Dariel meneliti helaian demi helaian kertas yang terdapat di dalam fail Projek Pulau Perhentian.
Pen yang berada di tangannya dipusingkan. Sekali-sekali dia mengeluh apabila membaca pelan rancangan bagi projek hotel bertaraf lima bintang ini.
" Tuan Muda sibuk hari ini. Dia tidak mahu berjumpa sesiapa pun " Farah cuba menghalang wanita yang tiba-tiba meluru masuk ke dalam bilik majikannya.
Dariel mengeluh melihat wanita yang sedang berdiri di hadapannya. Amaran Farah langsung tidak diendahkannya.
"Maafkan saya, Tuan Muda. Saya cuba halang Cik Jane tadi tapi dia " Farah melihat wanita seksi yang sedang berdiri di sebelahnya.
"It's okay, Farah. Awak boleh keluar"
" See ? I told you. Abang Dariel takkan marah " Jane bersuara manja sambil membuat mimik muka kepada setiausaha sepupunya itu.
Farah merenung wanita itu. 'Menyampah betul aku dengan perempuan perasan ni . Bos aku tak ada hati langsung kat kau. Muka tembok ! '
Selepas Farah keluar, Razin masuk. Kehadiran Razin membuat Jane rasa tidak selesa. Lelaki itu direnungnya.
" Apa kau buat di sini ? Tiada kerja ke ? " marah Jane.
Razin hanya mendiamkan diri.
Bila melihat Razin tidak peduli dengan kata-katanya, Jane menghampiri lelaki tersebut. " Hei, kau ni pekak ke ? "
Namun tiada reaksi lagi daripada Razin. Lelaki itu seolah-olah tidak mempedulikan kata-katanya. Lelaki itu tidak hormat kepada dirinya langsung. Ini membuat Jane rasa marah ' Berani dia layan aku macam ini ? '
" Kau tu dah la kuli. Gaji kau selama ni pun atas belas kasihan Abang Dariel. Kau ingat Abang Dariel nak sangat kutip sampah masyarakat macam kau ?! " hina Jane.
" JANE ! " jerit Dariel tiba-tiba sambil menutup fail yang dibacanya. Sepupunya memang melampau sama seperti bapanya, Dato Malik. Bapa borek anak rintik. Selalu merendah-rendahkan orang lain.
Jane terkejut dengan jeritan Dariel. Dariel tidak pernah tinggikan suara dengannya.
Tiba-tiba pintu diketuk, Farah masuk. " Tuan Muda, Cik Muda dalam perjalanan ke sini. Dia hendak berbincang tentang projek pembinaan hotel di Pulau Perhentian " beritahu Farah.
Bulat mata Jane apabila mendengar berita tentang kedatangan kakak Dariel. Gelabah dibuatnya.
" Aaa... Sebenarnya Jane mahu ajak Abang Dariel lunch tetapi tidak mengapalah. Lain kali Jane datang lagi " Jane cepat-cepat berlalu keluar.
Dariel menggelengkan kepalanya. Farah tersenyum apabila melihat Jane berlalu pergi. Razin hanya memerhati.
" Kenapa pula kakak datang ke sini? Bukan ke dia sudah berjanji tidak akan masuk campur dalam projek ini ? " kata Dariel hairan.
" Tuan Muda, sebenarnya saya mahu minta maaf. Saya tipu tadi " Farah teragak-agak untuk bersuara.
Dariel ketawa. Begitu juga dengan Razin. Farah menundukkan kepalanya.
" Bagus ! Tindakan kamu tepat sekali, Farah . Saya pun sudah malas nak melayan kerenah Si Jane tu. Merengek macam budak kecil " Dariel terus bangun kemudian menghampiri tingkap kaca yang jelas memaparkan pemandangan Kuala Lumpur.
" Tuan Muda, saya ada soalan nak tanya"
"Apa dia ? "
" Kenapa Cik Jane takut dengan Cik Muda ? " Sudah lama soalan ini ingin dia tanyakan kepada majikannya namun dia tidak berani bersuara.
YOU ARE READING
HER REVENGE : DANIA ARSALAN
Romance[ ON-GOING ] a story about Princess Dania 🦋 . [ ROMANCE + ACTION ] . TENGKU DANIA MALAIKA - Namanya dikenali ramai. Kekayaannya menjadi sebutan. Kecantikannya digilai sang jejaka. Tetapi dirinya menyimpan beribu kedukaan. Dia sentiasa menjadi pe...