Adam sekarang sedang berada di KLIA. Semalaman dia berfikir tentang Damia di rumah seperti orang angau sahaja. Jadi dia mengambil keputusan untuk pergi melawat Damia. Telefon sahaja tidak cukup, dia hendak face to face dengan Damia untuk melepaskan rindu.
Skip
8 jam berada di dalam kapal terbang, akhirnya dia telah pun sampai di lapangan terbang Incheon. Dia terus keluar dari situ lalu menuju ke arah teksi yang sedang menunggu. Destinasinya sekarang ni adalah ke hotel untuk mandi dan rehatkan diri. Kemudian barulah makan dan berjumpa dengan Damia.
_________________Baekhyun tidak boleh fokus. Kejap-kejap dia akan memandang ke belakang. Dia merasakan ade seseorang yang mengekorinya sejak dia pulang melepak dengan Damia dan Tzuyu semalam. Perasaannya dari tadi gundah-gulana, rasa tidak selamat dan sebagainya.
Dia melakukan pelbagai cara untuk melepaskan dari pandangan orang itu seperti berjalan di tempat orang ramai. Tapi nampaknya caranya itu sia-sia apabila dia merasakan dia masih lagi diekori.
Baekhyun menarik nafas dalam. Dia kemudian terus belok ke kiri, dan dia sekarang berada di dalam lorong yang tiada manusia yang berlegar. Hanya ade kenderaan yang terletak di situ.
Baekhyun terus memberhentikan langkahnya. Dari sisi cermin kereta yang berada di situ dia dapat melihat seorang lelaki yang berpakaian hitam turut berhenti tidak jauh darinya.
Baekhyun perlahan-lahan menoleh. Dia kini sedang berhadapan dengan lelaki itu.
"Kau nak ape?! Kenapa kau ikut aku?!" soal Baekhyun bertalu-talu tapi satu pun lelaki itu tidak menjawab. Mungkin dia tak faham bahasa Korea?
Lelaki itu perlahan-lahan menghampiri Baekhyun. Baekhyun sudah berasa gelisah. Lelaki itu terus melangkah sehinggalah dia betul-betul di hadapan Baekhyun.
Matanya tajam memerhati Baekhyun yang tidak senang duduk.
"Stay away from Damia"
Baekhyun mengerutkan dahinya. Dia kini berdiri statik apabila lelaki itu mengeluarkan nama Damia di mulutnya.
"Kau siapa?! Ape kaitan kau dengan Damia?!"
Baekhyun sekali lagi mengerutkan dahi apabila melihat lelaki itu mengeluarkan telefonnya. Dia kemudian memandang lelaki itu pelik apabila lelaki itu menghulurkan telefon itu ke arahnya.
'Dia ni gila ke ape?' - Baekhyun.
"Kau siapa?! Ape kaitan kau dengan Damia?! Ape yang kau nak sebenarnya?!" jerit Baekhyun. Lelaki itu mengambil balik telefonnya. Dia melihat telefonnya lalu tersenyum sinis. Dia kemudian bercakap sesuatu di telefonnya lalu memberikannya semula kepada Baekhyun. Baekhyun melihat ape yang ade kat telefon lelaki itu.
Ouhh rupanya lelaki itu bukak voice translator. Patutlah. Penjahat camni pun ade jugak an kat dunia.
Baekhyun membaca ape yang ade di dalam telefon lelaki itu.
"Jauhkan diri dari Damia. Kalau kau taknak dia mati awal"
Baekhyun terus memandangnya tajam. Lelaki itu sekali lagi berkata sesuatu lalu menunjukkannya kepada Baekhyun.
"Ini adalah amaran. Kau tak buat, dia mati. Mungkin keluarga kau pun akan kena tempias jugak"
Baekhyun terus mencengkam kolar lelaki itu. Pandangannya mencerlung memandang lelaki itu.
"Kau nak ape sebenarnya?! Jangan pernah kau sentuh dia!" jerkah Baekhyun.
Lelaki itu mengeluarkan pistol dari kocek seluarnya lalu diletakkan pada belakang kepala Baekhyun. Baekhyun perlahan-lahan melepaskan cengkamannya. Lelaki itu tersenyum sinis.
YOU ARE READING
Jikalau Engkau Jodohku [C]
RomanceDamia Farisha, seorang mahasiswi di universiti Korea. Kehidupannya sungguh ceria dan indah namun semuanya musnah apabila dia dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki yang dia tidak kenali ketika cuti semester. Muhammad Adam Emir, setelah dikecewakan...