Bab 25'

875 38 4
                                    

Revenge doesn't stop.

.

Dania merenung wajah Medina yang duduk bertentangan dengan dirinya. Nasi lemak yang dipesan sebentar tadi belum disentuhnya lagi. 

"Apa hal kau ajak aku keluar awal-awal pagi ni ? Ajak breakfast pula tu ! Kau lupa ke aku kerja hari ni"

"Kau tu big boss. Lewat sikit, tak ada hal punya" Medina tersengih.

"Yalah tu ! Banyaklah kau punya songeh. Hmmm... Kau kalau ajak aku keluar mesti ada sebab. Cepatlah cakap !" Dania terus menjamah nasi lemak itu.

"Emir" Mata Dania tepat merenung Medina sebaik saja mendengar nama Emir. 

"Kau ni memang nak kena dengan aku, Dina. Setiap kali aku jumpa kau saja, nama tu yang kau asyik sebut. Kau sebenarnya kawan siapa ? Aku ke Emir"

"Aku nak tahu sajalah. Macam-macam soalan tengah bermain dalam otak aku ni. Kalau aku tak tanya, aku tak senang duduk ! So, boleh aku tanya ?" tanya Medina tanpa segan silu. 

"Kau ni ! Haaa... Tanya la !" Dania mengalah. 'Kalau aku tak bagi tanya, pasti esok Medina kacau aku' 

"Handsome tak tunang kau bila jumpa secara face to face ?" tanya Medina.

"Tak !" Wajah Dania bersahaja.

"Tapi... Member aku beritahu, tunang kau tu handsome sangat. Ramai perempuan tergila-gilakan dia. Tak ada mana perempuan pun pernah menolaknya. Ramai wanita cemburu dekat kau kerana berjaya memiliki Emir tu" Medina sebenarnya terkejut dengan jawapan Dania. Sejak di bangku sekolah lagi, ramai lelaki sukakan Dania tetapi jangan haraplah Dania nak layan. Dia hanya tumpukan perhatian kepada pelajarannya saja.

"Maybe mata member kau tu ada problem.Emir tu tak handsome la. Kalau nak bandingkan di antara Noah dan Emir, aku rasa Noah handsome lagi" Dania minum secawan air kopi di hadapannya. Sebenarnya, dia akui Emir memang kacak tetapi bila ingatkan balik perangai Si Emir tu, terus cancel !

"Apa ?" Bulat mata Medina mendengar kata-kata Dania. 

"Aaa... Noah bodyguard kau tu ? Kau ni biar betul ataupun mata kau tu yang ada problem ? Noah tu kurus kering, kulitnya sawo matang sikit. Itu kau kata handsome ?"

"Kau ni ! Jangan pandang orang hanya pada rupa saja, hati tu penting. Kalau muka handsome tapi perangai macam setan, kau nak ke ?"

"Aku tak percayalah cakap kau. Kau ada gambar Emir, tak ? Aku nak tengok ! Biar aku sendiri yang beri pendapat" tanya Medina. Dia masih rasa tak puas hati. 

"Tak ada. Satu keping pun tak ada" Dania kembali menyambung makan nasi lemaknya. 'Kalau dilayan Medina ni, alamatnya aku ni kebulur nanti.'

"Kau ni pelik betul. Gambar tunang sendiri pun tak ada. Kalau kau kahwin nanti macam mana ?"

"Siapa kata aku nak kahwin dengan dia ?"

"Habis tu kalau kau tak nak kahwin dengan Emir, kenapa kau bertunang dengan dia ?" Medina terkejut dengan pernyataan Dania.

"Rahsia !" jawab Dania.

Mata Medina terkebil-kebil merenung Dania yang begitu asyik makan. 'Kawan aku ni biar betul. Dia ingat perkara ni main-main ke ? Aduh... Pening kepala aku dibuatnya dengan perangai Dania ni. Nasib baik kau seorang saja teman baik aku !'



.



"Aku bengang betul dengan perangai Dania tu. Dia sengaja nak malukan aku semalam. Atuk dan mama aku percaya bulat-bulat dengan lakonan dia tu" Emir meluahkan perasaannya. Dia tidak tidur semalaman sebab masih lagi geram dan bengang dengan kejadian semalam. Dania memang pandai berlakon.

HER REVENGE : DANIA ARSALAN Where stories live. Discover now