Setelah sebulan lebih Dafriq tinggal di Korea bersama Damia, akhirnya dia pulang jugak ke tanah air. Semuanya kerana dia risau tentang keadaan Damia yang tinggal berseorangan kalau dia balik ke Malaysia.
Tapi setelah didesak oleh Damia dan rasa rindu yang menggunung kepada tunangnya, Dafriq pun balik jugak. Banyak pesanan yang dia tinggalkan kepada Damia supaya menjaga diri dengan baik.
Tiada siapa yang menjemputnya ketika di airport kerana dia tidak bagitau sesiapa tentang kepulangannya. Cermin mata hitam yang disangkut di tengah baju dipakai. Kini semua orang memandangnya terutama perempuan.
Dafriq hanya mengekalkan muka dingin. Dia berjalan keluar dari airport. Sebuah teksi yang sedang menunggu menumpang dihampirinya. Dia masuk ke dalam perut teksi itu lalu memberitahu alamat yang ditujunya.
____________________Dafriq menekan loceng. Dia menunggu seseorang membuka pagar untuk dia masuk ke rumah banglo itu.
Pintu pagar itu terbuka sendiri. Dafriq tergelak kecil sebelum dia masuk ke dalam. Taulah dia yang Adam memakai pintu pagar eletrik. Tapi yang pelik kenapa bagi dia masuk terus.
Pintu rumah yang sudah terbuka luas dia masuk. Adam seolah mengalu-alukan kedatangannya. Sebaik sahaja dia menapak masuk, satu tumbukan hinggap di mukanya.
Dafriq terus jatuh terlentang. Tumbukan yang tidak disangka itu membuatkan hujung bibirnya mengeluarkan darah.
"Ini sebab kau sentuh isteri aku!"
Dush! Adam menumbuk lagi.
"Ini sebab kau mengandungkan isteri aku!"
Adam ingin menumbuk lagi namun Dafriq sempat menolak Adam menggunakan kakinya. Adam jatuh dan Dafriq dengan cepat bangun. Dia mengesat bibirnya yang sudah penuh dengan darah.
"Kau kalau nak menuduh patutnya kau siasat dulu. Jangan main cakap je. At the last kau sendiri yang merana nanti"kata Dafriq tegas. Matanya berlawanan dengan mata Adam.
Adam tersenyum sinis. Dia bangun lalu berhadapan dengan Dafriq.
"Aku nak siasat apa lagi. Dah terang-terang aku nampak apa yang terjadi depan mata aku. Yang kau keluar dari rumah Damia! Apa yang kau anggap kalau lelaki tiba-tiba je keluar dari rumah isteri kau? Lelaki yang sama yang nak rampas isteri kau dari diri kau sendiri!"hambur Adam.
"Kau terlalu ikutkan sangat perasaan cemburu kau tu! Patutnya kau duduk bincang dulu dengan Damia! Jangan buat spekulasi sendiri!"balas Dafriq turut menengking Adam.
Adam tertawa sinis. Dia mencengkam kolar baju Dafriq. Matanya mencerlung tajam memandang Dafriq.
"Kalau camtu cuba kau bagitau aku apa yang kau buat dalam rumah Damia? Berdua-duaan?"soal Adam dengan suara yang sengaja ditekankan.
Dafriq menarik tangan Adam kasar supaya melepaskan kolar bajunya. Adam berdecit.
"Damia adik aku. Jadi tak berdosa pun kan kalau abang dengan adik duduk dalam satu rumah"jawab Dafriq.
Adam mendengus. Baginya itu adalah satu penipuan yang tidak boleh diterima dek akal fikirannya. Adam ingin membalas tapi Dafriq menutup mulutnya.
"Diam"
Dafriq meletakkan jari telunjuknya di bibirnya. Telinganya cuba dipekakan. Dia ada mendengar seseorang menjerit tadi di satu sudut.
"Kau kenapa?"soal Adam kasar lalu menepis tangan Dafriq dari mulutnya. Dia mengesat mulutnya seolah dia jijik dengan tangan Dafriq yang menempel ke mulutnya.
