Bab 5'

1K 41 7
                                    

Jangan lupa comment dan vote :)



.



" Emir tak akan balik Malaysia ! Keputusan Emir muktamad Mama ! " tegas Emir. Panggilan telefon dari mamanya benar-benar merunsingkan dirinya.

" Emir tak kesian dekat mama ke ? Dah enam tahun Emir tinggal di sana. Sampai bila Emir hendak tinggal di negara orang " kata Datin Elnara dengan lembut.

" Mama, bukan Emir tak nak balik. Kalau Emir balik, jangan haraplah Emir dapat melangkah keluar dari rumah lagi. Kena ikut telunjuk atuk saja "

" Tapi.. " Datin Elnara tidak puas hati dengan jawapan Emir.

" Apa kata mama datang jumpa Emir kat sini ? I miss you too "

Datin Elnara terdiam seketika. Dia mengeluh. Sakit kepala dibuatnya. Sebelah sini bapak, sebelah sana anak. Dia tidak tahu nak pilih yang mana satu.

" Mama " panggil Emir lembut. Dia hairan apabila tiba-tiba saja ibunya diam.

" Baliklah, Emir. Jangan cuba naikkan kemarahan atuk lagi. Dia dah tua. Apa salahnya sebagai orang muda, kita beralah sikit "

" Mama, Emir dah banyak kali bertolak ansur dengan atuk. Emir tak dapat terima apabila atuk tunangkan Emir dengan perempuan mata duitan itu " Nada suara Emir sudah berubah kasar.

" Nama dia Dania Malaika ya Emir Arsalan. Dania baik orangnya. Emir belum kenal dia lagi. Cuba Emir selami hati Dania dulu " pujuk Datin Elnara. Pada pendapatnya, Dania sepadan dengan anaknya. Berbudi bahasa dan lemah lembut. Entah apa yang kurang pada Dania di mata anaknya, dia pun tidak tahu. 

" Itu lakonan semata-mata sahaja mama. Zaman sekarang ni mana ada lagi orang setuju berkahwin dengan pilihan keluarga. Orang kampung, bolehlah. Dia tu hanya mahu harta kita saja, mama. Takkan tu pun atuk tak nampak  ? " Emir tidak habis-habis ingin memburukkan tunangnya.

" Emir tidak pernah jumpa dia lagi. Jangan buat andaian sendiri " nasihat Datin Elnara lagi.

" I don't care, hujung minggu ini, Emir tak akan balik. Nak jadi apa pun jadilah " tegas Emir.

" Emir " Datin Elnara mengeluh. Anak tunggalnya ni benar-benar degil. Datin Elnara terkejut apabila tiba-tiba telefonnya dirampas.

" Jadi Emir tak mahu balik, ya ? " tanya Dato Arfan. Telefon tersebut digenggam dengan erat.

Emir terkejut apabila mendengar suara atuknya. " Ya "

" Baik. Atuk tak mahu paksa Emir. Mulai sekarang, jangan haraplah Emir nak dapat satu sen pun daripada atuk. Nama Emir Arsalan akan atuk keluarkan daripada wasiat atuk. Emir bukan lagi cucu atuk. Pandai-pandailah Emir hidup kat sana " putus Dato Arfan.

Datin Elnara terkejut dengan kata-kata ayahnya.

" Atuk ! " jerit Emir. Kata-kata atuknya benar-benar di luar jangkaan. 

" Emir hendak balik ke tak ? " tanya Dato Arfan lagi.

Emir terdiam. ' Macam mana aku nak hidup kalau kesemuanya atuk tarik balik. Kereta Porsche aku ! Penthouse aku ! Takkan aku akan hilang kesemuanya. Kerja dengan orang ? Aku ? Tak boleh. Kemewahan yang aku kecapi sekarang ini akan hilang. Tidak ! '

" Emir nak balik ke tak ? Atuk beri tempoh kat Emir sampai hari Sabtu ni. Kalau Emir tak balik juga, Emir faham-fahamlah sendiri. Atuk tidak kisah kalau atuk berikan semua harta atuk ni pada anak-anak yatim. Mereka pun memerlukan bantuan kan ? Bagus sangat la tu " Dato Arfan terus menamatkan panggilan tersebut.

" Ayah ! " Datin Elnara rasa kurang senang dengan keputusan ayahnya. Dato Arfan hanya mendiamkan diri. Dia ingin melihat sejauh mana cucunya berani menentangnya.

