JEJ 54

4.1K 107 0
                                    

Adam menjejak kakinya ke bumi Korea setelah lima bulan dia tidak dapat ke sini. Ini kerana Datin Marina dan Datuk Ahmad sudah tahu tentang penceraian mereka.

Sebagai hukuman, Adam terpaksa menaikkan nama syarikat yang baru dibina oleh kawan Datuk Ahmad selama lima bulan. Kerjanya di syarikatnya sendiri diambil alih oleh Datuk Ahmad. Selama lima bulan itu dia bekerja keras sehingga tidak mendapat rehat yang cukup.

Hasilnya, dia berjaya mendapatkan kontrak terbesar untuk syarikat itu. Kini syarikat itu sudah mula dikenali oleh ramai korporat. Kawan Datuk Ahmad berterima kasih kepada Adam kerana sudi menolongnya. Datuk Ahmad dan Datin Marina juga telah memaafkan Adam.

Selepas itu dia terus memecut pergi ke rumah encik Haziq dan puan Zara. Mula-mula mereka berasa sedikit kecewa apabila mereka mendapat berita penceraian itu daripada Damia. Namun apabila melihat wajah kesungguhan Adam yang sanggup merayu memohon maaf, mereka akhirnya reda jugak.

Pada waktu yang sama Adam turut menempah tiket ke Korea. Dan di sinilah dia berada sekarang. Di depan rumah sewa Damia.

Dia menekan loceng. Sekarang musim  panas. Jadi dia rasa bahang apabila berdiri lama-lama di luar rumah. Peluh yang mengalir dari dahinya dilap menggunakan sapu tangan.

Lama menunggu namun masih tiada seorang pun yang membukakan pintu. Adam menekan loceng lagi. Kali ini dia sekali menjerit memberi salam.

Diam. Adam menggaru kepalanya. Damia keluar ke? Jadi dia kena tunggu Damia pulang ke apa. Dahlah tengah panas ni.

"Ohh ex...cuse me. Who you search for?"soal jiran yang berada di sebelah kanan. Dia memandang Adam pelik kerana dia tidak pernah nampak Adam sebelum ni.

"May I know where is the person that live here?"soal Adam dengan hormat.

Orang itu terkebil-kebil memandang Adam. Dia cuba menafsirkan ayat yang diberikan Adam kepadanya. Dia ni bukan mahir inggeris sangat.

"Ouh Tzuyu? She's gone"balas dia selepas mendapat tafsir apa yang dikatakan oleh Adam. Adam menggelengkan kepalanya. Bukan kawan Damia yang dicarinya.

"No, not Tzuyu. There's two people living here"

Orang itu berkerut dahi cuba memikirkan gerangan siapakah yang dicari oleh Adam.

"Ouh Damia? She...go back...to Malaysia"

"What do you mean she come back to Malaysia?"

"I don't know. Past...past...month I see her with a many bag leave house. She said she finish her study"

Adam sudah terkedu. Tanpa mengucapkan terima kasih dia terus pergi dari situ dan mencari teksi.

"Airport, please"kata Adam sebaik sahaja dia masuk ke dalam teksi.
__________________

Salji yang turun dipandangnya. Ketika dia menghembus nafas, kelihatan wap udara yang keluar dari mulutnya. Ini bukanlah kali pertama dia merasakan musim sejuk di negara orang namun dia tetap merasakan badannya sedang menggigil.

Dia melihat orang awam yang sedang bermain salji. Ada yang bersama dengan kawan, keluarga dan orang tersayang. Sungguh jelas kebahagiaan yang terpancar di wajah mereka. Entah dia akan merasa semua itu kembali ataupun tidak.

"Damia, jom masuk dalam. Jangan nak duduk luar lama-lama sangat. Kau tu tengah mengandung"

Seorang lelaki menghampiri Damia dari belakang lalu berdiri di sebelah Damia. Damia hanya tersenyum sahaja. Matanya masih lagi leka memandang orang awam.

Jikalau Engkau Jodohku [C]Where stories live. Discover now