Bab 27

779 36 0
                                    

"Wah ! Aku macam tak percaya saja apabila tengok kau macam ni" kata Izzat sebaik saja masuk ke dalam bilik pejabat Emir. Sahabatnya itu begitu tekun meneliti fail-fail yang berada di atas meja. Izzat terus duduk tanpa dipelawa oleh Emir.

Fail yang berada di hadapannya ditutup. Emir bangun kemudian menghampiri sahabatnya itu.

"Aku panggil kau bukannya nak dengar kau perli aku. Aku nak tanya sesuatu perkara dekat kau" Emir terus melabuhkan punggung ke atas sofa yang berhampiran dengan Izzat.

"Pasal apa ? Nasib baiklah petang ni aku off. Penting sangat ke sampai kau tak boleh cakap dekat telefon ?"

"Itulah kau. Dalam banyak-banyak kerja yang ada dekat dunia ni, doktor jugak yang kau pilih"

"Hei, kau jangan nak perlekehkan tugas aku sebagai doktor tau. Pekerjaan aku ni mulia. Kalau tak ada doktor dekat dunia ni, alamatnya semua manusia dah mati. Hah... Cepat beritahu aku apa kau nak tanya tu"

"Dania"

Wajah Izzat berubah. 'Aiii.. Dah buang tabiat ke member aku ni ? Selalunya nama Dania jangan haraplah nak terbit dari mulutnya'

"Kenapa tiba-tiba kau nak ambil tahu tentang Dania ? Pelik" Izzat hairan. Macam ada sesuatu tidak kena saja.

"Aku akan jawab soalan tu selepas kau jawab semua soalan aku" Emir tersenyum.

"Kau ni ada-ada sajalah. Cepat cakap"

"Sebelum Dania bertunang dengan aku, dia ada tak bercinta atau berkawan dengan mana-mana lelaki ? Maksud aku, special guy" tanya Emir.

Izzat hanya ketawa. Lucu benar soalan Emir ni. 

"Kenapa ? Kau cemburu ke ?"

"Apa pasal pula aku nak cemburu ? She's nothing to me. Answer my question, Izzat" Perasaan ingin tahunya semakin membuak-buak.

"Okay. Tak ada"

"Apa ?" Emir terkejut. 'Mustahil. Dania tu cantik dan kaya. Takkan tak ada siapa yang nakkan dia. Biar betul Izzat ni'

"Bukan tak ada, tapi ada ramai yang sukakan Dania. Tapi kau kan tahu, atuk kau dan atuk Dania dah berjanji nak jodohkan kamu berdua. Jadi Tan Sri Tengku Hassanal dah buat statement bahawa Dania sudah berpunya. So Dania akur dengan arahan atuknya dan Dania tunggu kau la selama ni. Satu lagi aku nak beritahu kau, kalau kau putus tunang dengan Dania, ramai lelaki akan berebut-rebut untuk memiliki Dania. Sebab siapa nak tolak lombong emas yang berada di depan mata kan"

Emir terdiam seketika selepas mendengar penjelasan daripada Izzat.

"Okay. Next question" Izzat tersenyum. 

"Hmmm... Aktiviti sosial Dania ?" Izzat tersenyum lagi. 

"Dania tak macam kau"

"Apa maksud kau ?" Mata Emir merenung tepat wajah Izzat.

"Dia hanya akan keluar dengan kawannya. Makan-makan dan borak kosong saja. Clubbing bukan style Dania. Setiap malam dia akan habiskan masanya kat rumahnya saja. Dia tak macam kau, clubbing sampai ke subuh. Hujung minggu pula, dia akan habiskan masanya kat Rumah Anak Yatim Afiyah"

"Rumah Anak Yatim Afiyah ?"

"Ya. Rumah anak yatim itu dinamakan sempena nama ibu Dania. Dia bina rumah anak yatim kerana ingin menolong kanak-kanak yang senasib dengannya. Dania juga akan bermalam di situ. Dia juga telah menubuhkan badan kebajikan di bawah nama Maple Corporation untuk menolong orang-orang miskin dan kurang upaya. See... She's totally different than you, Emir ! She's like an angel but you..." Izzat tersengih apabila teringat akan perangai Emir yang kaki perempuan dan sombong. Orang yang tidak setaraf jangan haraplah dapat duduk semeja dengannya. Itu prinsip Emir Arsalan.

HER REVENGE : DANIA ARSALAN Where stories live. Discover now