Bab 41

822 28 2
                                    

Saya update bila saya free, maaf ye ❤



.



MATA Sara masih tepat memandang pintu masuk Coffee Valtz Cafe. Hatinya masih tertanya-tanya siapa gerangan yang mengirimkan sejambak bunga ros kepadanya pada pagi tadi. Kad yang terselit di jambangan bunga itu tidak ditulis siapa pengirimnya tetapi terdapat pesanan di kad tersebut. 

'Jika nak tahu siapa saya, jumpa di Coffee Valtz Cafe di hadapan MCTVS pukul lima petang'. 

Dahi Sara berkerut. Pantas dia merenung jam langannya. 'Dah 5.20 petang ni! Aku kena tipu ke? Siapa yang bagi bunga tu? Abang Farhan? Tak mungkin.' Secawan kopi yang berada di hadapannya sudah habis diminum. Sara mengeluh, 'Nampaknya memang benarlah aku kena tipu. Kalau aku tahu siapa, siaplah!' . Sara bangun.

"Sorry!" tegur satu suara.

Sara terkejut dengan kehadiran lelaki itu. Hanya bibirnya bergerak cuba untuk bersuara tetapi tidak kedengaran. Matanya terkebil-kebil merenung lelaki yang berdiri di hadapannya. Dia tak percaya.

"Duduklah, Sara." Dariel terus duduk tanpa dipelawa oleh Sara yang masih kaku. 

"Dariel." 

"Ya, saya." Dariel tersengih. 

"Bila awak balik? Pagi tadi waktu kita chat, awak tak beritahu saya apa-apa pun." Sara terus duduk. 

"Saya sampai pagi tadi. Saja nak kejutkan awak. Awak suka tak dengan bunga yang saya bagi?" Sebaik saja mendengar suara Sara yang lemah lembut itu, rindunya sudah terubat. Matanya masih tepat merenung wajah Sara. Rasanya macam sudah lama saja tak berjumpa. 

"I like it. But why?" Sara hairan. Dia ingat lagi kata-kata Dariel sebelum berlepas. 

"I had been caught by my scary sister." Dariel ketawa kecil.  

"It's time for me to come back, Sara. This is my hometown. Dengan melarikan diri, masalah takkan selesai. I have to face it." 

"Melarikan diri?" Kata-kata Dariel sebentar tadi, mengejutkan Sara. Larikan diri? Daripada siapa?

"Tak ada apa-apa. So, macam mana dengan suasana tempat kerja? Bos baik ke? Rakan sekerja sporting tak?" tanya Dariel bertubi-tubi.

"Amboiii... Dah macam wartawan. Satu satu okay." 

"Excited la." 

"So far, okaylah. Saya suka." Sara tersenyum. Dia merenung Dariel yang hanya berseluar jean dan T-shirt putih. Dariel kelihatan semakin kacak. Hatinya gembira dengan kehadiran Dariel dalam hidupnya. 

"Sekarang awak dah dapat kerja ke belum?" 

"Dah." 

"Dekat mana?" soal Sara lagi. 

"Aaa... Tempat kerja yang lama." 

"Syarikat apa?" 

Mata Dariel meliar ke kiri dan ke kanan. "Aaa... MC Safeguard" jawab Dariel. 

"Ooo... Anak syarikat Maple Corporation. Samalah kita." Sara tersengih. 

"So, awak dah order ke belum? Hari ni biar saya yang belanja, okay?" pelawa Dariel. Dia terus melambai tangan ke arah pelayan kafe itu. Sara tersenyum melihat gelagat Dariel. Terasa dirinya bertuah kerana dapat berkenalan dengan Dariel.



.



DANIA mengetap bibirnya menahan geram. Biliknya penuh dengan bunga lagi. Hampir keseluruhan biliknya dipenuhi dengan bunga ros. Ini kerja Emir. Dah dua minggu, Emir asyik mengirimkan jambangan bunga ros merah kepadanya. Kalau tak di pejabat, di rumah juga ada. Rimas Dania dibuatnya.

HER REVENGE : DANIA ARSALAN Where stories live. Discover now