JEJ 3

6.8K 183 2
                                    

Adam dan Damia kini sedang berada di butik pengantin milik kawan Datin Marina. Damia yang berada di sebelah Datin Marina hanya tersenyum kekok apabila melihat seorang wanita berumur 40-an mendekati mereka sambil menghadiahkan sebuah senyuman.

"Rina! Dah lama tak jumpa you! You sihat?"tanya perempuan itu sambil berlaga pipi dengan Datin Marina.

"I sihat je, Lia. You pulak?"kata Datin Marina.

"Alhamdulillah, I pun sihat jugak. By the way, sape perempuan sebelah you ni? Cantiknya I tengok"tanya Datin Hazlia sambil matanya memandang wajah mulus milik Damia.

Datin Marina hanya tersenyum.

"Ini bakal menantu I. Nama dia Damia"jawab Datin Marina sambil menarik lengan Damia supaya mendekatinya. Damia hanya tersenyum sahaja memandang Datin Hazlia di hadapannya.

"Wahh tak sangka anak you dah nak kahwin. I baru nak kenenkan anak I kat you"kata Datin Hazlia dengan nada yang sedikit kecewa.

"But it's okay. Mungkin diorang takde jodoh"kata Datin Hazlia semula dengan nada yang sedikit ceria. Datin Marina hanya tersenyum sahaja.

"I datang ni nak buat tempahan baju untuk Adam dengan Damia. You rasa baju tu boleh siapkan cepat tak?"tanya Datin Marina.

"Bila majlisnya tu?"tanya Datin Hazlia meminta kepastian. Di tangannya terdapat sebuah buku untuk menulis sebahagian perkara yang penting.

"Majlis tunang hujung minggu ni. Kalau majlis kahwin next month"jawab Datin Marina. Datin Hazlia terkejut.

"Awalnya! I rasa I tak dapat siapkan baju untuk majlis tunang tu sebab tinggal lagi beberapa hari kan nak hujung minggu. Tapi kalau baju untuk majlis kahwin tu mungkin I sempat siapkan kot"terang Datin Hazlia.

"Hmm kalau camtu takpelah. Asalkan diorang ade baju sendiri masa majlis kahwin tu"balas Datin Marina. Datin Hazlia hanya mengangguk.

Damia yang turut mendengar perbualan itu terasa bosan. Dia memandang Adam yang sedang duduk bermain telefon di hadapan pintu kedai.

Kemudian dia memandang Datin Marina yang sedang sibuk berbincang dengan Datin Hazlia tentang pakaian untuk majlis kahwinnya. Damia dengan perlahan melangkah pergi dari situ.

"Kau nak pergi mana?"tanya Adam tanpa memandang Damia. Damia mengetap bibir.

"Saya nak keluar kejap. Bosanlah duduk sini"jawab Damia. Adam yang sedang sibuk dengan telefonnya terus menyimpan telefonnya lalu bangun.

"Aku ikut kau"kata Adam.

"Ehh tak perlulah. Saya pergi sekejap je"bantah Damia.

"I don't care. Nanti aku yang kena marah kalau mama tengok kau takde tapi aku ade. So, no excuse. Aku akan ikut kau jugak"balas Adam lalu mendekati Damia. Damia hanya mendengus.

"Suka hatilah"kata Damia perlahan namun masih boleh didengari Adam. Damia pun berlalu pergi dari situ sambil Adam mengikutnya dari belakang.
__________________

Adam dan Damia keluar dari kedai itu. Adam sedikit berasa penat selepas mengikuti Damia. Di tangannya hanya ade satu dua beg plastik sahaja tapi kedai yang dimasuki sedang berbelas-belas.

"Lama lagi ke? Kau hanya masuk kedai pastu tak beli pape. Membazir tenaga aku je ikut kau"rungut Adam. Damia yang berada di sebelahnya hanya menjelingnya.

"Saya tak suruh ikut pun. Awak yang beria nak ikut saya"balas Damia.

"Dahlah jom kita pergi makan. Pastu kita balik. Kau dah puas shopping kan?"kata Adam sambil menarik tangan Damia menuju ke pintu keluar.

