Bab 55'

780 33 4
                                    

Maaf lambat, banyak ayat yang perlu diubah suai. Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa comment 🩷




LANGKAH Sara diatur pantas. Dia perlu keluar dari rumah besar itu dengan segera. Dania hanya memerhati Sara keluar dari situ.

"Sara!" jerit Dariel. Segera dia mengejar Sara.

"Apa dah jadi?" Tan Sri Tengku Hassanal terpinga-pinga. Dia tak faham apa yang berlaku.

"Ala atuk, bergaduh sikit aje. Biasalah. Lepas ni okaylah tu." Dania tersengih. Dia gembira kerana akhirnya Tan Sri Tengku Hassanal dapat menerima pilihan Dariel.

Sara mempercepatkan langkahnya apabila mendengar Dariel sedang memanggil namanya. Dia perlu keluar dari rumah mewah ni. Sekarang ini dia benar-benar marah.

"Sara Alysya, stop!" jerit Dariel namun jeritannya tidak dipedulikan oleh Sara. Dengan pantas Dariel mencapai tangan Sara. Sara terkejut dengan tindakan Dariel. Badannya melayang ke arah Dariel. Mata Sara bulat apabila menyedari yang dirinya berada di dalam dakapan Dariel. Sara terus menolak Dariel dengan kasar. Wajahnya bertukar merah menahan malu. Dia tidak berani memandang tepat ke anak mata Dariel.

"Are you blushing?" Senyuman terukir di bibir Dariel. Dia tahu Sara malu.

"No."

"Can we talk, Sara?" kata Dariel dengan lembut. Wajah Sara direnungnya. Dia gembira kerana atuknya dapat menerima Sara. Hari ini merupakan hari yang paling bahagia dalam hidupnya. Sekarang ini dia tak perlu takut atau bimbang lagi jika atuknya ingin mengapa-apakan Sara.

"Apa lagi, tuan muda? Kita memang tak ada apa-apa hubungan. Orang kaya memang macam ni ke? Suka buat keputusan sendiri" marah Sara.

"I'm going to ask you..."

"Ask what?"

"Marry me?"

"Apa?" Mata Sara bulat merenung Dariel.

"Yes, marry me! Atuk dah bagi green light. Kakak tak ada masalah sebab dia memang suka awak dari dulu lagi. Sekarang ni saya hanya perlu berjumpa dengan parents awak."

"Bila pula saya cakap yang saya setuju nak kahwin dengan awak, hah?"

"Suara hati awak la yang beritahu saya yang awak juga cintakan saya." Dariel masih tersenyum walaupun dia tahu Sara sedang marah kepadanya.

"Suara hati? Awak ni dah gila ke? Kalau kemaruk sangat nak kahwin, awak kahwin saja dengan Rasha tu. Dia kan sukakan awak?"

"Rasha? Bagus juga cadangan awak tu. Hmmm... Rasha..."

"Dariel!" jerit Sara. Jeritan Sara tadi membuatkan Dariel terkejut.

"Jadi awak mengakulah awak sukakan Rasha? Walaupun awak tahu dia dah ada boy-friend, awak masih nak menggatal dengan dia. Dasar buaya darat," marah Sara bersungguh. Sakit hatinya apabila Dariel menyebut nama Rasha. Panas!

Dariel ketawa apabila melihat reaksi Sara. "Awak cemburu ke?" usik Dariel.

"Cemburu?" Sara terkejut dengan kata-kata Dariel.

'Aku cemburu ke? Adakah aku dah jatuh cinta dengan Dariel?' Sara melirik matanya ke arah lain. Dia tak berani bertentang mata dengan Dariel.

"Aaa—Mana ada." Sara cuba mengelak.

"Ye ke? Awak ingat saya tak tahu awak intip saya di lobi dan kafeteria hari tu?"

"Awak jangan nak tuduh saya yang bukan-bukan. Tak kuasa saya nak intip awak dan Rasha. Buang masa saja," bohong Sara.

HER REVENGE : DANIA ARSALAN Where stories live. Discover now