"Dania, nak ke mana ?" tanya Tan Sri Tengku Hassanal sebaik saja melihat Dania bangun.
"Toilet. Kejap je" jawab Dania.
"Pergilah ! Jangan merayau" Dania tersenyum.
"Noah !" panggil Dania.
"Dania nak pergi toilet pun Dania nak ajak Noah ?" kata Tan Sri Tengku Hassanal. Ke mana saja Dania pergi pasti Noah akan ikut.
"Atuk ni ! Untuk keselamatan saja. Mana tahu kalau tiba-tiba saja Dania kena culik ! Lepas tu orang tu minta duit tebusan kat atuk, atuk juga yang susah" Dania bergurau.
"Budak ni ! Tak ada siapa berani nak culik Dania pun. Pergilah cepat" kata Tan Sri Tengku Hassanal. 'Hesy... Macam-macam kerenah Si Dania ni. Dah bosanlah tu. Macamlah aku tak faham dengan perangai Dania yang tidak pernah duduk diam'
Datin Elnara tersenyum melihat telatah bakal menantunya. Entah kenapa anaknya tidak suka dengan Dania sedangkan mereka belum berjumpa lagi. Dania seorang wanita yang baik dan bersopan santun. Setiap kali melihat Dania, hatinya rasa tenang.
Dania berjalan diikuti Noah. Matanya melirik ke pelbagai sudut di KLIA. Dania seolah-olah terhibur dengan gelagat orang ramai yang berada di situ. Sesekali dia tersenyum dan ketawa. Langkah Dania tiba-tiba menjadi pantas. Noah hanya mengekori.
Langkah Dania terhenti sebaik saja tiba di suatu tempat yang menarik perhatiannya.
"Noah ! Nak aiskrim tak ?" tanya Dania secara tiba-tiba.
"Terima kasih, cik muda. Saya sudah kenyang" jawab Noah sambil tersenyum melihat gelagat majikannya.
"Betul ni tak nak ? Saya belanja ni" kata Dania bersungguh-sungguh.
"Tak apa, cik muda"
"Okay. Dik, bagi aiskrim perisa vanila dua !" kata Dania ceria.
Senyuman Noah masih terukir di bibir. Selama ini dia menganggap Dania sebagai adiknya. Dia terhutang budi kepada Dania kerana telah menyelamatkan isteri dan anaknya dalam satu kemalangan jalan raya. Jika tidak kerana Dania, pasti dia sudah kehilangan isteri dan dua orang anaknya. Tujuan dia bekerja dengan Dania adalah untuk membalas budi terhadap apa yang telah Dania lakukan kepada keluarganya. Takkan sesekali dia melupakannya.
"Hari tu kamu bawa keluarga kamu bercuti ke mana ?" tanya Dania secara tiba-tiba. Dania terus menikmati aiskrim yang berada di sebelah tangan kanannya. Sedapnya ! Sudah lama dia tak makan aiskrim.
"Melaka" jawab Noah.
"Bagus. Tempat yang bersejarah, memang patut pun kamu sekeluarga bercuti kat tempat tu. Hmmm... Dah lama rasanya tak jumpa Kak Yasmin, Aisya dan Khadijah" kata Dania yang teringatkan isteri dan dua orang anak perempuan Noah.
"Mereka selalu bertanyakan tentang cik muda" kata Noah. Keluarganya memang rapat dengan Dania. Walaupun Dania berasal daripada golongan atasan namun dia bukannya orang yang sombong dan memandang rendah terhadap orang miskin. Setiap kali Dania berkunjung ke rumahnya, macam-macam barang dibelinya. Sebab itulah Aisya dan Khadijah amat menyukai Dania.
"Bila dah settle semua masalah, saya pasti akan datang. Rindu rasanya dengan rendang tok yang dimasak Kak Yasmin. Sedap sangat. Tak ada siapa yang dapat tandingi masakan Kak Yasmin" puji Dania. Dia tersenyum. Dania terus duduk di kerusi yang berhampiran dengannya.
Noah tersenyum apabila isterinya dipuji sebegitu.
"Cik muda, tadi kata nak pergi ke tandas ?" soal Noah hairan.
YOU ARE READING
HER REVENGE : DANIA ARSALAN
Romance[ ON-GOING ] a story about Princess Dania 🦋 . [ ROMANCE + ACTION ] . TENGKU DANIA MALAIKA - Namanya dikenali ramai. Kekayaannya menjadi sebutan. Kecantikannya digilai sang jejaka. Tetapi dirinya menyimpan beribu kedukaan. Dia sentiasa menjadi pe...