Special chapter

1.9K 74 0
                                    

Setahun kemudian,

Damia membuka pintu kaca yang berada di hadapannya. Pekerja yang mula menyedari kehadirannya terus menyapanya.

"Morning, bos"

Damia hanya tersenyum sahaja. Dia terus berjalan menuju ke officenya yang terletak di tingkat dua. Beg tangan diletakkan di atas meja lalu duduk di kerusi kepunyaannya.

Tok tok! 

"Bos?" Satu kepala terjengul di pintu meminta kebenaran Damia untuk masuk. Damia hanya menganggukkan kepalanya sahaja.

"Awak nak apa, Syirah?"soal Damia.

"Bos, saya nak bagi bos rasa dessert baru saya"jawab Syirah. Damia baru tersedar yang Syirah sedang membawa sebuah pinggan kecil di tangannya.

"Oh kek baru eh?"soal Damia sedikit teruja. Syirah tersenyum dan mengangguk. Dia meletakkan pinggan tersebut di atas meja Damia.

Damia mengambil pinggan tersebut. Tanpa berkata apa lagi dia terus merasa kek baru yang dibuat oleh Syirah.

"Hmm sedap. Nanti main dessert letak kek ni pulak. Confirm jualan kita nanti akan laku"puji Damia sebaik sahaja dia habis menelan kek itu.

"Okey, bos. Saya keluar dulu tau"

Damia hanya mengangguk. Dia kini sibuk melihat kertas di atas mejanya sambil memakan kek Syirah tadi.

Dua minggu selepas suaminya masuk penjara, Damia berniat untuk menjalankan perniagaan sendiri. Dia kini membuka cafe yang berada berdekatan dengan syarikat Adam. 

Pada mulanya dia berasa susah untuk mengusahakan cafe tersebut namun atas bantuan keluarga dan mertuanya, akhirnya cafe tersebut menjadi terkenal. Perniagaannya semakin maju. Namun dia masih mencari masa untuk melawat Adam di penjara.

Tinggal lagi beberapa hari untuk Adam dilepaskan. Dan itu membuatkan Damia berasa tidak sabar. Dia sudah mempunyai idea bagaimana untuk menyambut kepulangan Adam nanti.

Damia tersenyum lebar. Dia bercadang untuk mengambil cuti beberapa hari. Dia ingin meluangkan masa bersama dengan Adam. Banyak masa yang disiakan mereka berdua kerana kesalahfahaman.

Tok tok! 

Damia memandang ke arah pintu. Muncul seorang lelaki yang sedang memimpin seorang budak lelaki.

"Aunty!!!" Budak lelaki tersebut berlari ke arah Damia. Dia tersenyum riang apabila Damia mula mendukungnya.

"Danish, papa dah cakap kan behave"

Danish mula memuncungkan mulutnya apabila dia dimarah oleh papanya. Damia hanya menggelengkan kepalanya.

"Kak Lia mana?"

"Dia pergi tandas kejap. How work?" Dafriq menarik kerusi di hadapan Damia lalu duduk di situ.

"Okey je. Sell makin lama makin meningkat. Sekarang ni Mia nak try bukak cawangan kat Johor"

"Mia jangan kerja berat sangat tau. Kalau ada pape masalah bagitau je abang. Abang akan tolong"

Damia mengangguk.

"Aunty, aunty" Kepala Damia tunduk ke bawah apabila Danish menepuk perlahan bahunya.

"Papa cakap weekend nanti dia nak bawak Danish dengan mama pergi funfair. Aunty nak ikut?"

Damia tersenyum. Danish Farhad, anak tunggal kepada Dafriq dan Dahlia. Berumur 3 tahun. Hubungan Damia dan Danish rapat kerana dia selalu menjaga Danish apabila Dafriq dan Dahlia pergi business trip.

Jikalau Engkau Jodohku [C]Where stories live. Discover now