Bab 24

796 37 12
                                    

Be unlike him who perform injury



.



"Aku salah cakap ke tadi ? Rasanya tak pun ! Aku kata aku setuju dengan rancangan dia nak putus tunang tapi kenapa dia tiba-tiba naik angin ? Hesy... Aku tak fahamlah. Aku ni pun satu, buat apa nak kusutkan otak aku dengan perkara tak berfaedah ni. Biarkan sajalah" Dania bercakap seorang diri sebaik saja tiba di bilik pejabatnya.

"Cik Muda" tegur Noah. Dia hairan bila melihat Dania bercakap seorang diri sehingga tidak sedar akan kehadirannya di situ.

"Saya ada sesuatu nak laporkan kepada cik muda" beritahu Noah.

"Pasal apa ?" tanya Dania lalu terus duduk di kerusinya.

"Pasal Tan Sri" 

"Kenapa dengan atuk saya tu ?" Dania hairan.

"Sejak kebelakangan ni, orang Farish sentiasa mengekori kita ke mana-mana saja"

Dania tersenyum. 

"Atuk, atuk... Tak pernah nak mengaku kalah. Tak mengapa, biarlah. Atuk fikir dengan cara ini, atuk dapat menjejaki Dariel. Hmmm... Nampaknya teori atuk tak boleh pakai langsung"

Tiba-tiba pintu diketuk. Razin dan Suria masuk. Dania tersenyum bila melihat mereka berdua.

"Cik muda ! Ada perkara yang perlu cik muda tahu" kata Razin.

Dania menganggukkan kepalanya.

"Kebelakangan ni, orang Fuad asyik mengekori saya ke mana-mana saja. Saya yakin tujuan mereka adalah untuk mencari di mana tuan muda berada" beritahu Razin. Wajahnya serius. Dia bimbang akan keselamatan Dariel.

Dania mengeluh. 

"Saya dah menjangka perkara ni akan berlaku. Uncle Malik takkan lepaskan peluang sebegini. Pasti dia ada rancangan lain untuk saya dan Dariel. Kamu jangan bimbang, Razin. Anak buah Noah sedang mengawasi keselamatan Dariel. Jika ada sesuatu yang tak kena, mereka akan laporkan kepada saya" Dania tahu apa yang sedang bermain dalam fikiran Razin sekarang ini. Hakikatnya dia juga bimbang akan keselamatan Dariel yang berada jauh darinya. Dia takkan lupa apa yang berlaku kepada Dariel dahulu. Disebabkan peristiwa itu, Dariel berada di hospital selama sebulan. Syukurlah tiada apa-apa yang berlaku. Waktu Dariel berada di hospital, dia tidak pernah meninggalkan Dariel walau sesaat pun. Dia telah berjanji kepada dirinya bahawa perkara ini takkan berulang lagi.

"Noah... Apa aktiviti Dariel sepanjang minggu ni ?"

"Tuan muda habiskan masanya di rumah saja. Dia tak pergi ke mana-mana pun" lapor Noah.

"Kenapa pula macam tu ? Sepatutnya dia gunakan masa yang ada ni untuk enjoy. Bukannya terperap ja di rumah. Hmmm... Ada-ada saja Dariel ni" Dania ketawa kecil.

"Suria ?" panggil Dania apabila Suria sudah berada li hadapannya.

"Tan Sri mahu saya beritahu cik muda yang malam ni cik muda perlu hadirkan diri untuk kenduri kesyukuran yang diadakan oleh Dato Arfan sempena kepulangan tunang cik muda" beritahu Suria.

"Malam ni ke ?" tanya Dania. 'Nampaknya malam ni terpaksalah aku mengadap muka mamat tu lagi'

"Ya, cik muda dan Tan Sri pesan kalau cik muda tak hadirkan diri malam ni, Tan Sri akan..." Suria teragak-agak untuk menghabiskan ayatnya. 

"Tan Sri akan apa ? Beritahu saya saja" Dania ingin tahu. 

"Tan Sri kata dia akan cari tuan muda sampai dapat dan heret tuan muda balik"

HER REVENGE : DANIA ARSALAN Where stories live. Discover now