JEJ 12

5.4K 153 9
                                    

"Seronok?"tanya Adam sebaik sahaja Damia masuk ke dalam bilik. Damia mengerutkan dahinya. Dia memandang Adam pelik. Seronok ape?

"Seronok luangkan masa dengan kekasih gelap? Patutlah beria nak keluar tadi. Nak jumpa kekasih rupanya"sambung Adam lagi.

"Ape awak merepek ni, Adam? Sape kekasih gelap saya?"tanya Damia tidak faham.

Adam lantas bangun. Dia memandang Damia tajam.

"Aku tak suka dengan manusia yang hipokrit! Kalau kau dah ade pengganti aku, kau boleh bagitau aku. Sekarang jugak aku boleh ceraikan kau"pantas Adam berkata.

"Hei, suka suki awak je panggil saya hipokrit. I'm not okay! Sape kekasih gelap saya? Saya tak pernah ade kekasihlah!"balas Damia cuba mempertahankan diri sendiri.

"Habis, yang duduk ketawa bergurau tampar depan kolam renang tadi ape? Kau fikir aku buta?!"tanya Adam. Nadanya sedikit naik dari tadi.

Damia tergamam. Dia memandang Adam tidak percaya.

"Awak cemburu ke, Adam?"tanya Damia perlahan. Adam tersentak. Dia mendengus kasar lalu terus keluar dari bilik. Sempat lagi dia melanggar kuat bahu Damia.

Damia masih lagi kaku di situ. Adakah tebakannya betul? Adam cemburu ke?
_______________________

Adam mengeluh kecil. Dia hanya duduk termenung di pondok yang disediakan di kawasan hotel itu.

"Kau tak cintakan aku? Takkan takde sekelumit perasaan sayang yang terbit dalam hati kau? Kau betul-betul terpaksa ke untuk kahwin dengan aku?"

"Aku nak lepaskan kau tapi aku takut aku tak boleh hidup tanpa kau. You deserve better. Tapi aku taknak kau pergi. Aku taknak kau hilang. Aku sayangkan kau, aku cintakan kau. Aku perlukan kau.

"Tapi, kau...kau tak cintakan aku. Kau tak perlukan aku. Kau lebih perlukan lelaki bodoh tu. Yes, aku mengaku aku cemburu. Tapi...tak salah kan? Aku berhak bukan untuk berasa cemburu sebagai suami kau"luah Adam.

Tiada siapa di situ. Hanya dia seorang. Jadi, tidak akan ade orang yang menganggapnya gila kerana bercakap sensorang. Angin malam menyapa dirinya. Dia kembali duduk termenung.
___________________

Damia masih lagi memandang pintu bilik. Malam sudah pun larut namun Adam masih lagi belum pulang. Dia risau akan diri lelaki itu.

Jadi, Damia mengambil keputusan untuk mencari Adam di luar. Dia berpusing-pusing di sekitar lobi hotel sebelum kakinya mula melangkah ke belakang hotel yang gelap gelita.

"Adam, mana awak?!"jerit Damia namun dia langsung tidak mendengar pape balasan. Damia mengeluh kecil.

Hidungnya tiba-tiba terbau sesuatu. Sesuatu yang sangat masam dan menyengat. Damia perlahan-lahan menoleh. Dia tergamam apabila melihat seorang lelaki yang sedang berjalan terhuyung-hayang sambil menghampirinya dengan satu senyuman.

"Wah ade gadis cantik lah! Boleh tak temankan abang?"kata lelaki itu. Damia kaku. Kakinya seperti digam. Lelaki itu perlahan-lahan menghampirinya.

"Cantik"puji lelaki itu. Tangannya perlahan-lahan mengusap wajah Damia. Damia sudah menggigil ketakutan. Damia dengan pantas menepis tangan lelaki itu.

"Garang, I like it"ucap lelaki itu. Dia perlahan-lahan merapatkan dirinya ke badan Damia. Damia dapat membau nafas hangat lelaki itu. Dia cuba menahan daripada muntah kerana bau lelaki itu yang cukup masam. Mungkin dia minum arak dengan begitu banyak.

"Stay away!"pinta Damia namun tidak diendahkan lelaki itu.

Tangannya melingkari pinggang Damia. Tanpa amaran dia terus menarik baju Damia kuat sehingga terkoyak baju Damia dan mendedahkan kawasan bahunya.

Damia sudah menangis teresak. Dia tak rela diri dia dilakukan sedemikian. Dia berasa geli apabila tangan lelaki itu mengusap bahagian bahu dia.

' Adam, tolong saya!'

"Stay away from my wife, you bastard!"kata satu suara dengan nada yang agak keras. Dia menolak lelaki itu kuat sehingga lelaki itu terdorong ke belakang.

"Ape main kasar-kasar ni, bro? Aku nak rasa dia kejap. Lepas aku dah rasa dia kau lah pulak ambik dia"unding lelaki itu.

"F***! Bini aku bukan pelacur lah s**l!"serentak itu satu tumbukan hinggap di pipi lelaki itu. Lelaki itu rebah kerana mindanya yang masih tidak waras.

Dia ingin menumbuk lagi namun ditahan hatinya. Dia menyarungkan jaketnya ke badan Damia yang sudah terdedah lalu terus menarik Damia dari situ. Dibawanya Damia ke bilik mereka.

"Ape yang kau buat kat belakang tu sensorang?! Tau tak aku risau bila aku balik je bayang kau langsung takde?! Nasib baik tergerak hati aku nak periksa kawasan belakang hotel! Kalau aku tak cari kau, habislah kau kena kerja dengan dia! Boleh tak jaga keselamatan tu sikit!"marah Adam.

Damia hanya tunduk. Dia masih lagi menangis. Adam mengeluh. Dia lantas mendekati Damia lalu menarik Damia masuk ke dalam pelukannya.

"Maaf sebab marahkan kau. Aku cuma risaukan kau je"ucap Adam. Dia mengusap perlahan belakang Damia.

"Maafkan saya"gumam Damia perlahan. Matanya perlahan-lahan memberat. Lalu dia pun tidur di dalam pelukan Adam.

"Sleep well, sayang. I love you"ucap Adam. Diciumnya ubun Damia dengan penuh lembut. Memberikan rasa kasih yang selama ini dipendamnya dalam diam.
______________________

Damia tersedar dari tidurnya. Dia terpisat-pisat bangun sambil menggosok matanya. Dia membuntangkan matanya apabila melihat tangan Adam sedang melingkari pinggangnya.

Seketika dia berasa kaku. Dia dapat merasakan nafas hangat Adam di lehernya. Dia cuba mengalihkan tangan Adam ke tempat lain. Namun, semakin dia cuba semakin Adam mengeratkan lagi.

"Adam, saya nak pergi tandas. Lepaskanlah saya"pinta Damia. Adam hanya diam.

"Adam, please"rayu Damia. Kali ni Adam akur. Dia pun melepaskan pelukannya. Damia berasa lega kerana dapat lepas dari pelukan Adam. Dia pun berlari masuk ke dalam bilik air.

Jikalau Engkau Jodohku [C]Where stories live. Discover now