Bab 52'

1.5K 37 6
                                    

Dalam diam kita mencari kekuatan, rupanya kekuatan itu hadir di saat kita sedang di uji.



"RASHA! Wait!" Farhan terus memegang tangan Rasha apabila Rasha cuba melarikan diri daripadanya. 

"Lepaslah!" Rasha meronta-ronta. 

"Dah banyak kali saya call tapi awak tak angkat pun. Apabila saya nak jumpa awak, awak sengaja larikan diri. Pasal hari tu kan saya dah minta maaf. Lagipun pasal Sara, bukan saya yang buat keputusan. Kan ada lagi penerbit lain selain saya. Awak mesti faham." 

"Saya peduli apa. Lepaslah!" kata Rasha yang masih meronta agar tangannya dilepaskan. 

"Rasha, please. Saya tak nak hubungan kita terjejas hanya disebabkan perkara kecil. I love you so much." Farhan merayu. Dia tak sanggup untuk berpisah dengan Rasha. Seluruh cinta telah diberikan kepada wanita yang bernama Rasha. Tiada wanita lain selain Rasha yang bertakhta dalam hatinya. 

"Beginilah... Apa kata buat sementara waktu ni, kita berpisah?" 

"Apa?" Farhan terkejut dengan kata-kata Rasha. 

"Berpisah! Ya, berpisah supaya kita dapat berfikir sama ada hubungan kita ni dapat diteruskan atau tidak."

"Rasha! Apa yang awak cakapkan ni?" Farhan tidak percaya.

"Ini untuk kebaikan kita berdua. Hanya sementara waktu saja, untuk beri ruang kepada kita berdua untuk berfikir." Rasha terus menarik tangannya dengan kasar.

"Apabila tiba masanya, kita akan bincangkan balik tentang hubungan kita ni sama ada perlu diteruskan atau tidak." Rasha terus berlalu pergi.

Farhan masih tergamam. Lidahnya kelu untuk berkata-kata. Langkahnya tiba-tiba terasa berat. Dia dapat rasakan dunianya sudah gelap-gelita. Kata-kata Rasha sebentar tadi seolah-olah telah menyentap separuh nyawanya. Farhan hanya memerhati kelibat Rasha yang sudah jauh meninggalkan dirinya.



DATO ARFAN menggelengkan kepalanya beberapa kali. Sejak tiba di rumahnya, sahabatnya itu hanya mendiamkan diri sambil berjalan berulang-alik. Dia pasti Tan Sri Tengku Hassanal begitu kerana hal Dania dan Dariel.

"Hassanal, apa kata kau duduk? Pening kepala aku ni." Dato Arfan akhirnya bersuara.

"Aku... Aku geram betul apabila fikirkan tentang Dania dan Dariel. Mereka dua beradik tu memang sengaja nak mencabar aku. Sehingga sekarang mereka tak minta maaf dekat aku. Mereka buat aku seolah-olah tak wujud langsung" marah Tan Sri Tengku Hassanal. Apa yang menggeramkan Tan Sri Tengku Hassanal lagi, waktu di syarikat, Dania berlagak seperti biasa seolah-olah tiada apa yang berlaku.

"Kau tu yang bersalah. Dengan senang saja kau suruh Dariel berpisah dengan girlfriend dia. Kau ingat Dariel tu tak ada perasaan ke?"

"Tapi perempuan tu tak setaraf dengan Dariel. Pasti dia ada motif tertentu. Dia hanya nakkan duit Dariel."

"Kau dah jumpa ke dengan girlfriend Si Dariel tu?" soal Dato Arfan.

"Belum."

"Habis tu, macam mana kau tahu girlfriend Dariel nak kikis duit Dariel?"

"Semua perempuan sama saja. Siapa tak nak kahwin dengan orang kaya?"

"Kau tak boleh buat telahan macam tu. Kau kena fikir positif. Tak semua perempuan macam tu. Kau tak kenal lagi dengan girlfriend Dariel. Mungkin dia berlainan daripada imaginasi kau."

HER REVENGE : DANIA ARSALAN Where stories live. Discover now