Bab 51'

921 31 1
                                    

Hope is man's inner effort



LANGKAH Dania terhenti apabila melihat ada seorang lelaki sedang menyandarkan diri di kereta miliknya. Dania mengeluh. Dia baru saja habis mesyuarat dengan beberapa orang pelabur tentang pembinaan Hotel Maple Corporation di Hawaii yang akan dibina pada bulan depan. Dengan langkah yang lemah, Dania menghampiri lelaki itu. 

"Apa yang awak nak lagi?" 

"Jumpa awak." Emir senyum. Sudah beberapa hari dia tidak berjumpa dengan wanita ini. Rindunya terhadap Dania tidak dapat ditahan lagi. 

"Jangan bazirkan masa awak tu untuk saya. Tak berbaloi. Daripada awak jumpa saya, baik awak pergi dating dengan wanita lain. Wanita yang sihat. Itu baru berbaloi" Dania merenung lelaki yang hanya memakai T-shirt biru dan seluar jean itu. Inilah pertama kali dia lihat penampilan Emir seperti ni. Boleh tahan! Jantung Dania berdegup kencang sebaik saja matanya bertentangan dengan Emir. Dengan cepat, Dania melirikkan matanya ke arah lain.

Emir ketawa kecil. 

"Sejak saya luahkan perasaan saya dekat awak hari itu, awak sudah tak berani nak bertentangan mata dengan saya. Kenapa ya?" Emir berjalan mengelilingi Dania beberapa kali.

Dania memerhati gelagat Emir. 'Eee... Lelaki ni memang selalu menyakitkan hati aku. Dah beberapa hari, dia tidak datang berjumpa dengan aku. Ingatkan lelaki ni dah putus asa tetapi tidak. Lelaki ni memang tak faham bahasa, Apalah cara patut aku lakukan agar Emir berambus daripada hidup aku?'

"Sebab awak juga suka dekat saya, kan?" tanya Emir. Mukanya didekatkan dengan muka Dania. Emir tersenyum manis.

Dania terkejut dengan tindakan Emir mendekatkan mukanya dengan dirinya. Serentak Dania mengundurkan langkahnya. 

"Kau dah gila ke?" marah Dania. Dania merenung Emir seolah-olah ingin menelannya hidup-hidup. 'Kenapalah apabila dengan lelaki ni, aku tak dapat kawal kemarahan aku? Kenapa?'

Emir masih lagi ketawa. Dia suka mengusik Dania. Apabila Dania marah, wajahnya akan bertukar merah. Nada suaranya juga akan berubah. Itu yang membuat dirinya suka kepada wanita inl.

Noah hanya tersenyum melihat dari jauh.  

"Kau rasa Tuan Emir ikhlas ke suka dekat cik muda?" soal Zamri.

"Ya. Melihat daripada apa yang berlaku sekarang, pasti kamu tahu apakah sebenarnya perasaan cik muda terhadap Tuan Emir."

"Noah, Zamri!" panggil Dania. Dia cuba menahan kemarahannya. Kalau diikutkan hati, mahu saja dia belasah si Emir ini.

Noah dan Zamri bergegas menghampiri Dania sebaik saja nama mereka dipanggil.

"Noah, Zamri mulai sekarang, apabila lelaki ni ada, jangan bagi dia mendekati saya dalam jarak lima ratus meter. Faham?" Dania menuding jari ke arah Emir.

"Baik, cik muda."

"Lima ratus meter? Sikit sangat tu. Kenapa tak lima ratus kilometer je?" Emir tersengih.

Dania mengetap bibirnya. Dania menggenggam erat tangannya. Dia cuba menahan.

Tiba-tiba satu tumbukan hinggap di perut Emir. Noah dan Zamri terkejut dengan apa yang berlaku. Emir tunduk menahan sakit di perutnya. Bibirnya terketar-ketar cuba untuk menyatakan sesuatu tapi suaranya tidak keluar. Tumbukan Dania memang menyakitkan. Perlahan-lahan Emir terduduk.

"Nak lagi ke? Kalau nak lagi boleh!" Dania cuba menghampiri Emir tetapi Noah dan Zamri cepat-cepat memegang lengan Dania.

"Cik muda, sudah!" kata Noah.

HER REVENGE : DANIA ARSALAN Where stories live. Discover now