Bab 14 ♡

942 42 2
                                    

Matanya melirik ke kiri dan ke kanan ! Clear ! Langkah diatur perlahan-lahan. Dariel menoleh ke kiri apabila tiba di ruang tamu. Okay ! Dia berjalan menuju ke pintu. Pintu dibuka secara berhati-hati. Dia tidak mahu mengejutkan penghuni di dalam mahligai tersebut. Jika tidak, rosaklah rancangan dia. Mata Dariel masih mencari kelibat pengawal yang bertugas pada malam ini. Dia perlu berhati-hati, takut terserempak dengan mereka. Beg galasnya diperbetulkan. Okay, clear ! Dariel berlari anak-anak menuju ke tembok pagar. Dariel mengundur beberapa langkah sebelum melompat tembok setinggi 190 sentimeter yang dibina oleh atuknya. 'Tinggi temboknya. Pasti boleh ! Kalau aku sudah bertekad, apa saja halangan akan aku hadapinya. Setakat tembok ni senang saja !

Dengan sekali lompatan, Dariel memaut besi tajam yang dipacak di atas tembok batu. Dia berusaha agar dapat melepasi tembok batu yang tersergam indah mengelilingi mahligai tiga tingkat milik atuknya. Dariel melompat turun. "Yes, lepas !"

"Lambat !"

Serentak Dariel menoleh, matanya bulat melihat wanita yang berdiri di sebelahnya. Bibirnya terketar-ketar. Mampus ! Kantoi. Dania menurunkan hoodie yang berada di kepalanya sambil tersenyum lebar. Dariel terkejut.

"Adik kesayangan kakak ni mahu pergi mana pagi-pagi buta ni ?" soal Dania sambil tersenyum.

"Aaa... Apa kakak buat di sini ? Bukan ke kakak sepatutnya tidur ?"

"Dariel sendiri tahu yang waktu-waktu begini, kakak belum tidur lagi" Dania membetulkan baju sejuk yang dipakainya.

Dariel mengeluh. Cis, rosak rancangan aku ! Topi yang dipakainya, ditanggalkan.

"Bila ada masalah sikit, lari ! Tak ada cara lain ke ?"

"Akak sendiri tengok perangai atuk macam mana. Dariel sudah tidak tahan. Makin lama Dariel tinggal di sini, boleh jadi gila dibuatnya. Mahu kita ikut telunjuk dia saja. Siapa boleh tahan ?"

"Hmmm... Kalau akak tak ada nanti, apalah yang akan jadi antara Dariel dan atuk, ya" kata Dania. Sayu saja suaranya. Perkara inilah yang sentiasa membimbangkan dirinya. Boleh ke atuk dan Dariel hidup bersama ?

"Kenapa ? Kakak mahu pergi mana ?" Wajah Dariel berubah apabila mendengar kata-kata kakaknya. Lain saja bunyinya !

"Nothing" jawab Dania. Dia tidak mahu Dariel dapat menghidu apa yang sedang dideritainya. Dania membaling sampul surat kepada Dariel secara tiba-tiba. Pantas Dariel menyambutnya.

Dariel memegang sampul surat tersebut. Dahinya berkerut. 

"Bila sampai nanti, bukalah sampul tu. Have a nice trip" Dania terus memeluk Dariel.

Dariel terkejut dengan reaksi Dania. 

"Apa maksud kakak ?" soal Dariel lagi.

"You know what I mean. Enjoy yourself. Tetapi apabila tiba masanya, Dariel perlu kembali sebab tempat Dariel adalah di sini. Walaupun ke mana kita pergi, kita tidak dapat lari daripada kebenaran tentang siapa diri kita yang sebenarnya" bisik Dania.

Dariel membalas pelukan Dania. Di dalam dunia ini, hanya Dania yang memahami dirinya. Dia memang bertuah kerana Dania sentiasa berada di sisinya, sebab itulah dia amat menyayangi Dania. Dia tidak dapat membayangkan apa akan terjadi jika Dania tiada di sisinya kerana Dania umpama nyawanya sendiri.

"Thank you ! I love you so much !"

Dania meleraikan pelukan mereka sambil menepuk belakang adiknya beberapa kali.

"Razin" panggil Dania.

Tiba-tiba saja Razin berada di belakang Dania. Razin tersenyum.

HER REVENGE : DANIA ARSALAN Where stories live. Discover now