"Awak jaga diri tau kat sana. Jangan kuat sangat kerja, jangan skip makan, jangan nak menggatal dengan perempuan lain. Ingat awak tu dah ade isteri"nasihat Damia. Adam tersenyum kecil. Dia mencuit hidung Damia.
"Ya aku tau. Kau pun sama jangan jaga lewat malam semata nak siapkan assignment kau. Jangan lupa makan jugak. Kalau ade lelaki kacau kau sepak je dia punya bawah tu"ucap Adam pulak. Dia menggosok perlahan kepala Damia yang tergelak kecil.
"Kesianlah dia nanti. Tak dapat anak bila kahwin nanti"
"Padan muka. Takde sape yang boleh sentuh hak aku selain aku je"Adam mengusap lembut pipi Damia. Wajah Damia sudah menjadi kemerahan kerana diperlakukan sebegitu.
"Dahlah awak pergilah masuk cepat. Kalau awak terlepas flight nanti susahkan"ucap Damia. Dia lantas menolak Adam supaya masuk ke dalam bangunan lapangan terbang. Adam tergelak.
"Saya balik dulu. Kalau dah sampai sana terus balik rumah tau. Jangan pergi mana-mana"pesan Damia untuk kali terakhir sebelum dia berpusing untuk pergi.
"Nanti"Adam dengan pantas memegang tangan Damia lalu menariknya kuat sehingga Damia tersembam di dadanya.
"A..ape awak buat ni?"soal Damia gagap. Adam hanya diam. Dia memeluk Damia dengan eratnya.
"Aku taknak berpisah dengan kau"
"Aku nak jumpa kau selalu"
"Aku nak kau ade kat sisi aku"bisik Adam.
"Awak, ini tahun terakhir saya. Awak kena sabar. Lagi berapa bulan dan saya akan berada di sisi awak untuk selamanya"balas Damia lembut. Dia mengangkat mukanya memandang Adam.
Adam tersenyum kecil. Dia menunduk sedikit lalu mencium lembut dahi Damia.
"I will wait. Aku pergi dulu. Bye, sayang"
Adam melepaskan pelukannya.Dia lantas menarik bagasinya lalu pergi ke balai pelepasan. Damia menghantar pemergian Adam sehinggalah Adam menghilang daripada pandangan matanya. Selepas itu dia menari teksi untuk pulang ke rumahnya.
________________"Hai"
Marsya menggulingkan matanya.
"Ape lagi awak nak, Hafzan?"soal Marsya dengan menyampah.
"Saya nak awak"balas Hafzan dengan selamba.
"Jangan nak macam-macam dengan saya kalau awak taknak tidur dekat hospital"ugut Marsya sebelum dia menumpukan perhatian ke arah kerjanya.
Hafzan hanya tersengih. Dia berasa seronok kalau mengacau Marsya. Hafzan memandang Marsya yang langsung tidak memandangnya itu.
"Kenapa khusyuk sangat buat kerja tu. Bukan awak cakap dengan saya yang awak hanya sekejap je kat syarikat ini?"soal Hafzan pelik. Dia masih lagi ingat kata-kata yang keluar dari mulut Marsya semasa kali pertama mereka berjumpa.
"Bukan urusan awak"
"Kalau ianya melibatkan awak, dia akan jadi urusan saya. Sebab nanti saya yang akan jaga awak buat selamanya. Jadi saya kena tau"
"Ughh so annoying. Awak datang kerja ni nak kerja ke ataupun nak mengurat orang?"Marsya menjeling Hafzan.
"Ouh come on. Ini bukannya sekolah. Kita dah besar kan, dah ade kerja. Jadi saya boleh jaga orang lain selain jaga diri saya sendiri"balas Hafzan.
"Okey stop! Stop flirting with me! Ramai je perempuan dalam syarikat ni tapi kenapa saya je yang awak nak kacau!"bentak Marsya.
"Sebab awak bakal jadi makmum saya. Jadi saya takkan kacau perempuan lain sebab takut awak cemburu nanti"
YOU ARE READING
Jikalau Engkau Jodohku [C]
RomanceDamia Farisha, seorang mahasiswi di universiti Korea. Kehidupannya sungguh ceria dan indah namun semuanya musnah apabila dia dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki yang dia tidak kenali ketika cuti semester. Muhammad Adam Emir, setelah dikecewakan...