Bab 57'

522 18 4
                                    



EMIR melihat ke arah balkoni. Hatinya mula risau. Emir terus bangun kemudian berjalan ke balkoni. Perlahan-lahan dia menghampiri Dania yang sedang berdiri. Dania hanya mendiamkan diri.

"Dania" panggil Emir namun tiada reaksi daripada Dania. 

"Dania!"

"Ada apa?" Dania bersuara.

"Aaa... Nothing! Saja je panggil awak. Lega hati saya dengar suara awak." Dania buat tak tahu. Dia malas nak melayan Emir. Sekarang ini fikirannya berserabut. Dia cuba kuatkan semangatnya. Apa yang diberitahu oleh Medina sebentar tadi tidak mengejutkan dirinya langsung. Apa yang bermain dalam fikirannya sekarang ialah siapa yang ingin membunuhnya. 'Uncle Malik? Tak mungkin. Ini bukan cara Uncle Malik.' Dania memejamkan matanya seketika.

"Dania!" panggil Emir. Dia hairan apabila Dania terdiam 

"Are you okay?" soal Emir risau.

"Awak nak saya jawab yang saya okay selepas ada orang cuba membunuh saya. Begitu ke jawapan yang awak nak dengar?"

"I know it's a stupid question. Tapi saya tak tahu perkataan apa yang sesuai untuk saya katakan untuk tenangkan hat awak, legakan hati awak dan pujuk awak selepas apa yang berlaku. Apa yang saya nak awak tahu, saya akan sentiasa berada di sisi awak, Dania. Saya tak nak awak tanggung semua ni seorang diri lagi. Awak ada saya. Sava akan lindungi awak" ucap Emir bersungguh-sungguh. 

Dania tergamam apabila mendengar kata-kata Emir. Hatinya tersentuh. Pelbagai cara yang dia lakukan agar Emir meninggalkan dirinya namun Emir masih setia berada di sisinya. Adakah Emir benar-benar mencintaiku? Adakah cintanya benar-benar ikhlas dan tulus? Adakah aku perlu menerima cintanya?'

"Emir. Kehidupan kita jauh berbeza. Saya ada tanggungjawab saya sendiri. Saya tak sama macam awak. Kehidupan saya dikelilingi manusia yang penuh hasad dengki, kepura-puraan dan tamak. Awak nak masuk ke dalam dunia saya? Tak payah. Saya dah rasa macam mana kehilangan orang tersayang. Sakit, perit, pahit, sedih! Semua saya pernah rasa. Awak tak faham langsung perasaan saya."

Mata Dania mula berair. Dia teringat kembali sewaktu menerima berita tentang kemalangan yang menimpa papa dan mamanya. Jika diberi pilihan, dia tak ingin memiliki apa yang ada padanya sekarang ni! Apa yang dia mahukan hanyalah mama dan papanya.

"Saya tahu. Saya sedar, saya tak merasai apa yang awak rasa tetapi ini bukannya penghalang untuk kita bersama, Dania" pujuk Emir lagi.

Dania menggelengkan kepalanya. 

"It's easy for you to say. Masa Dariel ditikam tujuh tahun lalu, perasaan saya pada waktu itu tiada siapa yang tahu bagaimana rasanya apabila melihat adik sendiri berlumuran darah disebabkan kelalaian saya sendiri. Jika pada waktu itu saya datang lebih awal, Dariel takkan ditikam. Waktu tu, saya hanya menyalahkan diri sendiri dan berdoa agar Dariel selamat kerana saya tak sanggup lagi kehilangan orang tersayang. Sakit, takut, risau! Semua saya pernah rasa. Awak nak saya merasainya sekali lagi ke? Awak nak saya jadi gila ke? Saya takkan benarkan awak masuk ke dunia saya, Emir. Lupakan saya." Air mata Dania menitis sambil matanya tepat merenung Emir. 

"Please, Emir!" Dania terus berlalu meninggalkan Emir kemudian melangkah menuju ke biliknya. Pintu bilik ditutup dengan kuat.

Emir menundukkan kepalanya. Dirinya kecewa apabila mendengar kata-kata Dania. Sukarkah untuk Dania menerima dirinya?

"Cik muda tak nak kehilangan Tuan Emir sebab itu dia tak nak terima Tuan Emir dalam hidupnya." Qhairina tiba-tiba mencelah. Sejak tadi dia mendengar perbualan di antara Dania dengan Emir. Dia faham kenapa Dania bertindak sedemikian. Hidup Dania rumit, tidak seperti orang lain. Tujuan dia datang ke sini kerana Noah menyuruhnya menjaga Dania memandangkan Noah dan Zamri mempunyai perkara lain yang perlu diuruskan. 

HER REVENGE : DANIA ARSALAN Where stories live. Discover now