Bab 21

762 33 16
                                    

Emir Arsalan on the way hehe..



.



Tan Sri Tengku Hassanal memandang anak beranak yang berada di hadapannya. Dato Malik dan Jane yang hanya menundukkan kepala. Mereka tidak berani untuk bertentangan mata dengan Tan Sri Tengku Hassanal.

"Macam mana kau jaga anak kau, Malik ? Kau biarkan saja dia buat apa saja. Sebab itulah anak kau ni melampau. Suruh belajar tak nak ! Yang dia tahu nak enjoy, shopping dan macam-macam lagi" Tan Sri Tengku Hassanal akhirnya bersuara.

Dania yang duduk di sebelahnya hanya mendiamkan diri. Wajahnya tenang saja.

Mereka tidak berani bersuara kerana takut dengan Tan Sri Tengku Hassanal. Dato Malik melihat ke arah Malaika yang berwajah selamba seolah-olah perkara yang berlaku sekarang bukan berpunca daripadanya.

"Baru saja minggu lepas berita tentang Dariel keluar, sekarang ni berita tentang kau pula keluar. Apa nak jadi dengan kau ni ?" Tan Sri Tengku Hassanal menunjukkan gambar Jane di dalam surat khabar.

"Jane..." Jane tergagap-gagap untuk bercakap. Hatinya rasa tidak keruan apabila berhadapan dengan Tan Sri Tengku Hassanal.

"Jane apanya ?!" jerkah Tan Sri Tengku Hassanal. Wajahnya serius. Renungannya benar-benar menakutkan.

"Kau ingat atuk tak tahu apa yang kau selalu buat semasa belajar dekat Perth dulu ? Hidup kau asyik berpesta lepas tu shopping saja. Kau tahu tak, nak cari duit bukan senang. Kena berusaha, faham tak ? Ni, sejak bila pula kau dah pandai minum arak ni ?"

Dato Malik menoleh ke arah anaknya. Wajah Jane pucat. Bibirnya terketar-ketar. Lidahnya kelu. Suaranya seolah-olah hilang apabila ingin berkata-kata.

"Dato Malik, kau tak ajar ke anak kau tentang haram dan halal ? Benda apa yang haram disentuh dan diminum"

Jane menoleh ke arah ayahnya. 'Papa pun minum juga ! Papa layak ke nak ajar aku tentang agama ? Papa pun sama saja' Dato Malik mendiamkan diri.

"Kalau kau pun buta agama, kau upahlah ustaz ke, ustazah ke, untuk ajar kau orang berdua tentang agama. Sedar dirilah sikit, kita ni orang Islam. Takkanlah dah tua-tua macam ni pun aku nak kena ajar" Tan Sri Tengku Hassanal mula membebel.

Dania hanya tersenyum mendengar bebelan atuknya.

"Sekarang ni atuk beri dua pilihan dekat kau. Pilih salah satu daripadanya. First, kau nak kerja dengan bapak kau atau nak aku hantarkan kau belajar di Mesir ?" soal Tan Sri Tengku Hassanal.

Hampir terkeluar biji mata Jane apabila mendengar pilihan yang kedua. 'Belajar dekat Mesir ? Tak mungkin ! Gila ! Aku nak buat apa kat Mesir ? Ada pub ke ?'

"Atuk ni pun, carilah tempat lain untuk Jane belajar. Boleh ke Jane hidup dekat Mesir tu ? Atuk tak kasihan ke dekat Jane ?" Dania tiba-tiba bersuara.

Tan Sri Tengku Hassanal menoleh ke arah Dania. Bulat saja mata Tan Sri Tengku Hassanal. 

"Kau Jane ke ?" tanya Tan Sri Tengku Hassanal.

"Bukan" Dania tersengih.

"Kalau bukan, diam !" Tan Sri Tengku Hassanal memberi amaran. Dania tersenyum. Dia langsung tidak terasa dengan kata-kata atuknya.

"Cepat cakap !" 

"Aaa... Kerja dengan papa" 

"Bagus ! Esok kau mula kerja, atuk akan datang check tengok kau kerja ke tak. Kalau kau tak ada, atuk takkan teragak-agak hantar kau ke Mesir hari tu juga. Faham ?" tegas Tan Sri Tengku Hassanal.

HER REVENGE : DANIA ARSALAN Where stories live. Discover now