Waktu di sana sudah menginjak pukul 10 malam tapi Adam dan Damia masih lagi tidak pulang. Walaupun Damia sedikit penat dia masih lagi meluangkan masanya bersama dengan Adam. Dia sanggup melupakan masa rehatnya semata bersama dengan Adam.
Mereka kini sedang berdiri di atas Namsan Tower. Menikmati pemandangan malam yang indah dan penuh warna-warni.
"Kau tak penat ke?"soal Adam memecahkan ruang kesunyian di antara mereka.
"Penat, tapi kalau untuk awak saya rela je"balas Damia. Adam menggenggam tangan Damia dan itu membuatkan Damia tersentak.
"Jangan buat aku rasa serba salah. Kalau kau penat kita boleh balik sekarang"kata Adam. Matanya memandang Damia.
Damia tersenyum kecil. Dia menoleh memandang Adam.
"Takpe saya okey je. Saya nak luangkan masa saya dengan awak lagi. Saya takut kalau awak balik esok saya akan mula rindukan awak"ucap Damia. Dia melentokkan kepalanya di bahu Adam.
Adam tersenyum. Hatinya berasa berbunga-bunga. Jujur dia gembira dengan perasaan ini. Dia menggenggam erat tangan Damia.
"I love you"bisik Adam perlahan namun Damia seperti tidak kedengaran kerana dia sibuk memandang pemandangan yang indah di hadapan.
________________"Hai"Hafzan mengambil tempat di hadapan Marsya. Marsya menggulingkan matanya apabila dia memandang Hafzan di hadapannya.
"Awak buat ape kat sini?"soal Marsya namun tidak dijawab Hafzan. Marsya mengetap bibir. Dia menyepak kaki Hafzan dengan kuat.
"Auchh"adu Hafzan.
"Kenapa awak sepak saya?"soal Hafzan sambil dia cuba meredakan kesakitannya. Marsya menggulingkan matanya.
"Saya tanya awak buat ape kat sini?"soal Marsya sekali lagi.
"Inikan kantin. Jadi tak salahkan saya ade kat sini"balas Hafzan.
"Memang tak salah tapi kenapa awak duduk kat depan saya. Sedangkan masih ade banyak lagi meja kosong kat sini"
"Saje je. Tak salahpun kalau saya duduk depan awak"
"Boleh tak awak jangan kacau saya?! Kat mana saya pergi mesti ade muka awak! Rimas tau tak!"marah Marsya. Hafzan memandang Marsya dengan tenang.
"Mungkin kita berjodoh? Sebab tulah kita asyik bertemu je"
Marsya menghentak meja. Dia bangun lalu memandang Hafzan dengan tajam.
"Jangan nak cakap pasal benda cliche ni! Selalu berjumpa tak semestinya jodoh! Saya nak awak jauhkan diri awak dari saya!"
"Tapi kalau ianya suratan takdir kita takleh buat ape, cik Marsya. Larilah sejauh mana pun kalau kita ditakdirkan untuk bersama takde apa yang boleh ubah"balas Hafzan selamba.
"Fuck you"carut Marsya sebelum dia pergi dari situ. Hafzan tercengang.
"Dia baru carut kat aku ke ape? Wow!"
Hafzan mengambil pinggan yang berisi nasi goreng yang tidak berusik di hadapannya itu. Tuannya dah pergi jadi baik dia habiskan je. Tak baik membazir. Membazir itu amalan syaitan ya.
_________________Dahlia masuk ke dalam lobi syarikat dengan fail yang dibawak pulang semalam. Namun langkahnya terhenti apabila dia ternampak Dafriq sedang duduk menunggunya di ruangan menunggu.
Dahlia berpura-pura tidak nampak. Dia dengan langkah yang cepat menuju ke lif. Namun nasibnya tidak berapa baik apabila heelsnya terpatah. Itu membuatkan Dahlia ingin jatuh tapi nasib baik ade orang yang menariknya supaya dia tidak terjatuh.
Dahlia terpeluk orang itu manakala fail yang dipegangnya sudah terjatuh.
"Are you okay?"soal orang itu. Dahlia terkejut. Dia pantas menolak orang itu. Namun tindakannya itu tidaklah bagus kerana dia sekali lagi ingin jatuh. Tapi orang itu menyelamatkannya sekali lagi.
"Hei janganlah gelabah. Saya taknak awak jatuh"
"Let go of me, Dafriq"pinta Dahlia dan Dafriq perlahan-lahan melepaskannya. Dahlia menarik kasutnya. Dia mengeluh kecik. Kasutnya tidak boleh dipakai lagi.
