"Adik abang"
Dafriq terus memeluk Damia apabila dia melihat Damia. Dari tadi dia cari Damia di khemah rupanya Damia sedang berehat di dalam bilik.
"Selamat pengantin baru, abang"ucap Damia. Dafriq tersenyum lalu menggosok lembut kepala Damia.
"Terima kasih. Bagi abang dengan kak Dahlia tukar baju dulu tau. Jangan lupa tunjukkan sekali bilik tetamu dekat Walsen"pesan Dafriq.
Damia mengangguk. Dafriq yang ingin menaiki tangga berpatah balik ke arah Damia. Dia mendekatkan mulutnya ke telinga Damia.
"Ouh lagi satu, letak Walsen sebilik dengan Adam"
Mata Damia membulat memandang Dafriq. Dafriq hanya menganggukkan kepalanya dan membuat muka supaya percayakan dirinya.
"Taknak Mia. Hari tu diorang berjumpa sekejap pun Adam dah tumbuk Walsen. Inikan pulak tinggal sebilik untuk beberapa hari"balas Damia.
"Adam pernah jumpa Mia kat Australia?"soal Dafriq dengan terkejut.
Damia terus menutup mulutnya. Upss, dia terlepas cakap.
"Bagitau abang camne Adam boleh ada kat Australia"desak Dafriq. Damia terus memandang Dahlia untuk meminta pertolongannya.
"Dahlah awak, jangan kacau hubungan diorang. Pandai-pandai diorang perbaiki hubungan diorang sendiri"
Dahlia terus menarik lengan Dafriq untuk menaiki tangga.
"Mana boleh! Saya kena tau apa yang jadi kat adik saya"balas Dafriq.
"Ouh kalau camtu awak tidur luar malam ni"
Dahlia terus melepaskan lengan Dafriq lalu berjalan laju menuju ke bilik mereka berdua. Dafriq tersentak.
"Lia, janganlah. Kita baru je kahwin. Sekurangnya bagilah saya rasmikan malam pertama kita"
Dafriq terus mengejar Dahlia. Damia hanya menggelengkan kepala sahaja melihat telatah abang dan kakak iparnya.
"Aku nak kita jadi macam tu jugak"kata Adam dari belakang Damia.
Damia terus menoleh ke belakang namun dia hanya diam sahaja.
"Kita dah tak boleh jadi macam dulu ke?"soal Adam dengan sayu.
"Tak dan takkan"balas Damia.
Sakit. Itulah yang Adam rasakan sekarang ni.
"Kenapa? Sebab kau dah ada pengganti aku? Sebab kau sukakan lelaki tu? Sebab tulah kau taknak rujuk dengan aku"tuduh Adam.
"Awak jangan nak tuduh macam-macam. Perangai awak yang suka menuduh orang nilah yang buatkan saya taknak rujuk dengan awak. Jangan salahkan orang lain atas kesalahan yang awak sendiri buat"kata Damia dengan geram.
Adam melepaskan keluhan berat. Dia cuba untuk menahan sabar.
"Takkan takde langsung peluang kedua kat aku? Please, bagi aku lagi satu peluang. I promise I will change"rayu Adam.
"Dahlah, Adam. Bagi saya takde istilah peluang kedua. Berapa banyak peluang yang saya bagi kat awak pun, awak akan tetap sama"balas Damia malas.
"Mia, this is not fair. Aku cuma buat kesalahan sekali je. Tapi kenapa kau cakap macam aku buat banyak sangat kesalahan dengan kau"
"Yes, kesalahan awak sekali. Kesalahan sekali awak tulah yang buatkan saya hilang kawan baik saya! Kesalahan sekali awak tulah yang dah bunuh anak saya! Kalau bukan disebabkan kesalahan sekali awak, Tzuyu masih lagi ada! Kalau bukan disebabkan kesalahan sekali awak, anak saya masih boleh bernafas kat dunia ni!"luah Damia dengan suara yang ditahan.
YOU ARE READING
Jikalau Engkau Jodohku [C]
RomanceDamia Farisha, seorang mahasiswi di universiti Korea. Kehidupannya sungguh ceria dan indah namun semuanya musnah apabila dia dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki yang dia tidak kenali ketika cuti semester. Muhammad Adam Emir, setelah dikecewakan...