Emir kaku. Fikirannya kosong. Kata-kata atuknya memang di luar jangkaan. Macam mana ini ? Ah serabutla !







Dato Malik terus menumbuk muka Emri. Emri jatuh terduduk. Dia tidak berani melawan majikannya.  Fuad dan Jane hanya memerhati.

" Macam mana kelab kita boleh kena serbu, hah ? " jerkah Dato Malik. Matanya merenung orang bawahannya seolah-olah ingin membunuhnya. Tiga buah kelab malam miliknya diserbu oleh pihak polis. Dia sudah kerugian lima juta ringgit disebabkan perkara ini.

" Bukan ke tiap-tiap bulan kita bayar kepada Si Fadhil sebagai pemberi maklumat kita apabila ada operasi polis. Mana dia ? Makan gaji buta ke ? " marahnya.

" Bbbosss...  Fadhil dah kena tangkap sebab terlibat dengan kes rasuah semalam " Tergagap-gagap Emri memberitahu hal tersebut kepada Dato Malik.

" Apa ?! " suara Dato Malik memetir.

" Papa tidak rasa pelik ke ? Lepas Fadhil kena tangkap, kelab kita kena serbu. Does it mean something for you ? " Jane tiba-tiba bersuara.

Dato Malik  diam seketika. Betul juga kata anaknya.  Seperti semuanya telah dirancang.

" Konco-konco Noah ada datang ke kelab kita. Selepas beberapa minit mereka keluar, pihak polis datang " 

" Sial Malaika ! " jerit Dato Malik. Hatinya benar-benar rasa panas.

" Aku rasa dia pasti nak balas dendam pasal apa yang berlaku di Pulau Perhentian dan tender Encik Mazlan tu " kata Fuad. Wanita seperti Malaika tidak boleh dipandang ringan. Dengan adanya wang dan kuasa, Malaika boleh buat apa saja.

" Kan Jane dah kata, kalau papa cari pasal dengan Dariel, inilah akibatnya " kata Jane lagi. Sejak dulu lagi, dia tidak setuju dengan rancangan papanya untuk menjatuhkan Dariel.

" Kenapa ? Kau ni sayang sangat Si Dariel tu sampai sanggup nak menentang papa kau sendiri ? " marah Dato Malik.

" Bukan macam tu. Maksud Jane, selama ini yang selalu berikan masalah kepada papa ialah Kak Malaika. Bukan Dariel. Papa uruskan Kak Malaika sudahlah. Yang papa nak kenakan Dariel sekali itu kenapa ? "

" Kau ingat Dariel itu baik sangat ? Dia sama saja macam kakaknya cuma dia belum tunjuk taringnya lagi " kata Dato Malik lagi. Anaknya itu terlalu taasub dengan Dariel. Pada hakikatnya, Dariel langsung tidak pernah melayan anaknya itu.

" Papa ni ! "Jane mula merajuk.

" Apa ? Baik kau balik. Jangan peningkan kepala papa lagi " arah Dato Malik kepada anak perempuan tunggalnya.

" Tulah papa. Dari awal lagi Jane dah suruh papa hapuskan saja Kak Malaika tapi papa baik sangat. Kalau Kak Malaika mati, tidak payahlah papa nak pening kepala macam ini " kata Jane lagi.

Dato Malik menjegil ke arah anaknya. " Kau ingat papa bodoh macam kau ke ? " marah Dato Malik. 

' Macam la aku tidak pernah cuba nak bunuh Si Malaika tu tapi cubaan tersebut gagal disebabkan oleh Noah. Orang suruhan Dania yang bodoh itu. Sentiasa berada di sisi Malaika walau di mana Malaika berada ' getus hatinya.

" Baik kau balik ! Balik ! "  jerkah Dato Malik. Kehadiran Jane hanya mengusutkan otaknya saja.

" Papa ni ! " jerit Jane apabila dihalau oleh papanya.

" Balik ! "  jerit Dato Malik lagi  sambil jari telunjuknya diarahkan ke arah pintu. Fuad hanya mendiamkan diri. Dia malas nak masuk campur. Ini urusan mereka anak beranak.

Jane terus keluar sambil membuat mimik muka tanda tidak puas hati dengan layanan papanya. Pintu bilik ditutup dengan kuat.





HER REVENGE : DANIA ARSALAN Where stories live. Discover now