagi hidup. Kau ingat Malaika tu akan lepaskan kita dengan senang ? Selagi dia hidup, dia takkan lepaskan kita dengan mudah. Aku tak tahu apa rancangan dia selepas ni. Kenapalah nyawa Si Malaika tu liat sangat ?"

"Aku rasa dia sedang rancangkan... Something big" Fuad mula resah.

"Aku pun rasa begitu. Aku tak patut pandang rendah kepada dia selama ni. Kalau aku ikut cakap kau dulu agar bunuh Malika dan Dariel semasa mereka masih kecil, pasti kita takkan jadi macam ni" Dato Malik setuju dengan kata-kata Fuad. Ada benarnya.

Jane yang dari tadi memerhati hanya mendiamkan diri.

"Nasi dah jadi bubur, Malik. Apa yang penting sekarang ni ialah Johari. Selagi dia masih hidup dan berada di luar sana, hidup kita takkan aman"

"Aku tahu. Dia dah tahu segalanya tentang rahsia kita"

"Johari ? Siapa Johari tu, papa ?" soal Jane secara tiba-tiba. Tak pernah pun papanya menyebut nama lelaki itu sebelum ini.

"Jane diam. Jangan masuk campur !" marah Dato Malik.

Jane membuat mimik muka selepas dimarahi papanya. Jane bangun kemudian melihat ke arah tingkap. Dia lihat ramai lelaki dan perempuan sedang menari di Kelab One Night itu. Jane hanya memerhati. Ikutkan hati, nak saja dia keluar dari bilik ini.

"Emri ! Aku nak kau cari Johari sampai dapat. Kau jumpa dia, kau terus bunuh dia. Faham ? Jika kau gagal lagi, aku sendiri akan bunuh kau !" Dato Malik memberi amaran.

"Baiklah. Malaika ?" tanya Emri.

"Malaika, kau biarkan dulu. Aku nak Johari ! Sekarang tugas utama kau adala selesaikan Johari ! Faham ?"

"Baiklah"

"Papa, apa kata hal Kak Malaika serahkan dekat Jane ?" Wajah Jane tiba-tiba serius. Mereka bertiga terkejut selepas mendengar kata-kata Jane. Dato Malik tiba-tiba ketawa.

"Apa yang Jane tahu ? Jane tak setanding dengan Malaika" perli Dato Malik. 'Apalah anak aku yang bodoh ni nak buat ? Jahanamkan rancangan aku lagi adalah'

"Jane tak akan bertindak bodoh lagi kali ni, papa.  Untuk kalahkan Kak Malaika, kita mesti berfikiran seperti dia, Percayakan Jane. Jane takkan kecewakan papa lagi" yakin Jane. Dia tersenyum. Kali ini dia mesti bangun dan berani menentang Malaika. Dia tak perlu takut kepada bayang Malaika lagi.

"Jane nak buat apa ?" Nada suara Dato Malik berubah.

"Just wait and see, papa. Selepas Abang Dariel balik, Jane akan laksanakan plan Jane. After this, Kak Malaika takkan menjadi penghalang papa lagi" Jane tersenyum. Jika rancangan dia berjaya, tiada siapa yang akan menjadi penghalang cintanya lagi. Tiada Malaika, bermakna Dariel akan menjadi miliknya.

"Baiklah. Tapi pastikan berjaya" kata Dato Malik yang bersetuju dengan cadangan Jane.

"Malik ?!" Fuad terkejut dengan keputusan Dato Malik.

"Okay, papa beri peluang kepada Jane" Jane tersenyum. Dato Malik merenung anaknya dengan pandangan yang curiga. 'Selepas Malaika dah mati, aku akan uruskan Dariel pula. Dariel tak layak berdampingan dengan anak aku. Mereka dari dunia yang berbeza'



HER REVENGE : DANIA ARSALAN Where stories live. Discover now