Dahlia mengemas barang yang bersepah di atas mejanya. Dia kemudian mengambil fail yang belum dia siapkan lagi kerjanya.
Langkahnya menuju ke lif untuk turun ke lobi.
"Banyaknya barang. Nak aku tolong tak?"soal satu suara di sebelahnya.
"Takpelah, Ash. Aku boleh angkat"balas Dahlia.
"Biar aku tolong"Ashraf terus merampas fail yang dipegang Dahlia. Dahlia tercengang tapi dia tak mampu nak buat pape.
"Kenapa kau tak siapkan semua kerja ni kat ofis?"soal Ashraf.
"Kau pun tau kan sekarang waktu kerja dah habis. Jadi aku nak balik rumah. Kerja tu malam nanti aku boleh buat"balas Dahlia tidak acuh.
Tingg
Pintu lif terbukak lalu mereka berdua pun masuk bersama.
"Yeah I know. Tapi kau dah berubah. Kau berubah semenjak kau keluar dengan lelaki tu. Kau yang aku kenal bukan jenis yang suka tangguh kerja. Kau akan siapkan semua kerja kau secepat yang mungkin bila waktu kerja nak dekat tamat. Tapi sejak kau keluar dengan lelaki tu, kau asyik termenung je. Bila dalam meeting kau tak tumpukan perhatian sampai bos dah kasik warning. You totally change"luah Ashraf kesal. Dahlia hanya terdiam.
Tingg
Pintu lif dibukak dan mereka kini berada di ruang lobi. Dahlia dengan pantas merampas fail yang dibawak Ashraf.
"Aku balik dulu. Thanks sebab tolong aku"ucap Dahlia lalu dia pergi meninggalkan Ashraf yang terkulat-kulat di hadapan pintu lif.
Dahlia menghela nafas lega. Dia menekan alarm keretanya. Pintu kereta dibukak untuk dia masuk. Ketika dia hendak menutupnya, ade satu tangan yang menghalang.
"Ape awak buat kat sini, Dafriq?"soal Dahlia gelisah.
"We need to talk, Dahlia"kata Dafriq dengan muka yang serius.
"Takde ape yang perlu dibincangkan lagi, Dafriq. Semuanya dah jelas. Kalau kita ade jodoh kita akan berjumpa jugak. Jadi, tolong jangan ganggu saya"kata Dahlia dengan tegas. Muka Dafriq bertukar menjadi mendung.
"Tak boleh ke awak berikan saya satu lagi peluang untuk saya buktikan cinta saya kepada awak. Dengan seikhlas hati saya cakap saya cintakan awak"
Dahlia mengeluh. Dia membuka tangan Dafriq yang memegang pintu keretanya supaya genggamannya dapat dilepaskan.
"Walau sejauh manapun saya pergi, kalau dah ditakdirkan Allah yang saya ni jodoh awak, kita akan bersama jugak Dafriq. Cepat atau lambat je"ucap Dahlia. Pintu keretanya ditutup rapat dan dia terus memandu pergi keretanya.
Dafriq menggenggam erat tangannya. Air matanya sudah bertakung di matanya.
"Saya betul-betul cintakan awak. Tolong jangan pergi dari hidup saya"ucap Dafriq perlahan. Serentak itu jugak air matanya mengalir.
Ashraf yang melihat dari dalam keretanya yang berada tidak jauh dengan tempat kejadian hanya mengeluh.
"Aku tau kau cintakan dia, Dahlia. Cuma kau ego je"gumam Ashraf sebelum dia memandu keretanya keluar.
_____________________"Baekhyun!" jerit Tzuyu apabila dia nampak Baekhyun di hadapan matanya. Dia kemudian berlari untuk mendapatkan Baekhyun. Damia yang berada di sebelahnya dibiarkan.
"Kau pergi mana? Kenapa beberapa hari yang lepas kau jarang lepak dengan kitorang?" soal Tzuyu. Baekhyun tersenyum kecil sambil dia menggaru perlahan kepalanya.
"A..aku sibuk sikit"
"Kan aku dah cakap yang Baek sibuk. Tulah kau taknak percaya" sampuk Damia. Tzuyu hanya tersengih manakala Baekhyun hanya menundukkan kepalanya.
YOU ARE READING
Jikalau Engkau Jodohku [C]
RomanceDamia Farisha, seorang mahasiswi di universiti Korea. Kehidupannya sungguh ceria dan indah namun semuanya musnah apabila dia dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki yang dia tidak kenali ketika cuti semester. Muhammad Adam Emir, setelah dikecewakan...