"Aku ada dengar suara orang menjerit tadi. Rumah kau ni tak berhantu kan, Adam?"soal Dafriq. Dia cuba mendengar lagi namun kali ini dia tidak mendengar apa-apa.
Muka Adam berubah seketika sebelum dia memasang kembali muka dinginnya.
"Tak payah nak mengarut! Kau jangan nak tukar topik eh!"balas Adam.
Dafriq berdecit. Geram pulak dia dengan Adam ni. Tangannya mencengkam kolar baju Adam lalu Adam ditarik rapat dengannya.
"Damia. Adik. Aku"
Satu persatu Dafriq menyebut perkataan itu. Adam hanya tertawa sinis.
"Kalau kau tak percaya kau boleh call mama dengan papa sekarang. Kalau kau tak percaya lagi kau boleh buat DNA test kitorang"tambah Dafriq lagi.
Adam terdiam. Otaknya tiba-tiba menjadi kosong. Dafriq melepaskan cengkamannya apabila melihat Adam diam seperti batu.
Dafriq menepuk bahu Adam perlahan.
"Aku tak tipu. Damia adik aku"
Dafriq mula menceritakan segalanya kepada Adam dari mula sampai akhir. Magiknya Adam hanya duduk diam dan dengar sahaja.
Sebaik sahaja Dafriq habis bercerita, Adam terus jatuh terduduk. Air matanya terus mengalir.
"Ya Allah, apa aku dah buat"bisik Adam perlahan.
Kini barulah dia rasa menyesal. Dia tak patut ikutkan sangat bisikan syaitan yang menghasutnya ketika itu. Dafriq hanya melihat sahaja Adam yang sedang menangis itu. Dia tidak boleh buat apa. Nasi sudah menjadi bubur.
"Apa kata kau make up balik dengan Mia. Buat apa yang aku tengah buat sekarang ni. Jelaskan semuanya. Kenapa kau kahwin dengan Qarina. Kenapa kau bertindak kejam macam tu. Kau jelaskan"nasihat Dafriq. Kesian pulak dia melihat Adam seperti itu.
Adam mendongak memandang Dafriq. Dia tidak kisah pun Dafriq melihat sisi lemahnya kini. Buat kali ini biarlah dia melepaskan semuanya.
"Macam mana kalau dia dah benci aku? Macam mana kalau dia dah taknak tengok muka aku? Aku tuduh dia macam-macam kot. Mesti dia sakit hati dengan aku"ucap Adam dengan lirih. Dafriq mengeluh.
"Kau tak buat lagi kau dah cakap bukan-bukan. Buat dulu barulah kau nampak hasil dia. Jangan mulut je banyak cakap tapi tak buat apapun. Buktikan kat dia yang kau menyesal. Buang rasa ego tu. Ego tinggi melangit kau nak bawak pergi mana"
Adam hanya diam sebelum dia menunduk memandang lantai. Dafriq menghampiri Adam lalu menepuk bahu Adam.
"Kau boleh. Percayalah"pesan Dafriq untuk kali terakhir sebelum dia beredar dari situ.
Adam hanya membiarkan sahaja Dafriq pergi. Dia kemudian bangun dari situ lalu pergi ke dapur. Dia memasak telur goreng dan letakkan bersama-sama dengan nasi lalu dituangkan kicap diatasnya.
Dia kena perbetulkan kesalahannya. Dia akan berjumpa dengan Damia dan meminta maaf kepada Damia. Kalau Damia tak maafkannya, dia akan merayu sungguh-sungguh. Tak kisahlah kalau dia kena melutut sekalipun.
YOU ARE READING
Jikalau Engkau Jodohku [C]
RomanceDamia Farisha, seorang mahasiswi di universiti Korea. Kehidupannya sungguh ceria dan indah namun semuanya musnah apabila dia dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki yang dia tidak kenali ketika cuti semester. Muhammad Adam Emir, setelah dikecewakan...