Bab 19'

763 39 0
                                    

"Semua dah hadir. Hmmm... Baiklah, kita mulakan sekarang" kata Tan Sri Tengku Hassanal. Dia memandang setiap ahli lembaga pengarah yang berada di situ.

"Tentang berita yang dipaparkan di surat khabar hari ni, betul ke Tuan Muda Dariel melarikan diri ?" Dato Zahid bersuara. Dato Zahid memandang kerusi Dariel yang kosong.

"Tuan pengerusi perlu tahu, berita ini akan menyebabkan reputasi syarikat kita tercemar. Ia juga akan menyebabkan syarikat kita hilang kepercayaan daripada orang ramai. Ini tidak boleh dibiarkan" Datin Zarina mencelah.

"Berita yang dipaparkan oleh pihak media adalah tidak benar" Dania menjawab denga tenang kemudian tersenyum. Deann yang berada disebelahnya mengangguk-anguk kepalanya. 

"Jika perkara tersebut tidak benar, kenapa Tuan Muda Dariel tidak menghadiri mesyuarat pada pagi ni ?" tanya Dato Zahid lagi.

"Dia ada"

Tan Sri Tengku Hassanal mendiamkan diri. Dia membiarkan Dania menjawab segala soalan yang diajukan oleh ahli lembaga pengarah.

"Ada tapi di mana ?" soal Tan Sri Iskandar. Dia rasa tidak puas hati.

"Saya telah berikan dia satu tugasan berkaitan dengan projek yang akan dijalankan tidak lama lagi"

"Projek apa ? Kami tidak tahu-menahu tentang projek ni pun atau ia sekadar alasan untuk menutup kebenaran tentang apa yang sedang berlaku ?" tanya Tan Sri Iskandar lagi. Wajahnya serius. 

Dato Malik tersenyum. Suasana tegang dalam mesyuarat pada hari ini memang menyeronokkan. Biar Dania rasa. Sampai bila dia nak melindungi Dariel. Hari ini dia takkan dapat lagi mempertahankan Dariel. Jawatan yang dipegang oleh Dariel sekarang akan menjadi miliknya.

"Kebenaran apa ?" soal Dania balik.

"Tentang Tuan Muda Dariel melarikan diri dari rumah" balas Datin Zarina.

Dania dan Deann mula ketawa.

Mereka semua rasa hairan apabila mereka berdua ketawa. 'Ada perkara yang lucu ke ?'

"He's not a child anymore. Boleh tuan dan puan beritahu dekat saya, kenapa Tuan Muda Dariel ingin larikan diri sedangkan di sini dia ada segalanya ? Untuk apa dia tinggalkan segala kesenangan yang ada sini ?"

"Hm.. what a waste" kata Deann pula.

Tan Sri Tengku Hassanal melihat Dania dengan pandangan yang menggerunkan.

"Saya dengar tuan pengerusi paksa Tuan Muda Dariel bertunang dengan cucu Raja Ahmad, Lili sedangkan Tuan Muda Dariel tidak suka tentang rancangan pertunangan itu. Sebab itulah Tuan Muda Dariel melarikan diri" kata Datin Zarina panjang lebar.

"Itu hanyalah khabar angin. Tentang pertunangan tersebut adalah tidak benar. Betul tak tuan pengerusi ?" Dania menoleh ke arah atuknya.

Tan Sri Tengku Hassanal terkejut. Dia memandang Dania. 

"Betul ! Saya tidak tahu siapa yang pandai-pandai sebarkan berita yang tidak benar ni sehingga hampir menjejaskan nama baik saya" kata Tan Sri Tengku Hassanal. Pandai betul Dania mencari peluang.

"See ! Tuan pengerusi sudah nyatakannya sendiri"

Wajah Dato Malik berubah serta-merta. Hatinya gelisah.

"Tetapi Tuan Muda Dariel tidak profesional. Dia meninggalkan segala projek yang diuruskannya begitu saja. Jika projek itu gagal, kita juga akan rugi nanti" Dato Malik akhirnya bersuara.

Mata Deann tepat memandang Dato Malik. Dia tersenyum. Kini, giliran dia pula.

"Maksud Tuan Malik, Tuan Muda Dariel tidak layak untuk memegang jawatan yang dipegangnya sekarang ke ? Jika begitu siapa yang layak ? Tuan Malik ke ? Mampu ke Tuan Malik memikul tanggungjawab ni ?"

HER REVENGE : DANIA ARSALAN Where stories live. Discover now