JEJ 43

3.4K 116 0
                                    

"Awak tak kerja ke hari ni?"soal Damia. Dia melihat Adam sedang bersenang lenang di hadapan tv.

"Tak. Aku ambik cuti"balas Adam ringkas.

"Sampai bila awak cuti?"soal Damia lagi.

"Sampai kau balik Korea. Aku nak sepanjang kau ade kat sini aku nak habiskan masa dengan kau je"

Damia tersenyum. Dia terus duduk di sebelah Adam dan memeluk lengannya.

"Kalau camtu jom keluar. Saya nak dating dengan awak"ucap Damia sambil mengelipkan matanya berkali-kali.

"Ingat comel ah buat camtu"kutuk Adam. Damia mencebik.

"Nak ke taknak?"kata Damia sambil menggoyangkan lengan Adam.

"Ya, okey. Nak pergi mana?"

"Saya tak tau nak pergi mana. Awak nak bawak saya pergi mana?"

Adam memandang Damia. Kecik besar kecik besar je dia nampak Damia sekarang ni.

"Kau yang ajak aku keluar tadi. Pastu tanya aku pulak nak pergi mana"

Damia memuncungkan mulutnya. Dia bermain dengan tangan Adam.

"Saya cuba nasib je tadi. Manalah saya tau awak terima"

"Kalau camtu aku malaslah. Baik duduk rumah je. Ade jugak benda lain yang boleh dibuat"kata Adam dengan makna yang penuh tersirat.

Damia faham maksud Adam. Tapi dia taknak. Dia nak keluar dengan Adam.

"Taknak. Saya nak keluar dengan awak. Saya taknak duduk dalam rumah je"

Damia tak tau kenapa dia rasa macam mengada sangat sekarang ni. Ini bukanlah dirinya yang sebenar.

"Kalau camtu cakap nak pergi mana. Nanti aku bawak"balas Adam yang malas melayan kerenah Damia.

"Ishh dahlah. Saya dah taknak keluar. Cakap dengan awak ni menyakitkan hati saya je"

Damia merajuk. Dia terus menjauhi Adam dan pergi ke kolam yang terletak di belakang rumah. Adam mengerutkan dahi apabila memandang Damia yang sudah pergi.

Seketika dia mengeluh. Dah nak kena pujuk pulak. Adam turut bangun lalu mengikuti langkah yang dilalui Damia tadi. Dia dah nampak Damia di tepi kolam yang sedang melayan perasaan. Dia terus mendekati.

"Mia, takkan tu pun nak merajuk. Aku just tanya nak pergi mana je. Kalau kau dah cakap, kita keluarlah"kata Adam sambil memeluk tubuhnya. Damia hanya diam.

"Damia"panggil Adam namun tidak dihiraukan Damia.

"Damia Farisha"panggil Adam lagi. Damia langsung tidak memberikan sebarang reaksi.

Adam berdecit kegeraman. Geram pulak dia dengan perangai Damia ni. Dia terus mendekati Damia lalu mendukung Damia dengan gaya bridal style.

Damia yang terkejut dengan tindakan Adam secara spontan terus memeluk leher Adam.

"Eihhh ape awak buat ni"marah Damia. Dia melepaskan pelukannya lalu memukul bahu Adam. Namun Adam hanya membiarkan sahaja.

Dia menggendong Damia masuk ke dalam bilik yang terletak di tingkat dua. Sampai sahaja di atas katil dia terus meletakkan Damia.

Jarak mereka menjadi dekat. Damia berasa gugup apabila memandang wajah Adam. Adam tersenyum sinis. Dia terus bangun sekaligus menghapuskan jarak mereka.

"Cepat siap. Setengah jam lagi kita keluar"arah Adam lalu dia keluar daripada bilik.

Damia tercengang seketika sebelum dia tersenyum lebar. Dia terus masuk ke dalam bilik air untuk bersiap.
____________________

Jikalau Engkau Jodohku [C]Where stories live. Discover now