"Hei esok kau sibuk tak?"soal Adam kepada Damia yang kebetulan berada di dapur itu. Damia memandang Adam sejenak sebelum dia mengambil cawan di dalam rak sambil kepalanya ligat berfikir tentang aktivitinya esok."Hmm tak"Damia menggelengkan kepalanya. Adam hanya menganggukkan kepalanya. Dia kemudian mengukirkan senyuman kecil tanda berpuas hati dengan jawapan Damia.
"Kenapa awak tanya?"soal Damia pulak. Dia meletakkan kembali cawan yang diambilnya selepas basuh sebelum pandangannya jatuh ke arah Adam. Adam dengan cepat melenyapkan senyumannya.
"Saje. Esok pukul 12 terus tunggu aku kat garaj. Pakai cantik-cantik tau"sempat lagi Adam berpesan.
Damia mengerutkan dahinya. Dia memandang Adam dengan pandangan yang pelik.
"Awak nak bawak saya pergi mana esok?"soal Damia lagi.
"Ikut jelah. Esok kau akan tau sendiri. Ingat tau pukul 12 kau kena ade kat garaj. Kalau tak taulah ape yang aku akan buat"ugut Adam.
Damia mendengus. Tak sah kalau Adam tak mengugutnya kalau dia menyuruhnya membuat sesuatu perkara. Dia dengan pantas terus melangkah pergi dari dapur menuju ke ruang tamu.
Adam tersenyum lebar. Dia memikirkan tentang rancangannya untuk hari esok.
"Harap semuanya berjalan dengan lancar"
_____________________Keesokannya,
Adam tidak dapat fokus dengan mesyuarat yang sedang berlangsung sekarang. Fikirannya asyik melayang je. Dia tidak sabar untuk menunggu waktu lunch.
"Bos? Bos!"Adam tersedar apabila Sheila mencuit sedikit lengannya. Dia terus memandang mereka yang berada di dalam bilik mesyuarat dengan pandangan yang terpinga-pinga.
"Ya?"Adam menyoal. Dia tidak dapat mendengar ape yang dikatakan oleh orang yang sedang membentang.
"Ape kata kalau kita lakukan produk yang tak pernah syarikat lain lakukan. Kita boleh jadi orang pertama yang gunakan produk tu. Jadi, orang akan rasa kagum sebab itu kali pertama diorang dapat tengok benda baru"terang dia panjang lebar.
Adam mengerutkan dahinya. Dia nampak seperti berfikir tapi dia masih lagi termenung.
"Bos"tegur Sheila di sebelahnya membuatkan dia tersedar. Dia terus memandang ke arah pembentang yang memandangnya dengan pandangan yang berdebar. Mungkin takut ideanya akan ditolak.
"Okey saya setuju. Asalkan ianya mampu naikkan hasil jualan syarikat kita. Kalau ianya dapat permintaan yang tinggi, awak akan saya naikkan gaji. Tapi kalau ianya langsung tak datangkan manfaat dan berikan kerugian kat syarikat, awak yang kena tanggung semuanya"kata Adam dengan tenang. Orang yang membentang itu menganggukkan kepalanya dalam debar.
"Okey, dismissed. Jumpa lain kali. Pastikan korang usaha keras. Sesiapa yang dapat naikkan rank syarikat saya akan tambahkan gaji dan naikkan pangkat"Adam terus bangun dari duduknya. Dia terus keluar dari bilik mesyuarat sambil menilik jam di tangannya.
Sambil berjalan keluar dari syarikatnya dia menguntumkan senyuman yang lebar. Tak sabar untuk meluangkan masa dengan isteri tercinta untuk kali terakhir sebelum isterinya itu berangkat untuk sambung belajar.
____________________Damia menunggu Adam di hadapan garaj. Dia memakai baju yang biasa dia pakai untuk keluar rumah. Istilah 'pakai cantik-cantik' langsung Damia tidak peduli.
"Isyy mana Adam ni? Kata pukul 12 ni sekarang dah pukul 12.20 tak nampak pun batang hidung"rungut Damia. Daripada dia berdiri terus dia duduk di taman mini. Menunggu kedatangan Adam yang masih tidak muncul.
YOU ARE READING
Jikalau Engkau Jodohku [C]
RomanceDamia Farisha, seorang mahasiswi di universiti Korea. Kehidupannya sungguh ceria dan indah namun semuanya musnah apabila dia dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki yang dia tidak kenali ketika cuti semester. Muhammad Adam Emir, setelah dikecewakan...