"Ehh habis mama awak camne? Takkan nak tinggalkan dia je?"tanya Damia sedikit panik.

"Aku dah cakap ngan mama yang kita akan balik dulu. Mama tu kalau ngan aunty Lia lepas sehari baru nak balik. Nanti pak mat akan tolong ambik mama. Jadi, kau takyah nak risau"jelas Adam panjang lebar.

Damia hanya memuncungkan mulutnya. Adam pulak hanya menjeling Damia sebelum berjalan keluar dari situ.
___________________

Dafriq melangkah masuk ke dalam shopping mall H&G dengan penuh bergaya. Dia kini menjadi tumpuan semua manusia yang berada di dalam shopping mall itu. Dafriq hanya menghiraukan mereka lalu terus masuk ke dalam lif yang ditulis VVIP.

"Morning bos"ucap PAnya yang sudah lama menunggu dirinya di tingkat atas itu. Dafriq hanya mengangguk sahaja. Mereka berdua kemudian berjalan bersama sambil Laila memberitahu semua schedulenya.

"Hari ni bos ade meeting ngan marketing staf pukul 10 ni. Then, bos ade appoiment dengan syarikat SQ lunch ni. Diorang nak bincangkan balik pasal pembahagian saham tu. Then, pukul 3 ni cik Myra akan datang. Dia kata ade perkara nak bincangkan dengan bos"terang Laila. Mereka kemudian berhenti di hadapan bilik kerja Dafriq.

"Ok, thank you. Tolong buatkan saya kopi dan tolong panggilkan Ian"kata Dafriq lalu terus masuk ke dalam bilik kerjanya.

Dia kemudian membuka kotnya lalu meletakkannya di kepala kerusi. Dia kemudian termenung sebentar apabila melihat sebotol ubat pil yang berada di atas meja kerjanya.

Dafriq mengeluh. Sampai sekarang dia tidak tau siapakah keluarga kandungnya setelah terlibat dengan kemalangan tiga tahun lepas di Paris yang menyebabkan dia menjadi hilang ingatan.

Namun, nasib baiklah ade seorang lelaki tua yang sanggup menjaganya semasa dia sedang koma. Lelaki itu mengambil keputusan untuk mengambilnya sebagai anak angkat kerana dia tidak mempunyai anak. Lelaki itu adalah ayah angkatnya sekarang, Tan Sri Borhan, seorang ahli perniagaan yang berjaya.

"Ade ape kau nak jumpa aku?"tanya seseorang di sebelah Dafriq. Dafriq yang terkejut itu terus menumbuk muka orang yang berada di sebelahnya.

"Aduhhh"adu orang itu. Dafriq yang baru tersedar itu hanya tersengih.

"Sorry, bro aku tak sengaja. Tulah sape suruh terkejut kan aku"kata Dafriq lalu menarik tangan orang itu supaya bangun.

"Tak guna kau, Dafriq. Kalau nak tumbuk pun janganlah tumbuk muka hensem aku ni"omel orang itu.

"Dahlah Ian. Aku panggil kau bukan nak dengar kau bebel. Aku nak tau pasal perkembangan pencarian family aku"kata Dafriq sekaligus memberhentikan Ian dari terus membebel.

Ian berdehem kecil. Dia kemudian mengambil tempat duduk di hadapan Dafriq. Keadaan sekeliling bertukar menjadi serius.

"Aku still tak dapat nak cari mana kedudukan family kau. Lagipun susah aku nak cari sebab aku langsung tak tau nama dan muka diorang camne"terang Ian. Dafriq melepaskan keluhan kecewa.

"Takkan kau langsung takde cara camne nak cari diorang?"tanya Dafriq walaupun dia sudah tau jawapannya. Ian hanya menggeleng.

"Kalau kau ade telefon kau sebelum kau accident tu maybe aku boleh tolong. Tapi ni satu clu pun takde. Seolah-olah kemalangan kau macam telah dirancang selama ni"terang Ian.

Dafriq menelan kelat liurnya. Sape yang tidak puas hati dengannya? Sampaikan sanggup mencederakan dirinya.

Jikalau Engkau Jodohku [C]Where stories live. Discover now