"Awak tunggu kejap. Saya ambik kasut saya dalam kereta"Dafriq dengan pantas pergi ke keretanya. Dahlia hanya memandang sahaja.
Beberapa minit kemudian Dafriq kembali dengan membawa kasut sukan di tangannya.
"Nah. Awak pakai dulu kasut saya"Dafriq memberikan kasut sukannya. Dahlia memandang Dafriq dengan pandangan tidak percaya.
"Are you kidding me? Awak nak saya pakai kasut ni? Kaki awak dahlah lagi besar dari saya"
Dafriq menjongketkan bahunya.
"Kalau awak nak pakai kasut awak yang tak boleh pakai lagi tu saya tak kisah. Awak sendiri yang susah nanti"
Dahlia mengeluh. Dia mengambil kasut sukan Dafriq lalu memakainya. Dafriq tersenyum. Dia mengutip fail milik Dahlia yang sudah bersepah.
"Nah"Dafriq memberikan fail itu kepada Dahlia. Dahlia mengambilnya. Dafriq kemudian mengambil kasut Dahlia.
"Balik ni ikut saya. Saya akan belikan kasut yang baru untuk awak"kata Dafriq.
"No need, Dafriq. Saya boleh beli sendiri"bantah Dahlia. Dafriq menggelengkan kepalanya.
"Balik ni saya tunggu awak. Jangan cuba untuk lari tau"kata Dafriq sebelum pergi dari situ. Dahlia hanya memandang Dafriq pergi sebelum dia menundukkan pandangannya memandang kakinya.
"Besar pun besarlah asalkan ade kasut yang selesa"Dahlia terus menekan butang lif. Tidak lama kemudian pintu lif terbukak dan dia pun masuk ke dalam.
_________________"Yin, info?"soal Tan Sri Borhan sebaik sahaja panggilannya terjawab.
"Perempuan tu masih diam lagi. Mungkin masih lagi berfikir"
Tan Sri Borhan menepuk kuat meja kerjanya. Giginya diketap kuat.
"Cakap dengan dia jangan buang masa! Aku nak semuanya berlaku dengan cepat!"kata Tan Sri Borhan lalu menamatkan panggilannya.
Pandangan matanya jatuh ke arah gambar arwah isterinya. Matanya mula kabur kerana air mata yang bertakung secara tiba-tiba. Dia pantas mengelap air matanya itu supaya tidak mengalir.
"Abang akan balas dendam demi sayang. Abang takkan biarkan lelaki keparat tu hidup bahagia selepas buat abang kehilangan orang yang bermakna dalam hidup abang"ucap Tan Sri Borhan penuh dendam.
Dia teringat kembali saat dia kehilangan isterinya. Darah yang mengalir deras keluar dari kepala isterinya sebelum dia meninggal di tempat kejadian.
Orang yang melanggar keretanya langsung tidak menghulurkan bantuan. Hanya keluar untuk melihat ape yang terjadi sebelum berlalu pergi.
Perkara terakhir yang dia lihat adalah nombor plat kereta itu dan wajah orang yang keluar sebelum pandangannya bertukar gelap. Dan apabila dia sedar, dirinya sudah berada di atas katil hospital dengan wayar yang meliputi seluruh badannya.
Dan disebabkan itu, dia nekad untuk membalas dendam. Selepas sahaja dia keluar dari hospital, dia mula mencari orang itu. Cari dan cari akhirnya dia pun jumpa orang itu. Disebabkan lelaki itu pernah ambik orang yang disayanginya, jadi dia pun bercadang untuk mengambil seseorang yang disayangi lelaki itu.
Dia mendapat tau bahawa anak sulung lelaki itu melanjutkan pelajaran ke luar negara. Jadi dia bercadang untuk membuatkan anaknya itu hilang ingatan. Dialah yang melanggar Dafriq sehingga Dafriq hilang ingatan lalu berpura-pura ingin menjaga Dafriq. Barang Dafriq yang hilang itu dia yang ambik sebenarnya. Supaya Dafriq tidak boleh lagi berhubung dengan keluarganya dan membiarkan keluarganya hidup dalam kesedihan seperti mana yang dia rasa.
YOU ARE READING
Jikalau Engkau Jodohku [C]
RomantikDamia Farisha, seorang mahasiswi di universiti Korea. Kehidupannya sungguh ceria dan indah namun semuanya musnah apabila dia dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki yang dia tidak kenali ketika cuti semester. Muhammad Adam Emir, setelah dikecewakan...