Bab 8'

910 47 3
                                    

Dariel memegang lehernya yang lenguh. Dia memicit lehernya beberapa kali. Sudah tiga jam dia menghadap komputer riba miliknya. Dia perlu siapkan laporan projek terbaharu yang sedang dibina. Projek itu dijangka siap pada tahun hadapan. Tugas untuk meninjau perkembangan projek ini sepatutnya digalas oleh kakaknya. Disebabkan dia ingin lari daripada pertemuan jodoh yang kolot itu, dia mengambil kesempatan ini untuk mengelak.

" Tuan Muda " Razin menghampiri Dariel yang sedang duduk di luar balkoni.

 " Ya " Dariel berpaling.

" Cik Jane ingin bercakap dengan tuan muda. Sudah sepuluh kali dia telefon. Katanya ada hal penting dia ingin bercakap dengan tuan muda " kata Razin.

Dariel mengeluh. Dia tahu Jane menaruh perasaan kepadanya tetapi dia hanya menganggap Jane seperti adiknya. Tidak lebih daripada itu.

" Tuan Muda " panggil Razin lagi. Dia rasa hairan apabila tiada ada reaksi daripada Dariel.

"Let me talk to her " kata Dariel, akhirnya dia bersetuju.

" Hmmm... Apa yang penting sangat, Jane ? " tanya Dariel. Dariel memberi isyarat kepada Razin agar beredar dari situ. Razin akur lantas berlalu pergi.

" Abang Dariel dah makan ke belum ?" Jane tersenyum apabila akhirnya dapat mendengar suara yang -amat dirinduinya.

" I'm not hungry. Cakap cepat, hal apa yang penting sangat ni ? " pinta Dariel endah tidak endah.

" I miss you " ucap Jane dengan manja.

Dariel terdiam. Rindu ? Dariel menjarakkan telefon bimbit dari telinganya. Dahinya berkerut.

" Jane, listen here. There is nothing between you and me. Full stop ! " tegas Dariel.

" Abang Dariel ! " Jane terkejut dengan kata-kata Dariel. Kata-kata itu benar-benar melukai hatinya. Sakitnya !

" Jane, selama ini abang anggap Jane macam adik abang sendiri. Not more than that. Sorry ! I think you should find someone who really loves you " Dariel terus mematikan panggilan tersebut.

" Abang ! Abang Dariel ! " jerit Jane apabila Dariel menamatkan perbualan mereka. Telefon bimbit yang berada di tangan dibaling ke dinding bilik. Jane menjerit sekuat hati. Pedih ! Cintanya sejak 20 tahun yang lalu hancul berkecai. Dariel dengan mudah menolak cintanya. Tidak !

Tidak ! Ini Jane Dato Malik. Aku tidak akan mengalah. Aku akan buat apa saja asalkan Abang Dariel menjadi milikku. Tekadnya.



.



Dania menyandarkan dirinya ke dinding lif. Dahinya berkerut. Tiba-tiba saja sakit di dadanya datang selepas dia memasuki lif.

" Cik Muda ! " Noah sedar akan perubahan pada wajah Dania.

" Saya tak apa-apa "

" Di mana ubat cik muda ? " tanya Noah.

"Saya boleh bertahan. Jangan risau" Dania memegang dadanya. Dania masih tersenyum. Dia cuba bertahan. Dia tahu Noah risau akan dirinya. 

Pintu lif tiba-tiba terbuka. Dania melihat lelaki yang baru memasuki lif tersebut. Dania tersenyum.

" Apa khabar, Uncle Malik ? " tanya Dania. Dia berlagak seperti biasa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Dia sedaya upaya menahan kesakitan yang dialaminya. ' Ya Allah, kuatkanlah semangat hamba-Mu ini ! ' Dia tidak akan sesekali memberi peluang kepada Dato Malik untuk mengetahui kelemahannya.

HER REVENGE : DANIA ARSALAN Where stories live. Discover now